
Tan Sri Dr. Mohamed Said Hji Muhammad
BIDANG PERUBATAN
TOKOH: Mohamed Said Bin Haji Muhammad, Tan Sri.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 31 Oktober 1907, di Linggi, Negeri Sembilan. Meninggal dunia pada 22 Julai 1996.
PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Linggi, Negeri Sembilan dan kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. (Terakhir). King Edward VII College of Mediine, Singapura, lulus dalam bidang perubatan, 1932. Mengikuti kursus kepakaran perubatan di Institue of Child Care, Shool of Tropical, London University, UK dan di Rotunda Lying in Hospital, Dublin.
KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan, Pahang, Hospital Besar Kuala Lumpur. (2). Doktor Pakar di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. (3). Pakar Obstetrik di hospital Besar, Seremban. .(4). Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan, 1955. (5). Menteri Besar Negeri Sembilan, 23 Jun 1959 – 1969.
PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu Negeri Sembilan pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan. (2). Kejayaannya dalam bidang politik, walaupun kelulusan dalam bidang perubatan sehingga menapai tahap puncak kerjayaya apabila dilantik ke jawatan tertinggi politik di tanah Adat Perpatih itu sebagai Menteri Besar. Kejayaannya sampai ke puncak apabila beliau menang dalam Pilihanraya Umum 1959 bagi kawasan Linggi. (3). Wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, 1963.
INOVASI: (1) Memanfaatkan bakat penulisannya untuk menyebarkan pandangan dan ideanya tentang keadaan kesihatan rakyat tetapi juga tentang politik . Banyak tulisannya disiarkan dalam The Straits Times, Majalah Guru dan Malayan Medicine Journal. (2). Ambil inisiatif sendiri menterjemahkan buku sejarah Sungai Hujung karangan R. Wilkinson dan buku Inggeris Rembau (sebahagian) karangan Parr dan McRay dan tersiar dalam Majalah Guru,
PENULISAN/PENERBITAN: (1). Menjadi editor majalah Medical Union Magazine ketika menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura. (2). Menjadi editor majalah Semaian semasa di MCKK. (3) Sungai Hujung (terjemahan) karangan R. Wilkinson. (4). Artikel “Rembau” (terjemahan) karangan Parr dan McRay. (4). Malignant Malnutrition (Kwashiorkor) yang disiarkan majalah Malayan Medicine Journal. (5) Penyumbang tetap untuk The Straits Times dan Majalah Guru yang diterbitkan di Tanah Melayu.. Semua tulisan berkisar tentang perubatan dan politik semasa.
ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Setia Perkasa Negeri Sembilan (SPNS) oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang membawa gelaran Dato’. (2). Anugerah bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. (3). Queen’s Fellowship, UK, 1941. (4). Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Malaya, 1976.
No comments:
Post a Comment