Thursday 27 March 2008

ABDUL AZIZ AL-HUSNI

BIDANG PENERBITAN

TOKOH: Abdul Aziz Al-Hasni. Nama sebenar Abd. Aziz Bin Hassan.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 29 Ogos 1919 di Kampong Beranang, Selangor. Meninggal dunia pada 27 Jun 1982 di Kuantan, Pahang..

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Beranang dan di Sungei Pelong, (Terakhir) Sekolah Inggeris, Bentong, Pahang, 1931 – 1933.

KERJAYA: (1). Penolong Pengurus Sungai Ujong Press, Seremban, 1934 – 1935. (2). Anggota Sidang Pengarang majalah Temasya yang diterbitkan di Kuala Lumpur, 1936. (3). Pembantu Penyelenggara Teruna Press di Batu Pahat, Johor, 1937. (4). Pemilik Setia Press di Rasa, Kuala Kubu Baru, Selangor, 1938. (5). Kerani di Taiping, Perak, 1939 – 1943. (6). Pengatur Huruf di sebuah penerbit di Kuala Lumpur semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, selama empat bulan. (7). Pegawai Propaganda Jepun di Taiping, Perak ketika Jepun di bawh takluk Jepun. (8). Menjadi pemilik Timur Presslatih di Dungun, Terengganu, 1954 – 1964.

PENCAPAIAN: (1). Beliau hanya berkelulusan sekolah rendah Melayu dan sekolah Inggeris hanya setakat Darjah Empat beliau berjaya menapai cita-citanya menjadi seorang penerbit, penetak dan pengarang..(2). Dalam masa pendudukan Jepun dengan bakat penulisan yang ada, beliau berjaya menghasilkan 13 skrip drama pentas, yang kebanyakannya dipentaskan kepada buruh paksa yang sedang membina jalan keretapi di Thailand Selatan (3). Pengalaman luasnya dalam bidang penerbitan ketika bertugas di Sungai Ujong Press di Seremban dan di Teruna Press di Batu Pahat dimanfaatkannya untuk menubuhkan Setia Press di Rasa dan Timur Press di Dungun. (4). Berjaya menjadi seorang penulis yang prolifik dalam dua bidang, iaitu drama pentas dan novel dengan menerbitkan sendiri kebanyakan hasil karyanya. .

INOVASI: (1) Minatnya dalam bidang penerbitan, percetakan dan persuratan telah mengilhamkannya untuk menjadi penerbit dan pencetak, dan berjaya mendirikan dua syarikat percetakan, iaitu Setia Press di Kuala Kubu Baru dan Timur Press di Dungun, Terengganu. (2) Beliau mengangkat tema perjuangan orang Melayu dan nasionalisme, terutama dalam 13 buah drama pentasnya sebagai tanda simpatinya terhadap buruh paksa yang berkerja di Thailand Selatan.(3). Beliau mengambil daya usaha menerbit dan meneak hasil karyanya sendiri.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Antara drama pentas yang dihasilkan sejak tahun 1934 ialah “Darah Pahlawan Perak”, “Orang Kaya Bahaman Semantan dan “Terang Bulan di Pulau Mentari.” Di samping 13 drama pentas untuk buruh paksa di Thailand Selatan. (2).Antara novelet yang diterbitkan termasuklah: Air Mata Kekasih, Bermalam Di Kota Bharu, Ibu Tiri, Kekasih Ke Perantauan, Langkah Moden, Melur, Pembelaan Gadis Huma, Pemuda Angkatan Baru, Pemuda Kebangsaan, Selamat Tinggal Melayu, Sayang Kekasih Maut Menanti, Gelombang Peruntungan dan Pembuka Rahsia Kebangsaan.

.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).