
TAN SRI AZMAN HASHIM
NAMA TOKOH: Azman Hashim, Tan Sri
TARIKH/TEMPAT LAHIR: Julai 1939, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Lelaki Melayu,Setapak, Kuala Lumpur. (2). Methodist Boys School, Sentul, Kuala lumpur. (3). Institusi Pengajian Tinggi di Perth, Australia, dalam bidang Perakaunan, dan berjaya memperoleh Ahli Fellow Institiut Akauntan Berkanun Australia (FCA Aust.) dan Ahli Fellow Chartered Institue of Secretaries (FCIS), 1960.
KERJAYA: (1). Akauntan dengan OL Haines & Co. di Perth, Australia, 1955 – 1960. (2). Akauntan di Bank Negara Malaysia, 1960 – 1963. (3). Pengarah Eksekutif, Malayan Banking Berhad, Kuala Lumpur 1966 – 1975. (4). Pengerusi Eksekutif, Kwong Yik Bank Berhad, Kuala Lumpur, 1980 - 1982. (5). Pengusaha bank (mengambil alih Arab Malaysian Merchant Bank = AAMB) dengan memiliki 100% saham, sejak 1982. (6). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Arab-Malaysia Development Berhad, Kumpulan Arab-Malysia merchant Bank Bhd, Kumpulan Rediffusion (Malaya) Sdn. Bhd. Dan Kumpulan Arab-Malaysian Corporation Berhad, 1982 hingga sekarang.
PENCAPAIAN: (1). Berjaya mendapat biasiswa kerajaan Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakunan di Perth, Australia ketika berusia 16 tahun. (2). Menubuhkan firma perniagaan secara kongsi, Syarikat Azman & Co. , yang merupakan syarikat Bumiputra pertama menjalankan perniagaan akauntan berkanun di Malaysia, Mei 1964. (3). Berjaya menuasi 40% saham Taipin Textiles. (Arab-Maaysian Development Berhad = AMDB). (4). Berjaya memiliki 100% saham Arab=Malaysian Merchant Bank (AMMB) yang menguasai bebrapa kawasan hotel dan estet mewah di kawasan “tiga segi emas” (the golden triangle) di Kuala Lumpur, 1982. (5). Mengambil alih saham syarikat Temerloh Rubber Estate Berhad, 1988. (6). Melabur dalam syarikat muzik, Kumpulan Rediffusion Sdn. Bhd., (7). Terpilih sebagai tokoh bank terbaik di Asia oleh majalah Asian Finance, 1986. (8). Terpilh sebagai Ahli Perniagaan Terbaik ASEAN, 1993.
INOVASI: Memperkenalkan sistem komputer serta menekankan kepentingan mengiklan dan mempromosikan perniagaan perbankan.
ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN), 1972. (2). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS), 1980. (3). Anugerah bintang kebesaran Johan Mangku Negara (JMN), 1984. (4). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota, (PSM), 1988. (5). Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Utara Malaysia, 1990.(6). Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan oleh International Management Centre United Kingdom, 1992.
No comments:
Post a Comment