
TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
TOKOH: Hamdan Sheikh Tahir, Tun.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 27 April 1921 di Pulau Pinang.
PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor ; Sekolah Melayu Tanglin Kecil, Singapura; Sekolah Melayu Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar. (Terakhir): University of Nottingham, United Kingdom (Social Science), 1949 – 1950; Universiti Malaya, Singapura, 1955 – 1956
KERJAYA antaranya: (1) Guru Besar, Sekolah Melayu Iskandar, Parit, Perak, 1952 -1953. (2). Pengetua, Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR), Ipoh, Perak, 1957 – 1960.(3).Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. (4). Naib-Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM).(5). Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Mei 1989 (6). Wakil Tetap merangkap Duta Malaysia ke UNESCO di Paris.
PENCAPAIAN: (1). Melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib, 1961.
INOVASI: (1). Mempastikan pelaksanaan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pngantar di sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. (2). Melaksanakan penggunan bahasa Melayu dlam bidang pentadbiran dan pengurusan serta perkuliahan, semasa menjadi Naib Canselor USM. (3). Memperluas peranan DBP ke Sabah dan Saraak dengan menubuhkan Cawangan di kedua-dua negeri berkenaan. (4). Ketika menjadi Pengerusi kepada Lembaga Pengelola DBP, beliau mewujudkan skim bantuan kepada penulis yang kemudiannya dikenali sebagai Penulis Tamu.
.
PENULISAN/PENERBITAN: Buku Hari ini untuk Esok
ANUGERAH/GELARAN ANTARANYA: (1). Certificate of Patriotic Service oleh Adult Education ASSA of Malaysia, 1963. (2). Anugerah Bintang Kesatria Negara (KMN), 1965. (3). Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Malaysia. (4). Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Malaya, 1976.(5). Anugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang membawa gelaran Datuk, 1989. (6). Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun, 1989.
No comments:
Post a Comment