Monday, 25 July 2011

Tunku Besar Tampin, Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad


PERGINYA PENAUNG ADAT DI TAMPIN


Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun, 26 Disember lalu kerana sakit tua. Syed Idrus adalah penanung adat bagi daerah Tampin, Negeri Sembilan bergelar Tunku Besar Tampin Ke-6. Berita tentang pemergiannya yang tidak akan kembali lagi ini sedikit sebanyak mengundang beberapa pertanyaan kepada orang ramai. Penduduk Negeri Sembilan, amnya dan penduduk Tampin khasnya. Sebabnya, cerita tentang wujudnya gelaran Tunku Besar Tampin tidak banyak diketahui orang, khususnya di kalangan anak muda.

Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, yang kini dalam usia persaraan, sampai sekarang masih belum jelas tentang signifikan nama Tunku Besar Tampin yang dikaitkan dengan sekolahnya. Setahu dia, sekolah itu sebelumnya bernama Government Secondary English School Tampin. Tiba-tiba pada awal tahun 1960an, sekolah itu bertukar nama. Bekas pelajar sekolah itu juga buat pertama kalinya dapat melihat wajah Tunku Datuk Syed Idrus yang bergelar Tunku Besar Tampin itu pada hari perasmian majlis pembukaan Bangunan Tambahan sekolah berkenaan pada tahun 1962. Syed Idrus adalah tetamu kehormat sekali gus merasmikan bangunan tambahan itu.

Menurut seorang ahli sejarah Negeri Sembilan, Norhalim Ibrahim, Tunku Besar Tampin adalah nama gelaran yang diperkenalkan Inggeris pada awal tahun 1830an dahulu. Pada ketika itu Inggeris yang menjajah Melaka sedang berperang dengan Naning, wilayah di utara Melaka yang enggan mengakui ketuanan Inggeris. Dato’ Naning dan para pengikutnya dengan bantuan Undang Rembau Ke-13, Dato’ Lela Maharaja Ngonit berusaha mempertahankan wilayahnya daripada dijajah Inggeris.

Inggeris mengalami kesukaran menakluki Naning. Inggeris menyedari bahawa tanpa bantuan orang tempatan, tidak mungkin mereka berjaya mengalahkan Dato’ Naning. Pada masa yang sama, Undang Rembau, yang mentadbir wilayah Rembau berada dalam keadaan “bermasalah” dengan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban dan menghalaunya keluar wilayah. Bagaikan menangguk di air keruh Inggeris “memujuk” Syed Syaaban membantunya mengalahkan Dato’ Naning, sekutu Rembau.

Inilah detik permulaan nama Tampin mula menjadi sebutan. Sebelumnya Tampin, yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rembau Baruh adalah daerah yang dibuka sepenuhnya. Inggeris menjanjikan kepada sekutu tempatannya andainya Naning dapat ditakluki maka Tampin akan diserahkan kepada sekutunya setelah membuat perjanjian dengan Rembau.

Menurut Halim Syed Syaaban dianggap tokoh sekutu Inggeris yang banyak membuka rahsia kekuatan Dato’ Naning hingga akhirnya musuh utama Inggeris itu berjaya dikalahkan. Dan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban “ditabalkan” sebagai Tunku Besar Tampin, terpisah daripada wilayah Rembau. Wilayah pentadbiran di bawah Tunku Besar Tampin ialah Repah, Keru, Tebung dan Tampin Tengah.

Gelaran Tunku Besar Tampin ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, anakanda Tunku Dato’ Syed Idrus adalah waris ketujuh dianugerahkan gelaran ini. Ditanya tentang kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Norhalim menjelaskan, “Kedudukan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.” Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lazimnya gelaran Tunku Besar Tampin ini akan disebut bersamaan dengan nama Undang Yang Empat dengan kedudukan di bawah Yang Di Pertuan Besar. Namun, Tunku Besar Tampin tidak memiliki kuasa untuk memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar. Kuasa itu adalah hak Undang Yang Empat. Maka jelas, menurut Norhalim, kedudukan keluarga keturunan Syed Syaaban ini telah berubah dari asalnya sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau kepada hanya Tunku Besar Tampin.

“Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan suasana. Politik adu domba Inggeris berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Lebih parah lagi, sistem politik Rembau yang satu waktu begitu tersusun, habis lebur,” jelas Norhalim.

Apa pun, bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin itu melihat seperti ada hikmah di sebalik kekacauan politik yang berlaku akibat campur tangan Inggeris di Rembau, Tampin dan Naning. Setidak-tidaknya buat wilayah Tampin itu sendiri. Dari sudut geopolitik hari ini, ternyata Tampin lebih menonjol berbanding dua daerah kembarnya, Rembau dan Naning (kini lebih popular dengan nama Alor Gajah). Tampin hari ini adalah panggilan popular kepada pekan yang berkembar dipisahkan sempadn Melaka-Negeri Sembilan, dengan Pulau Sebang di belahan Melaka dan Tampin sendiri di belahan Negeri Sembilan. Kedua-dua saling menyaingi mengejar arus pembangunan. Kedua-duanya sebising dan sesibuk yang diungkapkan Blue’s Gang dalam nyanyiannya “Apo Nak Dikato”.

Seorang tua yang tinggal di sebuah taman perumahan di Tampin Tengah yakin “Tampin hari ini adalah hasil kejayaan orang terdahulu yang diketuai Syed Syaaban dan warisan keturunannya. Kalaulah bukan kerana usaha mereka membangunkan Tampin dengan bantuan Inggeris tempat yang saya diami sekarang mungkin masih hutan dan didiami orang buangan dari Rembau.” Kata-katanya itu bagaikan memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tunku Dato’ Syed Idrus, Tunku Besar Tampin Ke-6.(Modified on 17 Mc 2011).

Saturday, 25 June 2011

Tun Ghafar Baba dan Demokrasi Di Zamannya



Tun Ghafar Baba di kediamannya di Bangsar beberapa bulan sebelum meninggal dunia. Foto oleh A.F.Yassin



DEMOKRASI DAN GHAFAR BABA

Salah satu aspek yang hangat diperkatakan ketika Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk kerajaana sejak tahun 2003 ialah kurangnya amalan demokrasi di Malaysia. Dalam Agendadaily.com: 8080 melalui artikel yang bertajuk “Where Truth Is Stanger Than Fiction”, pengarangnya mantan Ketua Pengarang New Straits Times Group, Datuk A. Kadir Jasin mempersoalkan apa salahnya jika Tun Ghafar dan pemimpoin-pemimpin lain dalam UMNO menulis kepada Abdullah mengadu hal bahawa  demokrasi kurang diamalkan dalam parti. Atau menurut Kadir, “Atau dalam hal ini, atas apa sahaja perkara yang mereka fikirkan?”

Kadir mempunyai pandangan bahawa siapa sahaja berhak mempersoal tentang demokrasi dalam parti. Ini menunjukkan ahli-ahli UMNO mengambil berat dan berani bertanya. Malah aduan para pemimpin UMNO mungkin benar. Pemimpin seperti Ghafar, Tan Sri Sanusi Jonid, Tan Sri Mohamad Rahmat dan Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman melihat dan mengalami demokrasi diamalkan dalam UMNO pada zaman mereka. Mereka bertanding untuk jawatan dalam parti dan mereka sebalkiknya dicabar.

Lebih jauh Kadir menyimpulkan hampir semua presiden UMNO – Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad – telah dicabar dalam pemilihan parti dan juga dalam hampir semua isu parti dan pentadbiran yang besar-besar. Secara sinis Kadir berkata mereka ini boleh sahaja menang tanpa pertandingan. Seperti halnya dengan Dato’ Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil untuk jawatan Ketua Wanita UMNO dan Naib Ketuanya, Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Ketua.  Dan Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Puteri UMNO.

Namun ini tidak bermakna mereka tidak akan dicabar pada masa hadapan. Dr. Mahathir misalnya menang jawatan presiden parti tanpa bertanding pada tahun 1981 tetapi telah dicabar pada tahun 1987 oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Maka dalam hal ini Ghafar dan beberapa orang ahli veteran UMNO mempunyai hak  untuk mengingatkan kepemimpinan parti betapa pentingnya demokrasi diamalkan dalam parti. Ghafar berjaya mengalah Tan Sri Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1987. Musa kemudian ditentang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.  Oleh kerana tekanan, Ghafar menarik diri daripada bertanding , memberi laluan kepada Anwar untuk menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kemudian.

Dalam analisisnya, Kadir seolah-olah mahu membela amalan demokrasi dan sepatutnya diteruskan sampai bila-bila dan setiap masa. Namun jauh di sudut hatinya, pengarang ini cuba memperalatkan isu yang diperkatakan Ghafar dan ahli-ahli veteran UMNO untuk “mempersenda” amalan demokrasi ketika Abdullah baru sahaja memagang tampuk parti dan kerajaan. Analisis Kadir ini dikaitkan dengan “perjuanganya membela Tun Mahathir yang pada waktu ini sedang memperluas kempen untuk mengenepikan Abdullah”. Hal ini tidaklah “asing” dan aneh bagi seorang bekas wartawan dan kolumnis sekaliber Kadir. Hal ini dapat dikesan apabila pada suatu ketika yang lain Ghafar dikatakan diperalatkan pula oleh seorang penulis yang menamakan dirinya Anil Netto dalam “Malaysiakini” (Jun 2005). Menurut penulis ini Ghafar telah menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah berhubung perkara politik wang dan kurangnya amalann demokrasi dalam UMNO.

Ani Netto melalui artikelnya bertajuk “Malaysia Cracks Down – Sort of”  telah bertindak terhadap orang Nombor 3 dalam parti, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, telah digantung dari semua jawatan parti selama enam tahun  kerana “terlibat dalam politik wang dan melanggar kod etika parti, Ini adalah tindakan Abdullah setelah sebelumnya beliau dikatakan dikritik oleh sesetengah ahli veteran dalam parti kerana terlalu lambat bertindak memerangi rasuah dan politik wang. Nama Isa ini berkait rapat dengan Ghafar dari sudut hubungan keluarga. Ada pandanagan bahawa Ghafar kurang senang dengan cara Abdullah menangani masalah Mohamad Isa. Ghafar kurang senang kerana dikatakan Mohmad Isa menjaadi mangsa politik UMNO Negeri Sembilan.

Mohamad adalah anak didik Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Mohamad Isa adalah pengganti Rais sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun. Semakin Mohamad Isa mencengkam pengaruhnya di negeri adat perpatih itu, Rais mendapati dirinya semakin tersisih di negerinya sendiri. Bukan menjadi rahsia lagi ada satu ketika setelah pilihanraya tahun ... nama Mohamad Isa tidak disenaraikan sebagai calon utama untuk memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Menurut pengkaji budaya negeri Sembilan, Norhalim Hj. Ibrahim, salah seorang Undang yang empat, menentang pencalonan Mohamad Isa kerana menurutnya pemimpin itu “tidak tahu aadat.”

Ghafar Baba telah diminta Perdana Menteri Tun Mahathir menyelesaikan masalah pencalonan dan diapa yang patut dilantik sebagai Menteri Besar. Ghafar telah turun padang dan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Perbincangan antara Ghafar dan Yang Dipertuan Besar tidak dijelaskan kerana akhirnya Mohamad Isa dipersetujui untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi. Menurut sejarah negeri itu, setiap kali pencalonan untuk jaawatan Menteri Besar timbul  Ghafarlah orangnya yang berusaha menyelesaikannya.

Sumber yang rapat dengan Ghafar memberi petunjuk bahawa alasan yanag digunakan Ghafar dalam perbincangan dengan Yang Dipertuan Besar di Seremban itu ialah kata “ajaib” demokrasi dan “pilihan majoriti”. Dalam sesebuah negeri yang tokoh-tokoh politik telah dipilih oleh rakyat, tidak ada kuasa lain yang boleh menidakkan pemilihan. Mohamad Isa datang dari UMNO. Muhamad Isa adalah ketua Perhubungan UMNO di negeri itu. Maka dengan sendirinya ketua UMNO menjadi calon Menteri Besar. Ini perlu difahami oleh para pemimpin negeri, terutama ketua-ketua adat seperti Undang Yang Empat. Masalah suka atau suka, adat atau tidak beradat mungkin tidak wujud dalam kamus Ghafar, kerana semuanya adalah didasarkan kepada kehendak majoriti.

Seandainya Ghafar masih aktif dan terlibat dalam parti ketika kes Mohamad Isa ditimbulkan dalam Jawatankuasa Disiplin UMNO itu, apakah ada kemungkinan Mohamad Isa akan terselamat daripada dikenakan hukuman? Ada yang berkata bahawa memorandum yang dikirimkan Ghafar dan ahli-ahli veteran UMNO kepada pucuk pimpinan UMNO tentang rasuah dan politik wang sebelumnya telah menjerat dirinya sendiri. Setidak-tidaknya memorandum Ghafar itu telah melibatkan Mohamad Isa, tokoh yang sentiasa mendapat tunjuk ajar dan nasihat Ghafar.

Peristiwa Mohamd Isa ini menggusarkan Ghafar. Dalam satu pertemuan dengan beliau di kediamannya di Bangsa, dua bulan sebelum meninggal, Ghafar kurang senang dengan keadaan UMNO sekarang. Katanya, “ Pada saya UMNO tak penting. Yang penting Melayu.” Dato’ Wira Borhan Yaman, ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar, Melaka kurang percaya dengan apa yang dikatakan Ghafar itu. Borhan, pejuang UMNO seangkatan dengan Ghafar berasa hairan mengapa Ghafar berkata demikian. Bagaimanapun sejarah UMNO sepanjang kewujudannya pada tahun 1946 tidak menidakkan perubahan sikap dalam diri Ghafar ini.

Sebaliknya  Borhan  membuat andaian pula. Ghafar bersikap demikian mungkin dikaitkan  dengan banyak peristiwa tragis dalam UMNO, yang menyakiti hati banyak anggotanya, tidak terkecuali Ghafar. Borhan yang “menyisihkan” diri dari politik UMNO kerana dikatakan mahu menumpukan perhatian kepada keluarga pada tahun.... tidak menafikan peristiuwa-peritiwa  pedih yang dialami UMNO menjadikan ramai yang kurang senang dengan UMNO. Hal ini tidaklah aneh memikirkan Dr. Mahathir sendiri kurang senang dengan UMNO beberapa kali. Borhan  menyisihkan diri. Tun Musa Hitam pun demikian juga. Malah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada sisa-sisa hayatnya keluar dari UMNO dan bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah menghidupkan semula parti Semangat 46.

 Dalam proses demokrasil  tentu berlaku perselisihan pendapat dan pandangan. Keputusan yang dibuat kadang-kadang tidak mendapat kebulatan muafakat, malah dibuat mengatasnamakan demokrasi.  Ghafar sendiri tidak dapat mengelak daripada terkena penangan proses membuat keputusan semuanya atas nama demokrasi. Contohnya ketika Ghafar terpaksa membuat pilihan sama ada akan terus berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Abd. Razak yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976.    Tun Hussein yang dilantik Perdana Menbteri yang baru mengumumkan perlantikan kabinet barunnya. Ketika itu Ghafar adalah Naib Presiden paling kanan di kalangan dua yang lain, iaitu Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh.
Hubungan rapat ini semakin jelas pada tahun kematian Tun Razak. Ghafar telah memberikan kerjasama yanag baik kepada Tun Razak dalam urusan pentadbiaran kerajaan dan parti. Prof. Dr. Abd. Latiff Bakar dari Universiti Malaya pernah menyebut begitu rapatnya Ghafar dengan Tun Razak sehingga pada satu ketika Ghafar pernah “menyatakan kepaada Tun hasrat beliau untuk mengundurkan diri daripada kerajaan apabila Tun Razak berhenti menjadi Perdana Menteri. Maka apabila Tun Razak meninggal dunia, menurut Abd. Latiff, “Ghafar melihat itulah kesempatan paling baik untuk beliau meninggalkan kabinet.”

Pada tahun 1976, semasa Tun Razak meninggal dunia, Ghafar berusia 51 tahun. Dalam politik usia begini dianggap terlalu muda untuk bersara atau mengundurkan. Lazimnya pada usia “muda” ini kerjaya politik sedang berada di tahap puncaknya, terutama seseorang itu berada dalam kedudukan selesa dan menganggotai pula parti yang memerintah. Bagi orang biasa, terutama tokoh-tokoh parti yang bercita-cita menaiki heirarki kepimpinan parti, soal bersara dari politik di saat-saat mereka sedang berada kedudukan selesa demikian tidak akan ada dalam kamus kerjayanya. Ghafar sedang menikmati kejayaan sebagai orang Nombor Tiga dalam heirtarki kepimpinan parti yang sedang memerintah. Ghafar telah pun menikmati “kesenangan” politik setelah berhempas pula mendakinya dari bawah dan pengalamannya sebagai Ketua Menteri Melaka selama sembilan tahun. Kejayaannya di cemburui dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk “mencuri” Ghafar dari Melaka seperti yang diungkapkan Abd. Latiff. Ghafar ke Kuala Lumpur untuk dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengerusi Majlis Amanat Rakyat (MARA) – satu jawatan baru yang bertujuan untuk memajukan orang Melayu.

Ghafar berminat untuk memajukan taraf hidup orang Melayu. Dan apabila Ghafar berhasrat untuk mengundurkan diri hanya kerana Tun Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri, maka rasional pengundurannya dalam Kabinet Tun Hussein sukar untuk diwajarkan. (Catatan  21 Disember 2006).

  

 

Saturday, 11 June 2011

DR. RAMLI ISIN: PENGKRITIK PERSURATAN LULUSAN GAJAH MADA

Dr. Ramli Isin dan isteri di Malam Anugerah Sastera Negeri Sembilan di Seremban beberapa tahun lalu. Gambar dengan ehsan Nisah Haron.



Selama lima setengah tahun dia menimba ilmu dan pengalaman di Jogjakarta bagaikan tempat tinggalnya di Wirogunan dan Piri di kota itu  menjadi kampung kedua baginya setelah Seliau di Seremban. Khabarnya sepanjang tempoh panjang itu tidak sekali dia pulang ke Seremban. Dan khabarnya juga dia ke kampus Universitas Gajah Mada menggunakan speda (basikal). Dapatlah saya bayangkan betapa dia mengayuh basikal ke tempat kuliah di pekarangan kampus yang maha luas itu bersama-sama ribuan mahasiswa lain. Barangkali basikal merupakan jenis "kenderaan" dalam kampus.

Sesekali dia, Ramli Isin yang memiliki doktor falsafah dalam bidang kesusasteraan, akan memandang ke kejauhan melepasi jendela kamar kerjanya di Universiti Putera Malaysia (UPM), untuk bernostalgia seketika tentang kisah masa lalunya dalam bidang pendidikan. Betapa dia akan membuat perbandingan kisah suka-dukanya di kampus Gajah Mada dengan kisah mahasiswa-mahasiswa di UPM, yang barangkali lebih beruntung dari sudut kemudahan dan pembiayaan pendidikan.

Ramli tidak akan menyesal dengan cara dia memperoleh pendidikan sehingga ke tahap yang dia miliki sekarang. Ada hikmah yang tersembunyi kerana pendidikan formal dan tidak formal yang dimiliknya itu menjadikan dia seperti yang sekarang ini sebagai penyebar ilmu dan pengkritik dalam biang kesusasteraan. Ketika mula saya mengenalinya di Dewan Bahasa dan Pustaka (dia bertugas sebagai pegawai penyelidik sastera) pada tahun 1973, tutur katanya masih pekat dialek Indonesia dengan sebutan Jawanya. Sudah begitu sebati lidahnya dengan sebutan itu. Tidak lama kita bersama di DBP kerana pada tahun 1975 dia pindah kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gajah Mada mengajarnya menjadi seorang penulis yang gigih dan konsisiten. Juga Gajah Mada menguji bakatnya sebagai seorang pengkritik dalam bidang kesusasteraan. Di Indonesia pusat pengajian tinggi ini terkenal melahirkan tokoh-tokoh besar kesusasteraan, malah tenaga pengajarnya terdiri daripada tokoh-tokoh terbilang dalam bidang itu. Ramli bin Isin tidak sia-sia menguji kesabaran hidup di daerah istimewa kota Jogjakarta itu. Kaya dengan budaya silam melalui kerajaan kraton, yang legasinya masih gah di pusat kota, di penghujung Jalan Malioboro yang terkenal dengan sajian burung dara di waktu dinihari. Ramli tidak akan dapat melupakan dua rakannya yang lain yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk belajar di kota itu, iaitu Rahman kaeh ( mantan profesor di Universiti Malaya), dan Morad Mat Jan.

Ramli memperdalami ilmu di Fakultas  Sastera dan Kebudayaan, menjurus ke bidang bahasa dan sastera Indonesia. Yang mengajarnya termasuk beberapa tokoh besar dalam sastera Indonesia, antaranya Prof. Baroroh Barid, ahli filologi, Prof. Hamamah dan Prof. Ramli Leman Sumuwadigdo. Sesekali pula Ramli Isin akan mengagak-agak di mana gerangan teman-teman sekuliahnya seperti Abdul Rozak Zaidan, Sumardi dan Petah Agul yang khabarnya sudah menjadi sasterawan besar di Indonesia. Dia akan merindukan tutur kata dan tingkah langkah mereka semasa di kampus. Namun dia masih punya kawan seperti Rahman Kaeh yang tinggal berhampiran di Seremban. Dengannya setiap kali bertemu pasti nostalgia akan berpanjangan.

Demikianlah, Ramli Isin akan menjengah masa lalunya saban ketika. Suaranya yang lantang sambil disambut dekahan ketwa  menyatakan kehadiran dirinya. Kawan-kawan dekatnya seperti Dharmawijaya, Othman Puteh dan Yusof Mohd Nor  sudah terbiasa dengan nostalgia dan dekahan ketawanya itu. Bagi mereka, Ramli adalah kawan yang boleh diajak berunding dan jarang amat dia "bercerita tentang hal orang lain beserta kelemahananya."

Seperti halnya peneliti Dr. Yusof Hassan, Ramli bergiat dalam lapangan pengkritikan dengan eseinya berpusar kepada bidang yang dia amat pakar. Dia bukan penulis kreatif tetapi dia menilai karya kreatif melalui kacamata keilmuan dan pengalamannya. Dia barangkali memanfaatkan pengalaman peribadinya untuk meninjau dan menganalisis aspek kemanusiaan dalam karya kreatif seseorang pengarang. Dengarkan dia bicara tentang Dharmawijaya dalam "Suka Lara Penyair Tiga Dekad" (Dewan Sastera, Feb. 99): Secara sedar Dharmawijaya fenomena dan alam semula jadi dengan kehidupan sehari-hari seorang manusia  atau sesuatu kelompok masyarakat, khususnya kelompok masyarakat bangsanya yang sentiasa berdepan dengan alam  semula jadi. Kesan pengadunan kaitan antara dua faktor ada kalanya Dharmawijaya  menceriakan terutama apabila alam  semula jadi itu  digunakannya semata-mata untuk  menghubungkannya dengan kehidupan masyarakat sekitaran. Ada kalanya Dharmawijaya menderitakan manusia atau masyarakat yang menjadi pemikirannya itu. Malah ada kalanya  penyair ini menceritakan aspek  cerita dan derita  manusia itu bersama-sama dalam sesebuah puisinya. Hal ini jelas dicitrakannya dalam puisi  "Cinta Sayang Di Sawah Ladang" yang begitu menggugah perasaan khalayak pembaca.

Begitulah Ramli begitu dekat dengan alam yang membaur bersamanya apabila menganalisis sesuatu karya. Kejayaan dan keberkesanan pengamatannya yang "alamiah" ini sudah tentu memakan masa panjang dan memerlukan pengalaman empirikal yang berterusan dan yang ditambah pula oleh  pengalaman pedagogikal yang ditimbanya semasa menjadi guru selama enam tahun (1961-1967).

Selama di Jogjakarta, Ramli tidak serik mengirim esei dan kritikannya ke suratkhabar dan majalah di Malaysia. Dia menunjukkan tahap konsisten yang berterusan sehingga tulisannya dapat mencerminkan kesungguhan, kerajinan dan nilai yang tinggi. Buktinya, Ramli telah diiktiraf oleh panel Hadiah Karya Sastera apabila dia dipilih bersama Ilias Zaidi sebagai pemenang hadiah penggalakan  esei/kritikan bagi tahun 1975. Buktinya lagi, Ramli pernah dilantik untuk menganggotai panel penilai Sayembara Novel Gapena 1976, panel penilai Sayembara Esso-Gapena, panel penilai peraduan mengarang novel Hari Guru, panel penilai Anugerah Karya Bangsa anjuran Gapena-KKBS (Bahagian novel), panel penilai Hadiah Buku Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan panel penilai Hadiah Sastera Malaysia. 

Ada yang berkata disebabkan usahanya yang konsisten dalam bidang esei dan kritikannya ini, maka Ramli kesuntukan masa untuk mencuba-cuba dalam penulisan kreatif. Tidak satu cerpen atau sajak yang pernah dihasilkannya sepanjang dia bergiat dalam lapangan persuratan ini. Barangkali ada, cuma saya belum ketemui. Mana tahu karya-karya itu masih tersimapn di lacinya.

Ramli biasanya amat apolojetik dan merendah diri.Kemungkinan besar budaya "inggih" dan tingkah sosial masyarakat Jogjakarta menguasai gerak tingkahnya yang walaupun sudah sekian dekad ditingalkannya masih terus mempengaruhi jiwanya. Atau masyarakat Siliau mengajarnya bersopan begitu. Dalam pada itu belum pernah saya meilhat dia marah-marah atau Ramli pandai menyembunyikan tanda marah di wajahnya. Dia mungkin sahaja marah dalam dekahan ketawanya atau mungkin  saja dia mendiamkan diri dengan gelengan kepalanya. Perwatakannya inilah yang membuatkan rakan-rakannya  senang berdamping  dengannya. Rakan-rakan seperti Rahman Kaeh, Othman Puteh dan Dharmawijaya. Rakan yang terakhir malah semakin akrab. Ke kampus UPM pergi bersama pulang berdua. Setiap kali saya ke pejabat Dharmawijaya, setiap kali itu pula saya menemui Ramli di sana atau mereka berdua sedang bercakap melalui telefon. Dan sebelum berpisah lazimnya kami bertiga akan makan tengahari di Serdang atau di kafeteria mesjid universiti. Dan ketika itu tidak jarang nostalgia jogja kembali meredah ruang dan suasana dengan diikuti hilaian kah! Kah! Kah!

Kini Ramli tidak lagi menulis segiat dulu. Dia mengaku bahawa program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) menyita banyak waktunya. Minggu lalu semasa berbual santai di pejabatnya dia menunjukkan kertas-kerta jawapan mahasiswa yang mengikuti program ini yang ratusan jumlahnya. "Pening. Semua ini perlu dinilai mengikut jadual," katanya. "Ini belum dikira lagi mereka yang mengambil program sarjana yang mengetuk pintu dan menelefon minta bimbingan."

Sibuk tak sibuk dengan tugas mengajar, Ramli banyak juga menyusun buku. Malah dua daripada buku yang disusun bersama dipilih menjadi teks sastera peringkat SPM, iaitu "Suatu Subuh Yang Bening" (1983) sebuah antologi cerpen yang disusun bersama Othman Puteh dan "Kelapa Nan Sebatang" (1991) juga sebuah antologi cerpen susunan bersama Razak Mamat. Turut diterbitkan ialah antologi cerpen "Dongeng Merdeka" yang disusunnya bersama Othman puteh. Dalam bidang puisi dia menyusun "Nafas Kemanusiaan" (1980) dan 'Gema Lembah Kinabalu" (1982).

Ramli turut menjadi penyusun kajian dan kritikan sastera seperti "Memperkatakan Tiga Genre" (1985) bersama Othman Puteh dan Sahalan Mohd Saman, "Hari Kemerdekaan" (1989) bersama Sahlan Mohd Saman, "Sejarah Kesusasteraan Melayu ((1990) bersama Kemala, Hashim Awang, Zakaria Ariffin dan Sahlan Mohd Saman, "Tetamu Dari langit" (1990) bersama Hashim Awang, "Drama Melayu Moden dalam Esei" (1981), "Tinta Pena" (1981), "Novel-Novel Malaysia Dalam kritikan" (1982) dan "Riak Dan Gelombang Sastera" (1984), sebuah antologi esei kritikannya yang disusun Othman Puteh. Bagi mnemudahkan pelajar-pelajar memahami teks sastera di peringkat SPM dan STPM, Ramli turut menyusun beberapa buah buku ulasan.

Saya yakin waktu banyak yang disita oleh program PJJnya tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus menyumbang kritikan yang sihat kepada dunia persuratan, terutama dalam bidang sastera. Kepakarannya masih amat diperlukan, setidak-tidaknya buat jenerasi pelajar yang masih lagi berduyun-duyun mengharapkan bimbingannya. Dan tidak dilupakan komuniti pengarang yang masih mahu karya mereka dibedah oleh sarjana  lulusan Gajah Mada ini. ( Dipetik daripada akhbar Utusan Zaman, 28 Mac 1999)




 





Monday, 23 May 2011

SULAIMN NINAM SHAH: LEGASI TOKOH PEJUANG SEORANG TUN

 Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah

 Dua bulan lagi, persisnya 5 Julai 2011 ini, genaplah lapan tahun Tun Sulaiman Ninam Shah meningglkan persada UMNO dan keluarga yang dikasihinya. Sepanjang suku abad menjadi Pengerusi Tetap Perhimpunan Allahyarham Tun berjaya mengawal Perhimpunan Agung UMNO dengan baik. Dalam kesederhanaan memimpin arah tuju perhimpunan Allhyarham  bagaikan membuat seluruh para wakit "terpaku " mendengar celoteh dan nasihatnya sambil diselng- seli dengan gurauan politik yang walaupun membikin orang ketawa tetapi punya makna yang dalam. Sinis lagi menusuk, kadang-kadang. 

Dalam satu pertemuan saya terakhir dengan Allahyarham menjelang pemergiannya UMNO berada di persimpangan apabila berlaku pertentangan antara presiden dengan orang nombor duanya. Ketika menunggu di bilik hotelnya di Pan Pacific, saya meminta pandangannya apakah yang bakal terjadi dengan kekalutan politik UMNO yang dianggapnya semakin parah. Allahyarhm sendiri tidak mampu menjawab. Seperti katanya "Mahathir ketika ini berada seperti telur di hujung tanduk. akibat pengaruh orang nombor dua parti yang terlalu kuat..Kita serahkn saja kepada perwakilan.

Ketika mengimbas kembali pengalaman Allahyrham dalam UMNO ini, sejarah pasti membenarkan bahawa Allahyarham menyimpan pengalaman perjuangan politik yang panjang. Sebelum merdeka, perjuangan bangsa Melayu didasarkan pada satu matlamat iaitu membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan Inggeris. Tumpuan semangat adalah bersandarkan slogan ‘Hdup Melayu’. Antara pemimpin Melayu yang aktif ketika itu ialah  Sulaiman Ninam Shah. Beliau tidak akan lupa jerit-perit perjuangan, terutama apabila  ia dikaitkan juga dengan mempertahankan hak dan keistimewaan  orang Melayu.

Semangat kental  Sulaiman ini barangkali boleh dikaitkan dengan pengalaman kerjayanya, terutama ketika beliau bertugas sebagai anggota polis mulai tahun 1920. Dalam usia yang relatif muda kobaran semangatnya dapat dilihat ketika rakyat bangun menentang penjajah. Ketika beliau menjawat ketua polis daerah, beliau pernah menyerahkan senjata kepada penduduk Dumai dan Pekan Baru, Sumatera , membantu mereka mengusir penjajah Belanda. Semasa rakyat menentang Malayan Union, Sulaiman adalah di antara wakil yang menghadap DYMM Sultan Johor untuk membantaj Perjanjian MacMichael.

 Sulaiman anak jati Muar dan dilahirkan pada  2 Januari 1920. Dalam usia yang relatif muda, iaitu ketika berusia 25 tahun, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar. Beliau terkanal dengan suaranya yang lantang yang memperjuangkan matlamat menjadikan Melayu, bangsa yang berkuasa di tanah airnya sendiri. Sebelum menjadi Pengerusi Tetap UMNO pada tahun 1975, beliau mempunyai pengalaman di dalam UMNO sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Ketua UMNO Bahagian Muar, Setiausaha UMNO Johor, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

Namun ketokohannya semakin terserlah apabila beliau menduduki “kerusi empuk” Pengerusi Tetap. Sehingga sekarang, setelah lebih 25 tahun bercekul di kerusi itu, belum ada tanda-tanda yang ketokohannya semakin pudar, malah untuk jawatan pengerusi tetap tahun 2000/2002 beliau menduduki tempat teratas dalam senarai calon yang mahu menwarkan khidmat. Calon yang satu lagi, yang belum menampakkan ketokohannya, tidak mampu memberi tentangan.

Orang akan menilai Sulaiman dalam UMNO dari sudut prestasinya  sebagai Pengerusi Tetap UMNO. Beliau merupakan orang kesepuluh yang memegang jawatan pengerusi ini dan merupakan yang paling lama pula. Pemerhati politik UMNO menilai tempoh yang begitu lama yang berjaya dikekalkan Sulaiman adalah disebabkan oleh kewibawaan dan sifat karismatiknya, terutama ketika beliau mempengerusikan perhimpunan UMNO setiap tahun sejak tahun 1975. Walaupun jawatan ini dianggap jawatan yang  kurang “glamour” dan tanpa kuasa dalam heirarki kekuasaan UMNO Pusat, namun dalam keadaan tanpa kuasa dan tanpa glamour itulah Sulaiman berjaya menonjolkan kepribadiannya dan keistimewaannya. Pernah seorang aahli UMNO yang menghadiri perhimpunan  berkata, “Sesiapa mahu mencabar Sulaiman Ninam Shah orang itu hendaklah mempunyai karisme  di atas pentas lebih canggih daripadanya sendiri.”

Ertinya, Calon yang ingin merebut jawatan yang disandang Sulaiman hendaklah mempunyai “sense of humor” seperti yang dimiliki Sulaiman. Di samping itu calon berkenaan hendaklah juga pintar mencipta gurauan di celah-celah suasana serius persidangan, tetapi jangan sampai gurauan itu kelihatan murahan atau “slapstick”yang dangkal.

Satu lagi keistimewaan Sulaiman dalam mengendalikan persidangan UMNO ialah kemampuannya menghidu sesuatu sebelum seseorang ahli perwakilan  menyampaikan ucapannya di luar tajuk. Beliau dengan tegas tetapi secara menyindir dan berseloroh.Sindiran dalam selorohnya itu tidak pula menyakiti perwakilan  atau menjatuhkan air mukanya.

Keistimewaan Sulaiman dalam mengendalikan persidangan UMNO dari tahun ke satahun selama suku abad yang lalu bagaikan meletakkan nama beliau sebagai sebuah lagenda pengerusi tetap UMNO. Dalam usia yang melebihi empat dekad itu, beliau masih boleh bertahan dan mampu mengurus kerenah perwakilan dan pemerrhati yang melebihi 2000 orang. Pengalamanlah yang mengajar beliau sehingga menjadi pengurus persidangan UMNO yang baik.

Sulaiman menaiki tangga heirarki UMNO dari bawah. Sepak terajang UMNO dengan segala intriknya beliau alami. Semangat bencikan penjajah bagaikan menjadi senjata yang amppuh untuknya meneruskan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang bebas dari belenggu penjajah, baik secar politik mahupun secara ekonomi. Dalam pada itu cintanya kepada UMNO tidak pernah pudar. Misalnya, beliau tidak dapat melupakan peristiwa hitam UMNO pada tahun 1987. Saingan merebut jawatan tertinggi parti akhirnya memecahbelahkan UMNO hingga terbentuk apa yang dinamakan Team A dan Team B. Team A diketuai Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghaffar Baba manakala Team B dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam. Sulaiman masih ingat bagaimana pengumuman keputusan pemilihan dilakukan pada pukul 3.30 pagi. Ekoran daripada keputusan yang menyebelahi Datuk Seri Dr. Mahathir dengan kemenangan tipis, ada usaha untuk membawa keputusan ke mahkamah. Akhirnya UMNO diharamkan dan UMNO baru terpaksa ditubuhkan. Inilah kenangan pahit dalam sejarah UMNO.

Sulaiman percaya UMNO tetap utuh walaupun sedang menghadapi zaman-zaman sukar. Pemimpin pergi dan pemimpin datang. UMNO tetap teguh, dan beliau terus akan memipengerusikan persidangan yang menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat dalam negeri malah masyarakat antarabangsa. Sulaiman yakin untuk terus memimpin persidangan selagi beliau diperlukan. Usia bukan penghalang untuknya menreuskan kerjayanya sebagai pengerusi tetap UMNO. Pengalamannya amat diperlukan terutama dalam usaha meneruskan proses regenerasi dalam kepimpinan UMNO.

Pengalaman berguru dengan UMNO turut membawa kejayaan kepada Sulaiman ketiga diberi kepercayaan menganggotai barisan pemimpin kerajaan. Misalnya, pada tahun 1954 beliau dilantik ahli jawatankuasa kerja kerajaan Negeri Johor. Jawatan ini disandang beliau sehingga tahun 1964. Pada tempoh yang sama beliau dilantik sebagai Pengerusi Kerajaan Tempatan Johor. Dua dekad kemudian, Sulaiman dilantik pula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara sehingga tahun 1985. Lantikan ini adalah ekoran beliau dilantik Senator pada tahun 1979.

Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai 2003, pukul 5.15 pagi setelah tidak sedarkan diri  selepas menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur akibat sakit leukemia.Beliau meninggalkan seorang balu, Toh Puan Rose Othman, sembilan orang anak terdiri daripada enam lelaki dan tiga perempuan, 15 orang cucu dan dua cicit.
Jenazah Allahyarham dikafankan di rumah anak sulungnya, Datin Faridah di Petaling Jaya sebelum dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor untuk disembahyangkan. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri selepas solat Asar].


   

Saturday, 7 May 2011

BAGAIMANA NUR JAZLAN MELIHAT LEGASI BAPANYA, MOHAMED RAHMAT

  Buku Tok Mat: UMNO - Akhir Sebuah Impian terbit pada tahun 2009


Nur Jazlan ialah Ahli Parlimen Pulai dan adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan di zaman era Kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Nur Jazlan menulis dalam kata-kata Aluan buku UMNO: Akhir Sebuah Impian, yang mengandungi rentetan pengalaman bapanya, terkenal dengan panggilan Mat Bulat dan mesra dengan nama “Tok Mat”. Nur Jazlan serimg diingatkan bapanya bahawa “sejarah akan sentiasa berulang.”
Menurut Nur Jazlan Tok Mat mendidiknya supaya bersabar dan setia kepada perjuangan parti UMNO di samping memberikan kepercayaan penuh dan patuh kepada pemimpin tertinggi dalam parti. Di samping itu Tok Mat juga mengajarnya supaya sentiasa bersikap positif dalam perjuangan UMNO kerana masa depan orang Melayu bergantung kepada kedudukan parti UMNO.

Namun Nur Jazlan tidak mengerti apa yang dimaksudkan Tok Mat apabila Nur Jazlan mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai seorang akuntan profesional dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perjuangan UMNO lebih satu setengah dekad yang lalu.

Tulis Nur Jazlan, “ Apabila saya memaklumkan kepadanya (Tok Mat) mengenai keputusan tersebut saya mengharapkan sokongan dan dorongan dari beliau. Sebaliknya apa yang diluahkannya kepada saya agak mengejutkan sedikit. ‘Politik ini tak menentu dan naik turun karier politik kita bergantung kepada keperluan peribadi perdana menteri, bukan kerana kebolehan dari kita.’


“Selepas 21 penubuhan UMNO Baru yang sebahagian besarnya dijayakan oleh bapa saya sebagai Setiausaha Agung dan kemudiannya saya sendiri melihat kekalahan UMNO yang besar dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, akhirnya barulah saya memahami maksud kata-kata hikmat bapa saya itu.”
Kenyataan bapanya itu menjelaskan beberapa kelemahan besar dalam UMNO. Tulis Nur Jazlan lagi, “
Pertama, UMNO tidak lagi merupakan parti akar umbi kerana ia kini bergantung kepada kehendak Presiden parti. Kedua, UMNO sekarang ini dikuasai oleh golongan pemimpin yang lama yang tandus ideadan kurang upaya untuk berubah. “

Dua faktor utama ini telah menyebabkan UMNO kurang berupaya untuk menarik sokongan orang muda yang mempunyai idealisme yang tinggi untuk menyuburkan perjuangan parti untuk generasi akan datang. Pemimpin UMNO tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat perubahan besar dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.”

Demikianlah Nur Jazlan melihat cara berfikir bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat. Buku UMNO: Akhir Sebuah Impian yang diterbitkan Malaysian Insider pada tahun 2009 ini adalah catatan pengalaman Tok Mat dalam pergolakan UMNO yang bermula sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Apa yang diceritakannya mungkin mengejutkan sesetengah pembaca terutamanya dalam mengupas krisis dalaman UMNO. Antara rentetan peristiwa di mana beliau sendiri memainkan peranan penting termasuk kisah di sebalik usaha menjatuhkan Tun Hussein dan Dr. Mahathir serta usaha beliau membantu mereka mengatasi krisis berkenaan.

Tok Mat juga menjelaskan betapa permainan politik tikam belakang serta ironi pengalamannya sendiri di mana beliau telah menjadi mangsa fitnah akibat salah faham dalam pertikaian politik UMNO.
Tok Mat lahir di Johor Bahru pada tahun 1938 dan memulakan kerjaya politiknya pada usia 20-an . Beliau telah berkhidmat di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir . Beliau juga adalah penasihat hal-ehwal Malaysia-Indonesia untuk Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tok Mat pernah memimpin Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI) sebagi presidennya pada awal tahun-tahun 1980-an, dengan anggota Jawatankuasanya antara lain terdiri daripada Prof. Abu Bakar Hamid, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mohamad, Mohd. Yusof Abu Samah, Setiausha Agung, Jalaluddin, Awang Salleh dan Drs. Ahmad Fadzil Yassin.

Saturday, 30 April 2011

BORHAN YAMAN: SEMANGAT JUANG MENEGAK BAHASA YANG TAK KUNJUNG PADAM

Datuk Wira Borhan Yaman ketika di rumahnya di Kelebang, Melaka, 11 Oktober 2007

Guru dahulu memainkan peranan melalui persatuan guru. Setiap negeri ada persatuan guru. Semua persatuan ini disatukan dan dipimpin oleh Allahyarham Dato’ Mohd. Nor Ahmad. Saya ada menyimpan majalah-majalah buku lama dan saya mula menulis sajak pada tahun 1971, terutama artikel-artikel pendidikan. Ketika itu, majalah adalah sebagai wadah guru, sebagai organ suara guru.

Kita adakan Kongres Bahasa Melayu yang pertama di Singapura pada tahun 1952 dan di Seremban pada tahun 1954. Kemudian Kongres Bahasa Melayu ke-3 kembali semula ke Singapura dan Johor Bahru. Istana Besar di Johor Bahru telah melahirkan cadangan menubuhkan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) seperti yang ada pada hari ini. Dan begitu jugalah hasil perjuangan tadi. DBP lantik Ungku Aziz, seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya Singapura sebagai pengarahnya. Saya rasa amat besar jasa ungku Aziz, Allahyarham Tun Syed Nasir mdnggantikannya kemudian. Beliau anak Johor yang walaupun tidak berpendidikan universiti, tetapi usaha dan semangatnya mengendalikan DBP perlu disanjung.

Rakyat patut sedar, orang-orang sekarang patut sedar, perjuangan menegakkan kedaulatan negara ini berkait rapat dengan perjuangan bahasa. Saya masih ingat lagi tentang perwakilan UMNO Melaka. Kami dari Melaka tidak ramai, UMNO Melaka kecil sebab orang Melaka miskin. Saya pernah menjadi setiausaha UMNO Melaka. Ketika itu nak cari yuran pun susah. Setiap tahun kita kena bayar tidak kurang daripada RM 2.50. Duit dulu besar jugalah berbanding duit sekarang. Dapatlah sehelai baju dan sehelai seluar.

Ketika itu persidangan-persidangan UMNO dibuat di rumah UMNO di Batu Road. Ada lagi bangunan itu saya tak tahu, sebab dah lama saya tak pergi ke sana. Masih saya ingat kalau nak dirikan rumah UMNO, kita cari derma dan sumbangan daripada ahli-ahli UMNO seluruh tanah air. Setengahnya mengadakan fun fair. Macam-macamlah kita diadakan. Saya ingat lagi bila bangunan UMNO di Batu Road disiapkan dan dirasmikan, iaitu pada 31 Julai 1955, emat atau lima hari selepas kemenangan parti PERIKATAN dalam pilihan raya pertama pada 27 Julai 1955.

Peristiwa itu ada saya catat dalam buku.Judul buku itu Lawyer Tunku Abdul Rahman (?) dalam tulisan jawi oleh Aziz Tahir. Saya ada buku tu. Saya catat berapa harganya. Saya tulis tarikh perhimpunan UMNO. Saya catat begitu cantik tentang peristiwa itu, Jadi sidang ini menegakkan perjuangan, menegakkan perlembagaan, kemerdekaan negara, kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara, kedaulatan bahasa dan negeri untuk menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tanah air yang tunggal di negara. Kita perjuangkan sejak sebelum merdeka. Tidak ramai ahli yang hadir pada masa itu. Tak sampai 200 orang. Saya masih ingat lagi, semangat yang ditunjukkan mereka yang hadir. Memang tidak sama dengan semangat perwakilan UMNO yang 2000 orang yang ada sekarang di PWTC terutama ketika bekas perdana menteri nak mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.

Inilah yang dikatakan, apabila dibawa usul dibawa oleh perdana menteri, saya lihat melalui televisyen hadirin kelihatan kaku, tak berdetik macam tikus jatuh ke beras. Apa gunanya ramai audiens kalau jiwa-jiwa politiknya kosong? Inilah yang dikatakan dalam al=Quran sebagai buih-buih di laut yang banyak tetapi tidak ada tunjangnya. Tidak ada akarnya yang menjejak di bumi. Memang ramai bertepuk sorak tapi tepuk sorak yang nak meruntuhkan bukan membina. Minta maaf lah saya berkata begitu. Saya sebagai orang lama berasa amat sedih walaupun saya tidak lagi dapat berjuang.
Saya disingkirkan tapi jangan hina bangsa saya, negara saya, bahasasa saya, budaya. Saya dipandang sepi.

Tidak ada lagi erti kejayaan, kebesarannya dan sebagainya terutama kepada parti dan inilah sikap saya. Inilah kenyataannya. Pada hal mereka sedar bahawa perbuatan meremehkan kejayaan perjuangan terdahulu itu menyalahi dasar perjuangan, aturan dan peraturan. Kita meti ingat kita adalah kerajaan berparti. Kerajaan berparti mengusulkan segala benda yang dibawa berbincang ke dalam parti terlebih dulu. Misalnya, macam mana kita ingin menegakkan kemerdekaan negara, kedaulatan beraja. Semua ini dibawa dalam parti dibincangkan berkali-kali, ditapis, disunting dan dihalusi.

Perlembagaan kita pertahankan bersama Parti Perikatan. Apa yang kita putuskan adalah mandat yang kita berikan kepada wakil-wakil UMNO dan Perikatan, walaupun pada masa itu dalam parti Perikatan atau parti UMNO tak ramai yang bijak-bijak. Cuma adalah peguam seperti Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak. Datuk Sulaiman pula doktor dan beberapa orang lagilah. Kebanyakan kita adalah wartawan dan guru. Tapi jiwa mereka adalah jiwa harimau, bukan jiwa kambing yang pengecut, yang mengembek di mana saja. Inilah yang amat menyedihkan dan memilukan hati saya kerana perjuangan kita menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi termaktub dalam perlembagaan, disebut dalam perlembagaan, hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya 10 tahun selepas merdeka tidak seperti yang diharapkan hari ini.

Saya ingat lagi pada tahun 1957, apabila Tun Syed Nasir mengambil alih, Dewan Bahasa diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Waktu itu Tun Abdul Razak adalah Menteri Pelajaran. Ada kempen Minggu bahasa kebangsaan dan saya ikut terlibat. Pada masa itu saya baru balik dari Institut Bahasa dan mengajar di sekolah jenis kebangsaan. Kami mengadakan peraduan syarahan dan peraduan bahas dalam bahasa kebangsaan buat pertama kalinya. Kononnya apabila saya balik dari Institut Bahasa maka saya ini menjadi ahli bahasalah. Maka saya pun banyak ditawarkan menjadi pengadil peringkat negeri, pensyarah dan sebagainya.Saya ingat beberapa orang hari ini telah menjadi pegawai pelajaran di Melaka. Mereka pernah bertanding masa tu ketika saya menjadi alah seorang pengadilnya.

Saya berasa senang kerana nak menggalakkan rakyat boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dengan baik, bukan sahaja dalam percakapan sehari-hari tetapi juga di sekolah-sekolah, di pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya. Pada tahun 1961 diadakan pula kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Setiap tahun buat, ada pertandingan sehingga ke ke peringkat kebangsaan. Kemudian Dewan Bahasa mula menerbitkan buku. (Petikan hasil temu bual dengan tokoh budaya dan politik Datuk Wira Borhan Yaman di kediamannya di Kelebang, Melaka, 11 Oktober 2007

Thursday, 21 April 2011

PANTUN ITU HADISNYA ORANG MELAYU, KATA AZIZ & BORHAN

 Tan Sri Aziz Tapa (atas) dan Dato' Wira Borhan Yaman: Kedua-duanya jaguh pantun asal Melaka.


Melaka bangga dengan dua anak watannya, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, ahli UMNO veteran, dan Dato’ Wira Borhan Yamin,yang petah berpantun. Kedua-dua Aziz dan Borhan bagaikan saudara kembar dalam pantun-memantun. Kedua-duanya bekas guru tetapi punya semangat juang yang gigih, terutama dalam memeliharan budaya tradisi a.k.a pantun. Kedua-duanya masih bersemangat membincangkan pantun di mana jua dan dalam kesempatan bagaimana sekalipun. Kedua-duanya masih mampu mengingat pantun-pantun lama yang berkait dengan budi pekerti, perjuangan dan kasih saying. Malah sambil berbual mereka menyelitkan pantun-pantun usik-mengusik suami isteri.

Aiz juga seorang pelukis, pernah menjadi guru lukisan kepada Borhan. Kedua-duanya lulusan Maktab Pergurun Sultan Idris Tanjung Malim. Antara lukisan yang membawa namanya ialah “Suatu petang Di pelabuhan yang tersimpan di Balai Senilukis Negara. Bagusnya apabila berbicara pantun dengan kedua-dua tokoh ini mereka memberi penekanan yang sama penting antara pembayang dan maksud dalam satu-satu pantun.

Kata aziz lazimnya pembayang dalam pantun dicipta daripada suasana persekitaran, alam dan kehidupan. Banyak pantun dicipta melalui pengalaman bersama alam yang melingkunginya. Misalnya, pantun kasih “Kalau padi katakan padi, tidak saya terrtampi-tampi; kalau sudi katakan sudi tidak saya ternanti-nanti.” Pembayang kepada pantun itu ialah padi. Dan orang Melayu dekat dengan padi yang menghasilkan beras, makanan utamanya. Menampi padi itu lazim bertujuan untuk mengasingkan hampanya sebelum ditumbuk menjadi beras. Padi dan tampi adalah sesuai dengan rima dan ritme akhirannya.

Borhan pula yang kental semangat juang terutama dalam bidang bahasa dan budaya, turut merasakan keindahan dan kekentalan semangat kesetiakawanan dan kasihkan bangsa. Borhan mengeja “Alif”, “Ba” dan “Ta”. Katanya, “Alif” ialah agama, “Ba” bangsa dan “Ta” tanah air. Beliau berpantun, “Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, nyawa dan badan saya berikan (serahkan?).” Pembayang pantun ini adalah simbol perjuangan. Menurutnya, pantun itu “hadis”nya orang Melayu.

Siapa tak kenal Borhan yang satu ketika merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka yang berjuang bersama-sama A. Ghaffar Baba (sekarang Tun) dan Aziz Tapa sendiri (tiga serangkai yang menjadi pengasas kepada kemajuan UMNO dan kerajaan Melaka hari ini.

Borhan mengungkapkan rasa cintanya kepada agama, bangsa dan tanah air dengan “redha berkorban segala” sesuai dengan pribahasa yang disukainya, “Bahasa menunjukkan bangsa”. Baginya cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman. Dan semangat ini banyak terjelma dalam pantun-pantun dan perbilangan orang Melayu.

Aziz pula bangga dengan Melaka. Bukan sahaja kerana pantunnya tapi dianggap negeri Islam pertama terkenal di dunia. Katanya semuanya bermula di Melaka. Betapa tidak, Melaka telah terkenal di seluiruh dunia pada tahun kegemilangan empayarnya pertengahan abad ke-15, terutama sewaktu Sultan Mansur Shah memerintah. Banyak pedagangan dan santeri singgah di pelabuhan Melaka. Katanya, “Jangan lupa sistem pemerintahan Melayu bermula di Melaka. Dulu kita ada sultan, bendahara, temenggung, penghulu Bendahari dan Laksamana. Hari ini kita ada sultan (Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan yang di bawah kuasanya ada Laksamana.”

Wednesday, 13 April 2011

PAKAR BAHASA BANTAH PELAKSANAAN SEMULA PPSMI

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, Prof. Dr. Awang Sariyan'

Kulit buku Mengapa Kami Bantah

Kulit Buku Keranda 152

Sebaik sahaja keluar berita bahawa PPSMI akan diteruskan seperti biasa oleh Kementerian Pelajaran, pakar bahasa Prof. Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-Beijing membuat bantahan melalui laporannya seperti yang disiarkan di bawah ini (Petikan BERNAMA yang disiarkan Utusan Malaysia, 12 April 2011):

Pakar Bahasa Bantah Desakan Laksanakan Semula PPSMI
BESUT, 11 April (Bernama) -- Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.

"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.

"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.

"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," tegasnya.

Katanya Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.

Katanya PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.

Bagaimanapun katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.

Menurutnya, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.

"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya.

Komen:
Nampak gayanya demonstrasi anti-PPSMI tahun lalu itu tidak memberi apa-apa makna kepada pemimpin kerajaan, terutama kepada pemimpin UMNO. Pejuang bahasa nampaknya kecewa lagi dan begitu hebatnya kerajaan akan membuat u-turn dalam bidang pendidikan.

Hebat sangatkah bahasa Inggeris untuk diajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? Atau pemimpin-pemimpin kita terlalu taksub dengan bahasa itu. Tetapi kalau difikir-fikir betul juga mengapa mereka taksub. Sebabnya ramai dalam kalangan pemimpin kerajaan, terutama dalam kalangan Melayu elit terdidik di Barat, khususnya di UK.

Sudah barang tentu mereka lebih terbiasa bertutur dalam bahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya ada pemimpin yang tidak dididik di negara bekas penjajah itu masih tetap taksub dengan bahasa itu, walaupun kadang-kadang bahasa Inggeris mereka tidaklah sehebat mana. Masih banyak yang "broken"-nya daripada yang benar.

Kasihan bahasa ibundaku. Apa nak jadi dengan bahasa yang satu waktu dahulu merupakan bahasa lingua franca (pertuturan) pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka Abad Ke-15? Orang Dewan Bahasa dan Pustaka apa cerita?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).