Friday, 27 February 2009

PPSMI: SASTERAWAN NEGARA A SAMAD SAID DIPERLAT?


Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said dan Prof. Dr. Abdullah Hassan dengan selembaran PPSMI di Johor Bahru baru-baru ini.

SASTERAWAN NEGARA DIPERALAT?...LUCU!!
Cerita mrenarik dalam kalangan orang persuratan minggu ini ialah dakwaan bahawa salah seorang sasterawan Negara kita telah diperalat golongan pembangkang dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dakwaan in datangnya daripada seorang pemimpin yang dianggap kebanyakan oang persuratan yang “begitu taksub” dengan bahasa asing a.k.a bahasa Inggeris diajar di sekolah. Barangkali pemimpin ini terlalu menjaga legasi seorang pemimpin terdahulu dan yang sealiran dengannya.

Sasterawan Negara itu, Datuk A. Samad Said, dalam kenyataannya di Utusan Malaysia baru-baru ini menafikan dakwaan itu. Samad, ketika berada di Kota Baharu menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.

Katanya, "Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun. "Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini mengudang rasa tidak senang umum. Semua orang kenal Samad. Anak Melaka yang pengalamannya sebagai wartawan dan pengarang mempunyai pengaruh yang bkan sedikit dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Tentunya apa sahaja yang Samad kata akan diikuti orang ramai dan Samad bukan orangnya yang bercakap tanpa berfikir.

Samad samalah seperti tokoh besar dalam bidang yang lain seperti misalnya Prof. Diraja Ungku Aziz . Malah Ungku Aziz dalam kenyataannya, pada 11 Februari 2009 lalu turut memperoalkan rasional mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Menurutnya, PPSMI tidak sepatutnya hanya dikhususkan dalam satu bahasa tertentu sahaja, iaitu bahasa Inggeris (BI) sehingga mengabaikan penggunaan bahasa lain yang juga tidak kurang pentingnya.
Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, pihak terbabit perlu membezakan matlamat utamanya sama ada mahukan para pelajar menguasai kedua-dua subjek tersebut atau pun bahasa itu sendiri. Kerajaan sepatutnya menjadikan kedua-dua bahasa itu iaitu bahasa Inggeris dan Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, berada dalam keadaan seimbang dan berdaya saing antara satu sama lain.
Saya fikir, ia salah dan tidak perlu (penggunaan bahasa Inggeris) kerana jika mahu pelajar mahir subjek atau kuasai bahasa, maka ia perlu dibezakan caranya. Tiada istimewanya belajar mana-mana subjek dalam bahasa tertentu kerana kita juga boleh guna bahasa Melayu, Cina atau Jerman, ini adalah teori saya.
Baik Samad mahupun Ungku Aziz mempunyai pendirian dan pandangan mengapa mereka tidak bersetuju system PPSMI yang ada sekarang. Dan mereka bukan diperalat. Kalau pun nak guna pekataan “diperalat”, ia lebih sesuai digunakan kepada menteri yang berkenaan kerana telah diperalat oleh sebuah “legasi” masa lalu. Dan biasalah orang Melayu, terutamanya amat sukar untuk mengubah atau menggantikan legasi yang telah secara tradisinya mencengkam kehidupan masyarakat.
Begini sahajalah. Katalah apa yang mahu dikatakn menteri ini. Perbuatlah apa sahaja yang boleh dimanfaatkan, walaupun khabarnya memanipulasi pandangan umum, terutama dalam kalangan guru dan pendidik. Rakyat pun sudah bosan dengan persoalan yang tidak selesai-selesai ini. Mengutip sepatah kata bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, “Saya dah menyampah.”
Setakat ini yang menentang PPSMI kebanyakaknya orang NGO dan pembangkang. Orang Barisan Nasional nampaknya, masih lagi membisu. Faham-faham sahajalah taktik dan strategi orang-orang begini. Sementeahan pula isu ini mereka yang timbulkan. Ada yang yakin golongan majoriti dalam kalangan BN menentang tetapi terpaksa berbuatnya dalam senyap. Dan mereka tahu alasannya.
Di DBP, misalnya, yang menentang kebanyakannya daripada anggota Kesatuan Pekerja-pekerjanya. Tidak terdengar apa pula pendirian kakitangannya yang berjumlah lebih 300 orang itu. Paling menarik kita belum dengar pendirian semua anggota Lembaga Pengelola DBP yang diketuai bekas kakitangan DBP sendiri, iaitu Dato’ Johan Jaaffar.
Apapun jua, kehadiran Samad Said dan Hassan Ahmad di bangunan Parlimen beberapa hari yang lalu dengan kain rentang dan penyerahan memorandum kepada penyokong kuat legasi PPSMI ini menarik perhatian umum. Kedua-duanya bukan orang politik tetapi mereka berasa bangga kerana mahu terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan Fasal 152 yang secara tak langsung telah diabaikanoleh sesetengah olongan.

Saturday, 21 February 2009

KERJASAMA PENERBITAN BAAI PUSTAKA - DBP


Bangunan baru Dewan bahasa dan Pustaka, pusat bahasa, sastera dan penerbitan yang ulung di Malaysia.

Membenah Kerjasama Penerbitan DBP-Balai Pustaka, Jakarta.
Catatan A.F.Yassin seperti dipetik dalam Utusan Zaman 2001(?)

Haji Aziz Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghabiskan hampir setengah jam di Toko Buku Balai Pustaka, Jakarta yang terletak di Tingkat Bawah bangunan Balai Pustaka pada pagi Rabu, 7 Februari lalu (2001?). Aziz seperti lebah mencari manisan bunga, hinggap dari kuntum ke kuntum. Bagi Aziz, buku menjadi sebahagian daripada kehidupannya, bukan kerana beliau ketua pengarah DBP tetapi minatnya sebagai pengarang dan budayawan. Lebih jauh, Aziz tidak cuma melihat buku dari sudut tekstual, tetapi melihatnya sebagai suatu hasil pembuatan, menilainya dari sudut kualiti.

Aziz menilai buku terbitan Balai Pustaka jauh lebih tinggi mutunya berbanding yang telah diterbitkan pada dekad-dekad yang lalu, iaitu sejak tertubuhnya Balai Pustaka pada 14 September 1908 dengan nama Commissie voor Inlandsche School en Volklectuur. Kualiti pra-percetakan, percetakan dan penjilidannya sudah bagus. Ini boleh dilihat dari penerbitan beberapa buah buku yang relatif tebal, seperti Leksikon Susastra Indonesia, susunan Korrie Layun Rampan (2000), Panorama Sastra Nusantara (1997) dan Antologi Puisi Wanita Penyair Indonesia, juga susunan Korrie Layun Rampan (1997).

Daripada banyaknya judul yang terdapat di toko buku itu, Aziz seperti menilai bahawa Balai Pustaka (nama ini mula digunakan pada 22 September 1917) telah meningkatkan kegiatan penerbitannya. Malah fungsi Balai Pustaka telah dilipatgandakan untuk meliputi penerbitan buku sekolah dan pengajian tinggi. Sama halnya dengan fungsi DBP. Bagaimanapun, Balai Pustaka lebih ke depan dari sudut pengurusannya apabila ia diswastakan sepenuhnya menjadi sebuah syarikat sendirian berhad, setelah berstatus perusahaan awam sejak 28 Disember 1985.

Demikianlah, pada pagi itu rombongan empat anggota Ketua Pengarah DBP mengunjungi Balai Pustaka di Jalan Gunung Sahari Raya, Jakarta untuk meneroka semula hubungan kerjasama penerbitan buku. Tiga anggota lain ialah Rohani Rustam, Pengarah Penerbitan, Aizam Hj Ali, Ketua Bahagian Dokumentasi Melayu dan Bibi Haeton Ghulam Hassan, pegawai tabdir. Baik Aziz mahupun R. Siswadi, Presiden-Direktor Balai Pustaka menyifatkan kunjungan rombongan DBP itu sebagai langkah awal melaksanakan isi perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani pada 21 Ogos 1995 dahulu. Aziz berharap kerjasama penerbitan dengan Balai Pustaka pagi itu didasarkan kepada konsep kerjasama MABBIM dan MASTERA. “Kita sudah ada kerjasama dengan Indonesia dan Brunei dalam bidang bahasa dan sastera, maka sekarang kita tingkatkan lagi kerjasama itu dalam bidang penerbitan buku,” jelas Aziz.

Menurut Aziz, kerjasama penerbitan ini akan mencakupi penyelidikan dan penerbitan karya-karya mengenai tamadun berbahasa Melayu. DBP akan membantu Balai Pustaka mencetak, menerbitkan dan memasarkan karya-karya yang dipersetujui bersama, baik yang berupa karya asli, adaptasi mahupun terjemahan sesuai untuk pasaran tempat dan antarabangsa. Hal ini bertepatan dengan Fasal 1 Memorandum Persefahaman.

Sebagai langkah perintis, Aziz telah berbincang dengan Hassan Alwi dari Pusat Bahasa Jakarta untuk merangka satu kerangka pemilihan karya novel Indonesia yang dihasilkan dalam abad ke-20. Barangkali Balai Pustaka dapat menyelaraskan pemilihan karya demikian dengan penyair Taufik Ismail, perunding penerbitan Balai Pustaka akan diberi peranan penting dalam pemilihan. Taufik turut sama dalam perbincangan pagi itu. Siswadi berharap karya-karya pengarang besar seperti Hamka, Pramodya Anata Toer dan Marah Rosli, misalnya akan termasuk dalam senarai pilihan.

Dan bukan tidak mungkin karya-kara seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Merantau Ke Deli, Tenggelamnya Kapal Van Der Vinjck, Salah Asuhan dan Keluarga Gerilya, yang begitu popular di Malaysia suatu ketika dahulu akan menyumbang ke arah memenuhi hasrat yang terkandung dalam semangat persefahaman itu. Apapun jua senarai akhir novel-novel Indonesia abad ke-20 yang bakal diterbitkan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua jawantakuasa ini yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada akhir Februari ini. Taufik sendiri menilai bahawa “kerjasama ini patut disokong dan saya menganggap ini pertemuan pertama sebagai tindak lanjut MOU tempoh hari.”

Dalam pada itu DBP dan Balai Pustaka bersetuju mesyuarat jawatankuasa Majlis Penerbitan Bersama ini akan diadakan setahun sekali secara bergilir antara Jakarta dan Kuala Lumpur. Kata Aziz, “Mesyuarat diadakan untuk melihat perkembangan kerjasama ini.” Tidak pula mustahil jika kerjasama penerbitan ini akan dilembagakan seperti halnya MABBIM dan MASTERA. Lembaga demikian boleh sahaja dinamakan Majlis Penerbitan Bersama Indonesia-Malaysia atau ringkasnya MAPIM. Secara tak langsung MAPIM akan melengkapkan kerjasama kebudyaan dalam bidang persuratan yang merangkum bahasa, sastera dan penerbitan.

MABBIM telah berjalan baik. MASTERA mengekori di belakangnya, juga sedang dalam pembenahan yang semakin mantap. Bagaimana dengan majlis bersama yang baru dalam bidang penerbitan ini? Pengalaman pahit mewujudkan galeri buku DBP di Jakarta sedikit masa lalu masih menghantui hubungan kerjasama ini. Galeri buku Malaysia yang terletak di Jalan Kwitang tidak dapat beroperasi lama dan terpaksa ditutup. Kurang jelas mengapa terjadi demikian.

Kemudian ada pula masalah lalu-lintas buku antara kedua negara yang menguntungkan hanya sepihak masih juga tidak selesai-selesai. Maksudnya, buku-buku terbitan Indoensia bebas masuk dan dijual di Malaysia, tetapi tidak pula halnya dengan buku-buku terbitan Malaysia di Indonesia.

Sejak dekad 1970an lagi lalu lintas buku Malaysia ke Indonesia tidak pernah mulus. Rohani Rustam membangkitkan masalah ini dalam perbincangan dengan Balai Pustaka pagi itu, malah Rohani turut menyuarakannya ketika berbincang dengan Ikatan Penerbit Buku Indonesia (IKAPI). Siswadi dan para pegawainya di Balai Pustaka mengakui masalah itu masih wujud, namun mereka pasti ada sedikit perbezaan dalam mentafsir peraturan yang berlaku untuk buku-buku asing.

Difahamkan ada peraturan dari Departemen Kewangan Indonesia yang melarang buku dalam bahasa Indonesia yang diimport dijual di negera itu sebelum ia dikenakan cukai. Oleh kerana buku dalam bahasa Melayu juga dianggap buku berbahasa Indonesia maka buku-buku dari Malaysia tidak dibenarkan dibawa masuk dan dijual kecuali telah dikenakan cukai import. Siswadi berjanji untuk meneliti masalah itu dan mendapatkan pengecualian untuk buku-buku Malaysia.

“Peraturan itu mungkin sahaja kerana produk atau karya Indonesia tapi diterbitkan di luar negara dan dibawa masuk ke Indonesia untuk keuntungan peribadi. Maka untuk mengelakkan demikian ia perlu dipajak (cukai),” jelas Siswadi. Namun ada juga suara yang berkata bahawa tujuan peraturan melarang buku Malaysia di jual di Indonesia adalah untuk melindungi penerbit buku Indonesia sendiri. Bagaimanapun suara demikian dianggap tidak berasas.

Pertemuan pagi itu berlangsung mesra. Balai Pustaka diwakili selain Presiden Direktornya oleh empat pegawai tingginya termasuk Direktor Penerbitannya, Ir. H. Mumung Marthasasmita, M.M. Ada kesungguhan di kedua-dua belah pihak untuk menjayakan kerjasama penerbitan ini sesuai dengan Perjanjian Persefahaman sembilan perkara yang ditandatangani dahulu itu. Cuma yang mungkin ditanyakan mengapa setelah enam tahun perjanjian persefahami dibuat baru sekarang ada tindak lanjut? Barangkali jawapan kepada pertanyaan ini ada dalam tindakan Aziz meneliti dan membeli banyak buku terbitan Balai Pustaka setelah pertemuan bersurai.

Monday, 16 February 2009

GOLONGAN PENULIS TIADA PILIHAN LAIN....


Tan Sri Abd.Aziz Rahman ketika menyampaikan ceramah Perlembagaan di rumah Gapena. Foto oleh A.F.Yassin

KE MANA PERGINYA PULUHAN MEMERANDUM BANTAHAN TERHADAP PPSMI?

Lebih 100 orang menghadiri majlis Ratip Ratap Bangsa 152 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), pimpinan Tan Sri Prof. (Emeritus) Ismail Hussain di Rumah Gapena, Kuala Lumpur Ahad, 15 Februari 09. Acara bermula pada malam sebelumnya dengan acara baca puisi. Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman bekas Pengerusi Malaysian Airlines dan seorang peguam dijemput membincangkan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan Bahasa Melayu.

Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penulis dan pengarang yang mewakili kerabat Gapena seluruh Malaysia. Tokoh-tokoh bahasa dan budaya, walaupun tak ramai bilangannya, turut hadir dan sama berbincang, antaranya kelihatan Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Latiff Mirasa dari Pulau Pinang, Dato’ Zainuddin Jumaat dari Pahang, Prof. Dr. Shahril Mohd. Zain, Dr. Alias Mohamad, mantan Setiausaha Politik Tun Abd. Ghafar Baba, Dato’ A. Samad Maharuddin dari Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, Felo Sarjana UPM, Djamal Tukimin dari Singapura.

Umumnya penceramah jemputan Aziz Abd. Rahman bersetuju bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran & pembelajaran Sains dan Matemtik di Sekolah Rendah adalah bertentangan dengan bukan sahaja Fasal 152 tetapi juga semangatnya sekali. Menurutnya ada sebab mengapa pemimpin kita terdahulu berpakat menggubal Perlembagaan seperti yang ada hari ini. Katanya, “Setiap Fasal dalam perlembagaan itu mempunyai sejarahnya sendiri. Walaupun penggubalannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan mudah difahami. Baru kemudian ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.” Yang penting, menurut Abd. Aziz, ialah semanbat dan roh Perlembagaan itu mesti dan wajib dihayati oleh setiap warganegara yang mengakui dirinya rakyat Malaysia.

Dengan nada seluruh Abd. Aziz menjelaskan bahawa “kadang-kadang terjemahan Perlmbagaan itu bunyinya berbelit-belit dan saya saya nak faham. Lebih mudah memahami versi Inggrisnya.” Sesetengah yang hadir dalam majlis itu mungkin berfikir itulah sebabnya pemimpin-pemimpin sekarang, yang berpendidikan luar negeri tak faham sangat versi terjemahan Melayunya. Malah mereka seperti memperlekeh semangat perjuangan pemimpin terdahulu, terutama yang dimiliki mantan Perdana Menteri, Tun Abd. Razak Hussein, Dato’ Abd. Rahman Talib dan Tun Abd. Rahman Yaakob.


Sebahagian daripada penulis dan pihak media menunggu di luar pagar Balai Polis Brickfield. Mereka tidak dibenarkan masuk ke Balai.

Yang menarik dalam majlis itu ialah bacaan puisi spontan oleh beberapa orang penyair seperti Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Dato’ Zainuddin Jumaat dari Pahang. Orang kuat UMNO Pahang ini, misalnya dengan penuh semangat membacakan sajak ciptaan spontanya berjudul “Bilakah Lagi?”. Beliau mendakwa ilham mencipta sajak itu datang selepas menghadiri Majlis Ratap Ratib 152 malam sebelumnya. Mungkin idea untuk menulis bait-bait bersemangat itu didorong oleh belasan penyair yang mengambil bahagian dalam majlis baca puisi itu.

Sebelum memulakan deklamasinya Zainddin cuba menyorot kembali tokoh-tokh pejuang bahasa dalam semua bidang yang kini telah menjadi veteran aau telah pergi dahulu. Zainuddin menyebut antaranya nama Ahmad Kotot, Dato’ Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang dan Dato’ A. Rashid Ngah di Terengganu. Zainuddin begitu bersahaja membaca sajaknya dan dalam bentuk “sikit-sikit berjenaka.” Kata seorang yang hadir yang duduk di bahagian belakang, “lawak-lawak ada makna tu.”

Panjang juga sajaknya. Antara lain Zainuddin meminta hadirin memikirkan jawapan kepada soalanya “Bilakah lagi?”. Tanyanya secara berpuisi: Yang menjadi sultan dan raja siapa? Jawab Zainuddin “Orang Melayu”. Yang jadi menteri? Banyak orang Melayu; yang jadi tentera, ramai orang Melayu; yang jadi polis? Banyak orang Melayu; Nama Semenanjung Malaysia kita apa? Tanah Melayu. Menteri pelajaran? Orang Melayu. Tetapi seorang hadirin yang duduk di bahagian belakang menyanggah secara berjenaka, “Orang Turki.” Beberapa yang hadir di berhampiran ketawa kecil. Lucu mungkin!

Sekitar 12.30 tengah hari seramai 40 orang konvoi berkereta ke Balai Polis Brickfield. Empat orang dibenarkan masuk balai untuk membuat laporan, iaitu Ismail Hussein, Baharuddin Zainal (Baha Zain), Zainal Borhan dan Rejab F.I. Ismail Hussein dalam laporannya menyatakan sebab-sebabnya. Katanya, Perlaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152(6), Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ismail kepada sekumpulan wartawan daripada media cetak dan elektronik yang menunggu di luar balai, “Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi Bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam system Pendidikan kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada sub-seksyen ini.”


Dato' Zainuddin Jumaat dari DPMP Pahang ketika mendeklamasikan sajak "Bilakah Lagi?" di majlis Ratib Ratap Bangsa di Rumah Gapena. Foto oleh A.F.Yassin

Seterusnya Ismail berkata, “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang dan tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selin bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan Negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi.

“Berasas kepada kehendak perkara 152(1) &(6) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.”

Bagi kumpulan penulis Malaysia, pelaksanaan “PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yan panjang.” Dalam pada itu golongan penulis “menyokong sekuatnya pangajaran bahasa inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran Sains dan matematik.”

Komposisi peserta yang membuat laporan itu mewakili pelbagai golongan penulis. Ada wakil daripada kerabat Gapena, dari Persatuan Penulis Nasional (PENA) melalui Baha Zain dan penulis individu umumnya yang diwakili rejab F.I. Oleh kerana empat orang sahaja yang dibenarkan membuat laporan maka keempat-empat ini secara spontan telah mewakili seluruh golongan penulis.

Saya sempat berbual dengan beberapa penulis dari utara. Dalam perbualan itu ada yang menyatakan rasa kesalnya kerana dalam majlis yang kritis seperti ini tidak kelihatan tokoh-tokoh bahasa, terutama dari DBP, ITNM, Persatuan Lingusitik Malaysia dan tokoh-tokoh kesatuan guru Melayu yang berpengaruh. Kalau pun ada kebanyakan yang hadir hari ini semuanya seperti kata penulis veteran Pak Baharom Basar, 88 tahun, (ayahanda Rasanubari Asmaramah dan mentua Haji Jajuli Abd. Rahman, mantan Ketua Pengarang Majalah DBP) “semuanya orang-orang yang telah bersara.”

Barangkali pemerhatian Pak Baharom ini kurang tepat kerana hampir setengah daripada yang hadir terdiri daripada kelompok usia 20 – 40 tahun. Cuma mungkin tokoh-tokoh bahasa yang pada suatu ketika turut berjuang menggembling semangat cintakan bahasa Melayu amat kurang.

Ada yang bertanya, “Mana ahli-shli bahasa dan lingusistik seperti Prof. (Em) Dato’ Dr. Asmah hj Omar, Prof (Em.) Dato’ Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Abdullah Hassan.” Ada pula yang memerhatikan jika hadir tokoh-tokoh seperti Prof. Dato’ Dr. Isahak Haron, Prof. Dr. Solehah Ishak, Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Dato’ M. Noor Azam, Johan Jaaffar, Pengerusi kepada Lembaga Pengarah DBP, Senator Dato’ Dr. Firdaus Abdullah, bekas Ketua Pengarah DBP, atau Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, “member kamcing” Gapena.

Barangkali pula tokoh-tokoh besar ini telah mempunyai acara di pagi minggu begini atau mungkin berdetik dalam hati mereka bahawa acara ini adalah acara kegiatan Gapena yang hanya untuk golongan penulis yang “setakat meluahkan emosi” sahaja. Kehadiran orang-orang DBP pun boleh dibilang dengan sebelah jari. Yang tidak terlepas pandang Armin Saleh (anak Allahyarham Saleh Daud), dan Hasni Abbas dan mereka ini lebih dianggap orang sastera bukan bahasa. Barangkali pula ada di kalangan orang bahasa yang hadir. Hanya nama mereka belum tertonjol untuk dapat disenaraikan sebagai orang bahasa. Agaknyalah!

Sebelum berkonvoi ke Balai Polis Brickfield saya menerima selembaran “perhimpunan Raksasa 100 ribu Hapuskan bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik yang dijadualkan 7 Mac di depan Istana Negara, 2.00 petang. Menueut selembaran itu perhimpunan raksasa akan diadakan untuk menjelaskan kepada rakyat dan istana bahawa “yang menyokong PPSMI idak sah di sisi Perlembagaan Negara dan yang menyokong PPSMI “adalah segelintit glongan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris. Lebih penting selembaran ini mendakwa “sema negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi Negara maju dan kaya raya seperti yang berlaku di benua Afrika dan benua kecil India yang menggunakan bahasa Inggeris. Dan untuk menjawab dakwaan Menteri Pelajaran bahawa mengapa baru sekarang golongan penulis bising-bising , tidak sebelum ini, selembaran itu mencatatkan,


Wartawan media cetak dan elktronik merakamkan pernyataan Tan Sri Ismail Hussein berhubung laporan polis membantah PPSMI di Balai Polis Brickfiels, 15 Feb 2009. Foto A.F.Yassin

“Kerajaan Barisan nasional (BN) membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.” Gapena sendiri telah mengadakan siri perbincangan tentang PPSMI ini, malah telah mengadakan dialog dengan pemimpin Kerajaan BN. Dan menurut Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Pengerusi Kerusi Tun Abd. Ghaffar Baba di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, bagaikan berkata, “Faham-faham sajalah. Kan sudah terang lagi bersuluh.”

Sunday, 1 February 2009

LANGUAGE ISSUE: NOT AT THE TENDER AGE PLEASE! - HASSAN AHMAD

Sunday February 1, 2009
More protests against policy to teach in English
By SARAH CHEW


KUALA LUMPUR: Momentum is picking up against the policy to teach and learn Science and Mathematics in English with political parties, non-governmental organisations and school associations joining the fray.

The Movement for the Abolition of Teaching and Learning Science and Maths in English, claiming the support of more than 50 organisations and bodies, is hoping to gather 100,000 supporters to hand over a memorandum to Parliament and the King, on Feb 17 and March 7 respectively.

Former Dewan Bahasa dan Pustaka director-general and movement president Datuk Dr Hassan Ahmad said the policy was not achieving its objectives and was creating more problems instead.

“How can you teach Maths and Science in English to pupils who don’t even understand English when they first come to school, whether Chinese or Indians or Malays?” he asked at the movement’s launch yesterday.

He also said that many rural students were grappling with the subjects and that teaching of English in schools should improve in order to master the language.

“We should improve the techniques of teaching English, expose children to good literature and get experts to devise a method that works,” he said.

PKR and PAS representatives were also present at the launch to show their support.

PKR youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin said although PAS and PKR machinery would be used to spread awareness of the movement’s beliefs, Pakatan Rakyat was not making this a political issue.(The Star Online, 1 February 2009)

Comment:
When PAS and PKR sympathize with the NGOS' struggle against the policy to teach and learn Science and Mathematics in English, there is one major party which seems to shun away from showing support or getting involved. The party's adamant still rules the day. You knowlah which party I am referring to.

I am sure the majority of the rural Malays, in particular those who were born in 1940's, 1950's and 196's long to hear the voice of the late Tun Razak with regard to education policy. Things would have been different if Tun was still around!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).