Saturday, 1 November 2008

BAHASA KEBANGSAAN: DAH BERBUIH CAKAP DAH!!


En. Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah DBP (kiri) dan beberapa pegawai ketika menghadiri pertemuan dengan pihak pengurusan RTM di Angkasapuri, 2006 (Foto A.F.Yassin).

ARKIB : 31/10/2008
Hormati kedudukan bahasa Melayu - DBP
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan termasuk kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Timbalan Ketua Pengarah DBP, Kamarul Zaman Shaharudin berkata, semua pihak harus menghormati prinsip ketiga Rukun Negara iaitu 'Keluhuran Perlembagaan' dan tidak mempertikaikan kedudukan bahasa kebangsaan.

''Isu penggunaan pelbagai bahasa pada papan tanda di Georgetown, Pulau Pinang sendiri telah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk DBP.

''Kita ingin tegaskan bahasa kebangsaan merupakan bahasa rasmi. Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul, dalam konteks papan tanda jalan, pihaknya berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud 'rasmi'.

Oleh itu, papan tanda jalan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi dengan syarat tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan tulisan Jawi.

''Bagi dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan kerajaan, dokumen itu hendaklah menggunakan bahasa Melayu di samping boleh menggunakan apa-apa terjemahan dalam mana-mana bahasa lain bagi apa- apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

''Ia dibenarkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan penggunaan bahasa kebangsaan akan menyerlahkan identiti diri dalam mengekalkan warisan budaya kebangsaan serta mempromosi bahasa itu sendiri kepada pelancong asing,'' katanya.(Petikan Utusan Online, 31 Okt.08)

Komen:
Dah berbuih mulut cakap dah. Apa kesannya? Tak ada. Kosong. Titik. Apalah yang DBP boleh buat. Sekadar melepas batuk di tangga sahaja atau bagai anjing menyalak bukit. Rasanya cukuplah DBP "menyalak bukit" sejak lebih setengah abad yang lalu. Sampai kiamat pun ia tidak akan runtuh. Lebih baik kakitangannya tumpukan masa dan tenaga mempergiat penerbitan buku dan meningkatkan kualiti kandungan sekumpulan majalahnya . Ini akan lebih berfaedah dan dapat meningkatkan citra modal insan seperti yang dipropagandakan pemimpin kerajaan pusat sekarang.

Ketua Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP boleh datang dan boleh pergi. Namun DBP tetap tetap pa takuk lama dekat "tang tu" juga. Kenapa? "You tahu, I pun tahu kan? Apa khabar Dato' Pengerusi DBP kita?"

2 comments:

  1. Tak kira parti mana, tak kira kerajaan mana di negara ini mesti bertanggungjawab kepada bahasa kebangsaannya sendiri. Pemimpin jenis apa kalau tak reti bahasa. Malu saya pada dunia luar kerana bahasa sendiri dipermain-main, macam tak ada isu lain. Bahasa kita tanggungjawab kita.

    ReplyDelete
  2. Saya lihat bahasa = politik, jika kita andaikan slogan sebuah rangkaian TV Amerika CNN, iaitu CNN = politik. Di Malaysia, trend sekarang ialah parti perkaumanan semakin terasa. Bahasa dijadikan alat. Di Pulau Pinang tidak ada parti seperti Gerakan atau MIC membantah penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda.

    Di Kuala Lumpur satu panpan tana yang diganti nama kepada jenis bunga atau bintang yang "harum" dan "indah" ditukar kembali kepada jalan yang satu ketika dahulu amat "notorious" dari aspek "keharuman" dan "keindahan" sosialnya. Masih ingat konotasi Jalan Alur kepada masyarakat setempat, terutama kepada mereka yang sering menjadikan tempat-tempat di Jalan Alur sebagai "persinggahan pelanggan" yang tidak kenal erti siang atau malam.

    Maka itulah hari ini nostalgia tempat pelanggan singgah menjadikan Jalan Kejora semakin pendek usianya dan Jalan Alor mendapat tali hayat kedua.

    Semuanya gara-gara politik. Agaknyalah!
    Anonymous

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).