Tan Sri Abd.Aziz Rahman ketika menyampaikan ceramah Perlembagaan di rumah Gapena. Foto oleh A.F.YassinKE MANA PERGINYA PULUHAN MEMERANDUM BANTAHAN TERHADAP PPSMI?
Lebih 100 orang menghadiri majlis Ratip Ratap Bangsa 152 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), pimpinan Tan Sri Prof. (Emeritus) Ismail Hussain di Rumah Gapena, Kuala Lumpur Ahad, 15 Februari 09. Acara bermula pada malam sebelumnya dengan acara baca puisi. Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman bekas Pengerusi Malaysian Airlines dan seorang peguam dijemput membincangkan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan Bahasa Melayu.
Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penulis dan pengarang yang mewakili kerabat Gapena seluruh Malaysia. Tokoh-tokoh bahasa dan budaya, walaupun tak ramai bilangannya, turut hadir dan sama berbincang, antaranya kelihatan Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Latiff Mirasa dari Pulau Pinang, Dato’ Zainuddin Jumaat dari Pahang, Prof. Dr. Shahril Mohd. Zain, Dr. Alias Mohamad, mantan Setiausaha Politik Tun Abd. Ghafar Baba, Dato’ A. Samad Maharuddin dari Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, Felo Sarjana UPM, Djamal Tukimin dari Singapura.
Umumnya penceramah jemputan Aziz Abd. Rahman bersetuju bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran & pembelajaran Sains dan Matemtik di Sekolah Rendah adalah bertentangan dengan bukan sahaja Fasal 152 tetapi juga semangatnya sekali. Menurutnya ada sebab mengapa pemimpin kita terdahulu berpakat menggubal Perlembagaan seperti yang ada hari ini. Katanya, “Setiap Fasal dalam perlembagaan itu mempunyai sejarahnya sendiri. Walaupun penggubalannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan mudah difahami. Baru kemudian ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.” Yang penting, menurut Abd. Aziz, ialah semanbat dan roh Perlembagaan itu mesti dan wajib dihayati oleh setiap warganegara yang mengakui dirinya rakyat Malaysia.
Dengan nada seluruh Abd. Aziz menjelaskan bahawa “kadang-kadang terjemahan Perlmbagaan itu bunyinya berbelit-belit dan saya saya nak faham. Lebih mudah memahami versi Inggrisnya.” Sesetengah yang hadir dalam majlis itu mungkin berfikir itulah sebabnya pemimpin-pemimpin sekarang, yang berpendidikan luar negeri tak faham sangat versi terjemahan Melayunya. Malah mereka seperti memperlekeh semangat perjuangan pemimpin terdahulu, terutama yang dimiliki mantan Perdana Menteri, Tun Abd. Razak Hussein, Dato’ Abd. Rahman Talib dan Tun Abd. Rahman Yaakob.
Sebahagian daripada penulis dan pihak media menunggu di luar pagar Balai Polis Brickfield. Mereka tidak dibenarkan masuk ke Balai.Yang menarik dalam majlis itu ialah bacaan puisi spontan oleh beberapa orang penyair seperti Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Dato’ Zainuddin Jumaat dari Pahang. Orang kuat UMNO Pahang ini, misalnya dengan penuh semangat membacakan sajak ciptaan spontanya berjudul “Bilakah Lagi?”. Beliau mendakwa ilham mencipta sajak itu datang selepas menghadiri Majlis Ratap Ratib 152 malam sebelumnya. Mungkin idea untuk menulis bait-bait bersemangat itu didorong oleh belasan penyair yang mengambil bahagian dalam majlis baca puisi itu.
Sebelum memulakan deklamasinya Zainddin cuba menyorot kembali tokoh-tokh pejuang bahasa dalam semua bidang yang kini telah menjadi veteran aau telah pergi dahulu. Zainuddin menyebut antaranya nama Ahmad Kotot, Dato’ Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang dan Dato’ A. Rashid Ngah di Terengganu. Zainuddin begitu bersahaja membaca sajaknya dan dalam bentuk “sikit-sikit berjenaka.” Kata seorang yang hadir yang duduk di bahagian belakang, “lawak-lawak ada makna tu.”
Panjang juga sajaknya. Antara lain Zainuddin meminta hadirin memikirkan jawapan kepada soalanya “Bilakah lagi?”. Tanyanya secara berpuisi: Yang menjadi sultan dan raja siapa? Jawab Zainuddin “Orang Melayu”. Yang jadi menteri? Banyak orang Melayu; yang jadi tentera, ramai orang Melayu; yang jadi polis? Banyak orang Melayu; Nama Semenanjung Malaysia kita apa? Tanah Melayu. Menteri pelajaran? Orang Melayu. Tetapi seorang hadirin yang duduk di bahagian belakang menyanggah secara berjenaka, “Orang Turki.” Beberapa yang hadir di berhampiran ketawa kecil. Lucu mungkin!
Sekitar 12.30 tengah hari seramai 40 orang konvoi berkereta ke Balai Polis Brickfield. Empat orang dibenarkan masuk balai untuk membuat laporan, iaitu Ismail Hussein, Baharuddin Zainal (Baha Zain), Zainal Borhan dan Rejab F.I. Ismail Hussein dalam laporannya menyatakan sebab-sebabnya. Katanya, Perlaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152(6), Perlembagaan Persekutuan.
Kata Ismail kepada sekumpulan wartawan daripada media cetak dan elektronik yang menunggu di luar balai, “Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi Bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam system Pendidikan kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada sub-seksyen ini.”
Dato' Zainuddin Jumaat dari DPMP Pahang ketika mendeklamasikan sajak "Bilakah Lagi?" di majlis Ratib Ratap Bangsa di Rumah Gapena. Foto oleh A.F.YassinSeterusnya Ismail berkata, “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang dan tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selin bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan Negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi.
“Berasas kepada kehendak perkara 152(1) &(6) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.”
Bagi kumpulan penulis Malaysia, pelaksanaan “PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yan panjang.” Dalam pada itu golongan penulis “menyokong sekuatnya pangajaran bahasa inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran Sains dan matematik.”
Komposisi peserta yang membuat laporan itu mewakili pelbagai golongan penulis. Ada wakil daripada kerabat Gapena, dari Persatuan Penulis Nasional (PENA) melalui Baha Zain dan penulis individu umumnya yang diwakili rejab F.I. Oleh kerana empat orang sahaja yang dibenarkan membuat laporan maka keempat-empat ini secara spontan telah mewakili seluruh golongan penulis.
Saya sempat berbual dengan beberapa penulis dari utara. Dalam perbualan itu ada yang menyatakan rasa kesalnya kerana dalam majlis yang kritis seperti ini tidak kelihatan tokoh-tokoh bahasa, terutama dari DBP, ITNM, Persatuan Lingusitik Malaysia dan tokoh-tokoh kesatuan guru Melayu yang berpengaruh. Kalau pun ada kebanyakan yang hadir hari ini semuanya seperti kata penulis veteran Pak Baharom Basar, 88 tahun, (ayahanda Rasanubari Asmaramah dan mentua Haji Jajuli Abd. Rahman, mantan Ketua Pengarang Majalah DBP) “semuanya orang-orang yang telah bersara.”
Barangkali pemerhatian Pak Baharom ini kurang tepat kerana hampir setengah daripada yang hadir terdiri daripada kelompok usia 20 – 40 tahun. Cuma mungkin tokoh-tokoh bahasa yang pada suatu ketika turut berjuang menggembling semangat cintakan bahasa Melayu amat kurang.
Ada yang bertanya, “Mana ahli-shli bahasa dan lingusistik seperti Prof. (Em) Dato’ Dr. Asmah hj Omar, Prof (Em.) Dato’ Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Abdullah Hassan.” Ada pula yang memerhatikan jika hadir tokoh-tokoh seperti Prof. Dato’ Dr. Isahak Haron, Prof. Dr. Solehah Ishak, Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Dato’ M. Noor Azam, Johan Jaaffar, Pengerusi kepada Lembaga Pengarah DBP, Senator Dato’ Dr. Firdaus Abdullah, bekas Ketua Pengarah DBP, atau Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, “member kamcing” Gapena.
Barangkali pula tokoh-tokoh besar ini telah mempunyai acara di pagi minggu begini atau mungkin berdetik dalam hati mereka bahawa acara ini adalah acara kegiatan Gapena yang hanya untuk golongan penulis yang “setakat meluahkan emosi” sahaja. Kehadiran orang-orang DBP pun boleh dibilang dengan sebelah jari. Yang tidak terlepas pandang Armin Saleh (anak Allahyarham Saleh Daud), dan Hasni Abbas dan mereka ini lebih dianggap orang sastera bukan bahasa. Barangkali pula ada di kalangan orang bahasa yang hadir. Hanya nama mereka belum tertonjol untuk dapat disenaraikan sebagai orang bahasa. Agaknyalah!
Sebelum berkonvoi ke Balai Polis Brickfield saya menerima selembaran “perhimpunan Raksasa 100 ribu Hapuskan bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik yang dijadualkan 7 Mac di depan Istana Negara, 2.00 petang. Menueut selembaran itu perhimpunan raksasa akan diadakan untuk menjelaskan kepada rakyat dan istana bahawa “yang menyokong PPSMI idak sah di sisi Perlembagaan Negara dan yang menyokong PPSMI “adalah segelintit glongan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris. Lebih penting selembaran ini mendakwa “sema negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi Negara maju dan kaya raya seperti yang berlaku di benua Afrika dan benua kecil India yang menggunakan bahasa Inggeris. Dan untuk menjawab dakwaan Menteri Pelajaran bahawa mengapa baru sekarang golongan penulis bising-bising , tidak sebelum ini, selembaran itu mencatatkan,
Wartawan media cetak dan elktronik merakamkan pernyataan Tan Sri Ismail Hussein berhubung laporan polis membantah PPSMI di Balai Polis Brickfiels, 15 Feb 2009. Foto A.F.Yassin“Kerajaan Barisan nasional (BN) membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.” Gapena sendiri telah mengadakan siri perbincangan tentang PPSMI ini, malah telah mengadakan dialog dengan pemimpin Kerajaan BN. Dan menurut Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Pengerusi Kerusi Tun Abd. Ghaffar Baba di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, bagaikan berkata, “Faham-faham sajalah. Kan sudah terang lagi bersuluh.”
No comments:
Post a Comment