Monday 13 December 2010

BILA LAGI NAK TERBIT EDISI BARU DIREKTORI PENULIS mALAYSIA?


Dato' Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang juga seorang penulis dan tokoh akademik.

Sudah sampai masanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kena fikirkan begaimana penulis Malaysia dapat diperkenalkan dengan lebih luas kepada masyarakat. DBP perlu sedar bahawa masyarakat mungkin nak tahu alamat dan hasil karya penulis Malaysia yang telah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Tak perlulah masyarakat ke kedai buku untuk mendapatkan info tentang penulis-penulis ini. Atau masyarakat terpaksa menghubungi DBP setiap kali mereka mahu mendapatkan info tentang penulis.

Pernah DBP menerbitkan sebuah buku info tentang penulis dengan tajuk Direktori Penulis Malaysia pada tahun 1990. Sudah 20 tahun hayat buku itu. Mustahil buku itu masih ada dalam pasaran. Kalau ada pun kandungannya telah jadi 'basi'.Alamat penulis dan nombor telefon penulis pun sudah tidak boleh dipakai lagi. Ada yang telah berpindah. Tak kurang pula yang sudah menjadi arwah.


Buku Direktori Penulis Malaysia yang terbit 20 tahun lalu. bolehlah buku ini digunakan sebagai sumber rujukan kepada penulis?

Maka DBP sebagai penyebar infor mengenai bahasa, sastera, persuratan dan lmu pengetahuan harap tak lokek berkongsi pengetahuan tentang info penulis ini. Terbitkanlah edisi baru judul ini . Kos terbitnya taklah mahal kot! Edisi 1990 itu hanya 112 halaman. Tak perlu cetak banyak, mungkin 2000 naskah cukup. Lepas itu sebarkan, jangan tak sebar. Percuma sahaja simpan di gudang DAWAMA di Ulu Kelang.

Kalau semua editor DBP sibuk dengan kerja hariannya, elok sahaja cadangkan penulis luar buat edisi baru. Atau siapkan buku direktori penulis yang baru dan tambah dengan info penulis dalam semua bidang, termasuk penulis blog. Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu DBP boleh jadi penyelaras dan sumber rujukan.

Sayang sekali kalau DBP tak ambil inisiatif. Barangkalai Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi Abdul Aziz sedang memikir-mikirkan tentang perkara ini. Kalau benar baguslah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).