Dato' Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang juga seorang penulis dan tokoh akademik.Sudah sampai masanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kena fikirkan begaimana penulis Malaysia dapat diperkenalkan dengan lebih luas kepada masyarakat. DBP perlu sedar bahawa masyarakat mungkin nak tahu alamat dan hasil karya penulis Malaysia yang telah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Tak perlulah masyarakat ke kedai buku untuk mendapatkan info tentang penulis-penulis ini. Atau masyarakat terpaksa menghubungi DBP setiap kali mereka mahu mendapatkan info tentang penulis.
Pernah DBP menerbitkan sebuah buku info tentang penulis dengan tajuk Direktori Penulis Malaysia pada tahun 1990. Sudah 20 tahun hayat buku itu. Mustahil buku itu masih ada dalam pasaran. Kalau ada pun kandungannya telah jadi 'basi'.Alamat penulis dan nombor telefon penulis pun sudah tidak boleh dipakai lagi. Ada yang telah berpindah. Tak kurang pula yang sudah menjadi arwah.
Buku Direktori Penulis Malaysia yang terbit 20 tahun lalu. bolehlah buku ini digunakan sebagai sumber rujukan kepada penulis?Maka DBP sebagai penyebar infor mengenai bahasa, sastera, persuratan dan lmu pengetahuan harap tak lokek berkongsi pengetahuan tentang info penulis ini. Terbitkanlah edisi baru judul ini . Kos terbitnya taklah mahal kot! Edisi 1990 itu hanya 112 halaman. Tak perlu cetak banyak, mungkin 2000 naskah cukup. Lepas itu sebarkan, jangan tak sebar. Percuma sahaja simpan di gudang DAWAMA di Ulu Kelang.
Kalau semua editor DBP sibuk dengan kerja hariannya, elok sahaja cadangkan penulis luar buat edisi baru. Atau siapkan buku direktori penulis yang baru dan tambah dengan info penulis dalam semua bidang, termasuk penulis blog. Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu DBP boleh jadi penyelaras dan sumber rujukan.
Sayang sekali kalau DBP tak ambil inisiatif. Barangkalai Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi Abdul Aziz sedang memikir-mikirkan tentang perkara ini. Kalau benar baguslah!
Dah lebih setahun blog ini tidak menambah entri. Sedangkan kandungannya bermanfaat kepada masyarakat yang ingin menambah ilmu. Entri patut diteruskan. Terutama entri yang menyangkut tokoh-tokoh dalam bidang agama (semua agama), persuratan, komunikasi da sains serta teknologi. Jangan serik ya!
ReplyDelete