Friday 30 January 2009

ISU BAHASA: PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Tun Mahathir Mohamad (tengah): Pencetus idea untuk mengajar sabjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said
Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 1:00pm
Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan.

"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.

"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.

[Laporan penuh menyusul]

Pelancaran Mansuhkan PPSMI, esok!
Keratan Akhbar Terpilih
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Gerakkan Memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya esok (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Setiausaha GMP Hasni Abas berkata keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Dato Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP.

Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka malah bakal hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan dari pelbagai NGO.

"Semua mereka yang menyokong perjuangan GMP dijemput hadir khususnya yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - azm -

Harakahdaily
Fri | Jan 30, 09 | 1:15:51 pm MYT

--------------------------------------------------------------------------------

MOHON DISEBARKAN KEPADA ORANG RAMAI AGAR KESEDARAN INI MENDAPAT PERHATIAN DAN MENJADI KEPRIHATINAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

SASTERAWAN NEGARA KITA TELAH BERSUARA DAN AKAN BERSAMA DALAM PELANCARAN GMP (GERAKAN MANSUHKAN PPSMI) ESOK. GMP INI ADALAH GERAKAN YANG DITUNJANGKAN OLEH PEJUANG BAHASA, SASTERA DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN.

Sekian, terima kasih.


AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

Laman Sawang: www.abim.org.my
www.prihatin.net

Komen:
Teruskan perjuangan memansuhkan PPSMI agar anak cucu kita tidak dipengaruhi budaya asing (Anglo-Saxon?) melalui bahasa. Kalau boleh semua sasterawan negara turun padang, sama-sama menyatakan "cukuplah!" kepada usaha mendewa-dewakan bahasa Inggeris ini. Seperti kata Sasterawan Negara Dato' A Samad Said kita ada opsyen lagi untuk meneruskan perjuangan. Kotak undi menanti pada tahun 2012.

Dan Tahniah kepada setiausha GMP, Hasni Abbas yang juga Presiden Kesatuan Pekerja DBP yang akan mendapat Ketua Pengarah Baru DBP dalam sehari dua ini. Khabarnya CEO DBP ini adalah daripada MPM. Beliau menggantikan YB Senator Dato' Dr. Firdaus Abdullah yang tempoh perkhdmatan sebagai CEO DBP yang tamat pada April tahun 2008 tidak dilanjutkan. Khabarnya perkhidmatan Dato' itu akan dilanjutkan tetapi atas sebab-sebab "teknikal" ia terpendam begitu sahaja sehinggalah DBP akan menerima Ketua pengarah yang baru dalam beberapa hari ini.

Baguslah, orang DBP dapat ketua baru daripada Kementerian Pelajaran sendiri. Tradisi orang Kementerian masuk DBP diteruskan selepas tersekat dengan kemasukan Senator Dato' Dr. Firdaus.

Tuesday 13 January 2009

UNITED AGAINST USE ENGLISH IN SCIENCE AND MATHEMATICS

2009/01/13

3 states unite against English

KOTA BARU: Three Pakatan Rakyat states want Science and Mathematics to be taught in Bahasa Malaysia in government schools.

As for vernacular schools, Kelantan, Selangor and Kedah want the subjects to revert to being taught in the medium of the schools.

The decision was made at a meeting of the executive council members in charge of the education portfolios in the three states here yesterday.

Although only three states, whose exco members were from Pas, were represented at the inaugural meeting, Kelantan Islamic Development, Education and Dakwah Committee chairman Nik Mohd Amar Nik Abdullah claimed it was well known that the DAP shared the same view.

Selangor was represented by state Education, Higher Education and Human Resource Development Committee chairman Dr Halimah Ali and Kedah by its Education, Information Technology and Communication Committee chairman Abdullah Yusuf.

Nik Mohd Amar said the Penang exco in charge of education, Dr P. Ramasamy, could not make it as he was only returning from a meeting in Chennai, India, today while his Perak counterpart, Datuk Ngah Kor Ming, had to attend another function.

He said the policy of using English to teach the two subjects was a blow to the "sanctity of Bahasa Malaysia" as the national language.

"It has created problems for both teachers and students, especially those from the rural areas."

Nik Amar said another topic discussed was the possibility of setting up a new university with the same role as Egypt's famed Al-Azhar University as many Malaysian students were facing problems furthering their studies there.

He said the university that they had in mind would concentrate solely on religious subjects using the same model as Al-Azhar, and the three states had agreed to draw on their strengths and cooperate in the field

"Selangor has Universiti Industri Selangor and Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kedah has Kolej Universiti Insaniah while Kelantan has Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra." (NST online,13 January 2009)

Comments:
Kelantan, Selangor and Kedah governments are against the use of English in Science and Mathematics. The best news so far! Hopefully leaders from these three states are not using this issue for political gains. Remember the by-election in Kuala terengganu is just around the corner.

Monday 12 January 2009

MENCARI MAKNA DIRI MELAYU OLEH AWANG SARIYAN


Awang Sariyan kini di Beijing

Cabaran Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Tamadun

Oleh Awang Sariyan

Semua ahli bahasa, ahli falsafah, ahli sosiologi dan ahli psikologi dari zaman awal hingga kini sependapat bahawa bahasa merupakan cerminan kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Tamadun Barat yang dirintis oleh bangsa Yunani sejak lima atau enam abad sebelum Masihi tumbuh dan berkembang sehingga menjadi teras kebudayaan Barat melalui kekuatan bahasa Yunani. Demikianlah kemudian kebudayaan dan tamadun Barat ditunjang oleh bahasa Latin, bahasa Perancis dan kemudian oleh bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Tamadun Islam pun dengan jelas bertunjangkan keutuhan bahasa Arab, khususnya sesudah bahasa itu menjadi bahasa al-Qur`an dan bahasa Islam.

Bahasa Melayu sebagai asas utama kebudayaan Melayu dan kebudayaan negara, sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bahagian awal siri makalah ini, telah mula berperanan sebagai bahasa kebudayaan dan tamadun selewat-lewatnya pada abad ketujuh, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya dan kemudian secara lebih nyata dan luas dalam zaman kesultanan Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi wahana seluruh aspek kehidupan bertamadun, baik dalam bidang pentadbiran, undang-undang, ilmu, keagamaan, susastera, perdagangan, mahupun hubungan diplomatik.

Selain menjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu yang meliputi Kepulauan Melayu, bahasa tersebut turut menjadi bahasa antarbangsa apabila bahasa itu digunakan dalam surat-menyurat dan perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kerajaan asing, terutama dari Eropah. Malah sejarah mencatat bahawa bahasa Melayu menjadi lingua franca atau bahasa perhubungan umum antara masyarakat di alam Melayu dengan para pedagang, pendakwah dan golongan lain yang berurusan di rantau ini.

Apabila konsep negara baharu hendak diwujudkan bagi Persekutuan Tanah Melayu sesudah dimerdekakan oleh penjajah Inggeris, bahasa Melayu menjadi salah satu tunjang konsep kenegaraan, iaitu dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Maka wujudlah dasar negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan. Itulah peranan bahasa Melayu yang selama hampir setengah abad dipupuk dan diupayakan menjadi salah satu asas pembinaan dan peneguhan konsep negara bangsa.

Dalam proses itu, tidak jarang dan tidak kurang ujian yang melanda bahasa Melayu sebagai teras tamadun bangsa dan negara, sama ada yang berpunca daripada sikap kalangan yang tidak yakin akan kemampuan bahasa itu sebagai bahasa ilmu, bahasa sains dan teknologi atau yang berakibat daripada kalangan yang jiwanya telah tertawan oleh segala yang unggul daripada kebudayaan Barat. Kalangan anglophile ini amat taksub akan segala nilai dan seluruh aspek kebudayaan Barat, termasuk bahasanya. Bagi mereka, bangsa dan negara tidak akan maju tanpa berteraskan kebudayaan yang telah menawan jiwa mereka itu. Wujudnya kalangan itu dapat difahami apabila kita membaca huraian Ibnu Khaldun, Malek Ben Nabi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan pemikir Islam yang lain.

Bahasa Melayu yang telah lebih satu alaf menjadi wahana tamadun di rantau ini digerhanakan, mula-mula oleh penjajah yang meletakkan bahasa itu setaraf dengan bahasa vernakular Cina dan Tamil apabila bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sekolah vernakular Melayu, jauh lebih rendah daripada bahasa Inggeris yang menjadi bahasa penghantar sekolah elit. Sesudah negara kita bebas daripada penjajahan, nasib bahasa Melayu digerhanakan pula oleh pihak-pihak tertentu daripada kalangan sebilangan kita sendiri. Malah amat malang halnya kerana antara yang menggerhanakan bahasa Melayu ialah sejumlah orang Melayu sendiri. Inilah bahayanya apabila kita kehilangan “makna diri” kita sebagai bangsa Melayu sehingga sanggup meremehkan tunjang kebudayaan dan tamadun yang penting, iaitu bahasanya sendiri.

Saya telah merumuskan kegerhanaan dan penggerhanaan bahasa Melayu dalam beberapa wacana (seminar, kongres, persidangan dan juga tulisan) dalam dua aspek utama, iaitu aspek taraf dan mutu bahasa Melayu.

Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi kian mengecil. Apabila subjek-subjek yang berteraskan sains dan matematik diputuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya, kita pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang telah diputuskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat, terutama yang bertanggangjawab dalam bidang rasmi penggunaan bahasa Melayu, terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya percampuran kod, bahasa sms, bahasa sembang di internet, dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya pada suatu waktu dahulu kota pentadbiran negara Putrajaya dicemarkan oleh keghairahan Perbadanan Putrajaya menggunakan precinct, parcel dan boulevard untuk penamaan jalan dan kawasan).

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara yang berikut:

● Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai “bahasa rasmi” dalam Perlembagaan.

● Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak berkuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).

● Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.

● Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu.

● Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

● Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan pelibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, yang pada waktu itu menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan. Dengan tidak segan-silu dan berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa kebangsaan, ia mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

● Secara khusus, dalam sistem pendidikan, telah berlaku penurunan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila dilakukan tindakan yang jelas untuk mengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan, iaitu dasar yang diasaskan pada Penyata Razak 1956. Pada tahun 1993, Perdana Menteri pada waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Keputusannya itu bertentangan dengan pendiriannya pada awal tahun 1970-an ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan yang dengan tegas menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar utama untuk semua kursus di universiti.

Pada waktu itu, kumpulan-kumpulan cendekiawan yang faham dan masih kental semangat kebangsaannya mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum, resolusi dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan telah diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1996 dalam buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan Allahyarham Asraf sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih ada tenaga unggul dalam kepemimpinan negara yang menjadi penaung kepada gerakan kebangsaan sehingga akhirnya keputusan itu senyap begitu sahaja.

Tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Inilah rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar baru yang merombak dasar selama puluhan tahun dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun. Orang yang tidak lupa kepada sejarah dasar dan sistem pendidikan di negara ini tentu masih ingat bahawa dasar pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan yang digagaskan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan kemudian diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 hingga diterapkan dalam Akta Pelajaran 1961, baru dilaksanakan dengan pesat pada tahun 1970 apabila Abdul Rahman Ya`kub (Tun Datuk Patinggi) menjadi Menteri Pelajaran. Ertinya untuk pelaksanaan dasar yang menjadi acuan pembentukan generasi baru yang bersatu padu dan memperoleh ilmu serta sistem nilai melalui satu bahasa kebangsaan hanya dapat dimulakan berbelas-belas tahun kemudian.

Kemudian apabila kerajaan mendapati perlunya sistem pendidikan yang menekanakan pembinaan manusiawi, maka Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran ketika itu membuat kajian dan menerbitkan kajian itu pada tahun 1979. Sebagai hasil rumusan dan syor jawatankuasa tersebut, dirancang pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ternyata bahawa pelaksanaan dasar dan sistem baharu itu mengambil waktu lapan tahun kerana hanya dilaksanakan pada tahun 1988 sesudah melalui kajian demi kajian, projek rintiss dan penyempurnaan prasarana.

Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Tiada kajian yang dijalankan dan tiada perundingan yang dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan. Bahkan tiada sama sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang baharu.

Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak diendahkan. Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi, malah beberapa hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh tiga hari!

Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing. Untunglah masih ada dalam kalangan UMNO yang prihatin akan peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. Resolusi Badan Perhubungan UMNO Johor dalam Konvensyen UMNO Johor pada penghujung bulan Oktober tahun 2006 meminta disemak dasar meritokrasi dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sayangnya suara UMNO Johor itu tidak mendapat perhatian daripada UMNO pusat dan ironis pula halnya kerana yang melaksanakan PPSMI ialah menteri yang datang dari Johor! Demikianlah resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 (6-8 November 2006) yang turut mendesak dikaji dasar pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun ditolak dengan kenyataan tegas pemimpin negara bahawa dasar tersebut tetap diteruskan.

Beberapa kajian ilmiah peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu membawa bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu.

Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang dan menjelang 2010 dijangka jumlahnya menjangkau 2 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu.

Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggerus. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian bahawa 75% pelajar tidak setuju sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71% meminati sains dan matematik kerana diajarkan dalam bahasa Melayu, 70% yakin akan cemerlang dalam sains dan matematik jika diajarkan dalam bahasa Melayu. Kajian DBP-UKM pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar menunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kesediaan mereka belajar sains dan matemtik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9% (untuk sains) dan 5% (untuk matematik).

Yang lebih malang lagi, kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM (2004) menunjukkan penurunan prestasi yang cukup mencemaskan dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahkan bahasa Melayu. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 pada tahun pengajian 2004 (pelajar yang mula belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada tahun 2003 dalam bahasa Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang (gred A) bagi mata pelajaran sains hanya 11.9% dan bagi mata pelajaran matematik hanya 16.9%. Hampir separuh daripada sampel yang dikaji (45.49%) mendapat gred gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris pula, hanya 10.4% yang mencapai gred A. Malang sekali apabila yang mencapai gred A dalam mata pelajaran bahasa Melayu hanya 18.7% dan 16.7% malahan gagal (mendapat gred E). Kejatuhan prestasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu itu barangkali disebabkan kekeliruan yang terjadi pada guru dan juga pelajar dalam tempoh peralihan yang mengejut pelaksanaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Pihak yang sangat penting dalam pelaksanaan dasar tersebut, iaitu guru sendiri menghadapi masalah yang amat besar. Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, dapat dipastikan berlakunya masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru-guru. Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matematik yang mampu menerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian Norhashimah Jalaluddin yang dijalankan pada tahun 2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81% guru mahu sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu, 72% mengatakan bahawa pencapaian pelajar dalam sains da matematik akan lebih cemerlang jika diajarkan dalam bahasa Melayu, dan 79% berpendapat bahawa pelajar lebih dapat menumpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Melayu.

Kini peribahasa “lulus jarum luluslah kelindan” sudah mula berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam apabila semua universiti kerajaan telah mula melaksanakan dasar ke arah pengajaran subjek-subjek sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, sebagai suatu kesinambungan yang logis daripada dasar yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Universiti seakan-akan tiada pilihan lain kerana pelanggan yang diterima merupakan mereka yang telah dilatih dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, sebagaimana yang dirumuskan oleh Kumpulan Prihatian (2005), kita akan menyaksikan kesan-kesan yang berikut daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama:

a. Akibat kepada Bahasa Melayu - Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta yang telah mencecah satu juta untuk ratusan bidang ilmu, termasuk ilmu terkini seperti aeroangkasa, tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak ada keperluannya untuk dicipta lagi. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Amatlah mencemaskan bahawa pada satu waktu kelak bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar bagi kira-kira 20% sahaja, iaitu bagi mata pelajaran yang bukan tergolong dalam sains dan teknologi. Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran sahaja. Hakikatnya jauh berbeda.Yang berikut ini ialah unjuran yang dapat dirumuskan daripada perancangan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran:

- Sekolah Rendah: BM 60%; BI 40%

- Sekolah Menengah:

Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%
Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%
Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%
Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%
Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%
Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%
SPM: BM 29%; BI 71%
Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%
Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI 80%

- Peringkat Universiti:

BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI: Semua kursus lain

(Catatan: Malah ada kursus sastera di universiti tertentu yang wajib dikuliahkan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris)


b. Akibat kepada Pelajar Melayu - Kesannya kepada pelajar, terutama pelajar Melayu daripada sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberikan gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah. Belum terbukti di mana-mana pun alat teknologi mampu menggantikan guru di bilik darjah. Yang perlu diingat, wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang belum terbukti berhasil di mana-mana di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.

c. Akibat kepada Media Massa Berbahasa Melayu
Pada tahun 1960-an dahulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik darjah. Sebagai akibatnya, hari ini sebahagian besar orang Melayu buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu yang asalnya dalam tulisan Jawi dahulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Tulisan Jawi menjadi hina apabila akhbar Utusan Melayu terpaksa ditutup dan kemudian diselamatkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan dijadikan sisipan dalam akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin. Lambat-laun akhbar berbahasa Melayu tidak lagi mampu menjadi wadah ilmu, pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang besar kemungkinannya akan berlaku kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-bidang ini dalam bahasa Melayu. Dapatkah akhbar hidup tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan sebagainya?

Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang majoritinya bangsa Melayu dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, edaran akhbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa Inggeris.

Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa penghantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa malatpetaka kepada bangsa Melayu. Mampukah bahasa Melayu bertahan sebagai tunjang kebudayaan dan tamadun apabila secara jelas peranannya kian dihakis dan dipinggirkan dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun di negara ini? Adakah sanggup kita membayangkan bahawa pada suatu waktu kelak anak cucu bangsa Melayu terpaksa menangisi hikmah yang hilang – hikmah dalam bentuk bahasa, sastera dan budayanya, sebagaimana yang dialami oleh diaspora Melayu di Thailand selatan, di Filipina selatan, di Sri Lanka, di Kampuchea dan di tempat lain? Kita yang membayangkan rasa cemas sedemikian pasti dicap pesimistik, tetapi apatah ruginya kita berhemah dan berhubaya-hubaya agar tidak tertimpa kepada kita nasib ”Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.(Surat Awang Sariyan kepada Kumpulan Prihatin, 12 Jsnusri 2009)

Komen:
Sudah terlalu terang untuk lagi bersuluh!!!

Saturday 10 January 2009

PERTINGKAT PERJUANGAN BAHASA KEBANGSAAN


Mesyuarat Raja-Melayu di Kuala Terengganu akhir tahun lalu
To: akmal_hisham@hotmail.com
Subject: Re: Gerakan Selamatkan Bahasa Melayu
CC: kumpulan_prihatin@yahoogroups.com; riramzain@yahoo.com; shaharirzain711@hotmail.com; profabdullah@pts.com.my


SALAM SDR AKMAL
TERIMA KASIH KERANA MASIH BERTENAGA DAN MEMELIHARA MOOD UNTUK BERJUANG.BAGAIMANA PUN KITA TERSELAMAT DARIPADA HENTAMAN BOM DARI UDARA, MERIAM DARI LAUTAN, DAN TEMBAKAN KERETA KEBAL SERTA PELURU RIFEL DARIPADA TANGAN ZIONIS. NAMPAKNYA HANYA BAHASA POLITIK YANG MAMPU MENUNDUKKAN KEANGKUHAN PEMIMPIN KERAJAAN. JUGA BAHASA DEMONSTRAN DI ATAS JALAN. SAYA HARAP PROF BAKAR SIHAT UNTUK MENGAMBIL INISIATIF BERBINCANG SEGERA.

SAYA SAMPAIKAN JUGA SEBUAH PUISI YG SAYA BACA DI DEPAN KHALAYAK SENIMAN DI ASWARA PADA MALAM AKHIR TAHUN SEBELUM JAM TENGAH MALAM
MENGUNDANG DATANG TAHUN BARU 09 SEBAGAI TANDA BERMULA FASA GESIT PERJUANGAN BAHASA KEBANGSAAN.

BAHASA MELAYU MELAWAN KEMBALI
(Catatan tentang kisah anti-sejarah)
Oleh Baha Zain

Berhimpun kami beramai-ramai di sini
Memperhitung satu per satu dosa-dosa kamu,
Dosa-dosa kamu yang berdusta kepada rakyat
Dosa-dosa kamu yang membuat kami
Sedih, merayu, dan sekarang pedih lalu berseru
“Siapakah yang telah berdusta,dan kini menjadi seteru? “

Telah terkorban Temasik di tangan mereka
Telah putih mata kami melihat Pedra Branca
Telah kau sunglap bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia
Dengan sekelip mata, bahasa orang menjadi maharaja
Mengajar anak-anak kecil melupakan warisannya
Mengajar murid-murid sekolah mengejek bangsanya.

Ayuh! mari kita ajar anak-anak itu membaca sejarah
Menghormati yang telah pergi, semasa hidupnya berjerih payah
Zaaba, Sako, Burhanuddin, Boestamam, Samad dan Keris Mas
Dengan mantera dan sihir bahasa ibundanya menyuarakan kemerdekaan
Nah! Siapa hari ini yang berebut kekuasaan, dan mabuk kemewahan?
Silakanlah, tetapi jangan hina roh-roh di perkuburan
Dan rakyat biasa yang masih hidup dengan sisa-sisa perjuangan.

Ayuh! mari kita tulis tentang kisah yang hitam
Sebuah tragedi besar sesudah tewasnya Jebat
Darah mengalir dari lantai-lantai Putrajaya
Darah rakyat yang menjadi racun berbisa
Jatuh ke bumi bertahun- tahun padi tak jadi
Mengalir ke lautan jutaan ikan terapung mati.

“Ayuh ! mari kita mara ke depan. “
Pesan seorang pujangga
Pasang benteng dengan bahasa
Tancapkan lembing dengan suara
Hanya itulah yang kita ada
Menikam ke rongga-rongga dada mereka.


Ayuh! mari kita berhimpun dan berarak
Kita bakar dengan api puisi dan sajak.

Wahai! Saudara-saudaraku yang muda
Di depanmu ada api, biarkan menyala.

Wahai ! saudara-saudaraku yang muda
Di tanganmu, tergenggam maruah bangsa.


2009/1/10 Akmal Hisham
(Surat dari Dato' Baha Zain kepada Akmah Hisham tentang isu "Selamatkan bahasa Melayu. Dipetik daripada Kumpulan Prihatin, 10 Januari 2009).

Komen:
Slogan perjuangan kebanyakan orang UMNO masih tetap "mempertahankan bangsa, agama dan tanah air." Slogan ini telah meniti di bibir sejak 50 tahun dahulu. Namun ikhlaskah slogan ini atau ia hanya sekadar slogan kosong di sebalik cita-cita peribadi yang lebih besar. Seperti kata kebanyakan penganalisis politik, slogan kebanyakan orang UMNO seperti hanyalah ibarat topeng untuk menyembunyikan cita-cita dan agenda sebenar mereka menjulang UMNO. Berapa keratkah lagi yang tersisa untuk "menyelamatkan bangsa dan bahasa Melayu." Dan kebanyakan pemimpin UMNO masih juga belum sedar tentang keinginan majoriti orang Melayu akar umbi.

Friday 9 January 2009

GOOD! LET'S LOOK AT THE EDUCATION POLICY BASED ON "FACTS, FIGURES AND ABSENCE OF EMOTION."


The late Tun Razak, the second Prime Minister of Malaysia, pioneered the Education policy, and happened to be the current education minister's uncle.

Friday January 9, 2009
Hisham: Ministry in no hurry to make decision


PUTRAJAYA: There is no rush to make a decision on whether the teaching of Science and Mathematics in English should continue or revert to Bahasa Malaysia.

Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said any change could only be implemented next year.

“We are nearly at the tail-end of looking at all the details gathered,” he told reporters after delivering his New Year message to his ministry’s staff.

What was more important, he added, was that the ministry was satisfied with the views, suggestions and ideas from all parties before a decision was made.

The teaching of Mathematics and Science in English policy was implemented in phases, starting with Year One, Form One and Lower Six in 2003.

Hishammuddin had said earlier that it was time to look at the policy after six years ‘’based on facts, figures and an absence of emotion’’.

He said the Cabinet would make the final decision.

On another matter, Hishammuddin said students, teachers and ministry staff would be encouraged to participate in a mass movement against the violence in Palestine.

“They are citizens of the world and it is important for them to realise that things that happen outside our shores will have a direct impact on them too,” he said.

Hishammuddin later launched a guidebook on the educational aid available from the ministry.

For 2009, he said the Government was allocating RM3.6bil as additional aid for students, adding that the guidebook listed the 19 types of aid provided including the Poor Students’ Provident Trust Fund, tuition voucher scheme, sports scholarship scheme, students with special needs’ allowance and pre-school food aid.(The Star Online, 9 January 2009)

Comment:
Well, the Rakyat has already got the answer from the Minister of Education, with regard to the use of English in Scince and Mathematics. A standard answer from a politician, who is divorced of the so-called language emotion and national sentiments. I believe what he won't be saying is something like, "I know what is best for the country in terms of education. The rakyat should understand. For the sake of our 'anak bangsa' I am well aware of the importance of English, based on my educational experience overseas."

If the majority of the Malays love their mother tongue and that the language is enshrined in the Constitution as our national language and the language of education, so what rubbish is he talking about that the people are being emotional. Wake-up Sir! Malaya got her independence from the British through political struggle based on emotions and sentments.At that emotionally-charged situation where were you, Sir. Oh Sorry! You were not born yet, Sir, but one of the members of your family did join the struggle and in fact was one of the front-runners. Oh, then again Sir, you are from of the later, younger and present generation, who might not know well enough of the emotional meaning of this word "struggle-lah".

Thursday 8 January 2009

DATO' HASSAN AHMAD: "SAYA SUDAH MENYAMPAH"

Hassan Ahmad sedia pimpin himpunan 'selamatkan BM'
Jimadie Shah Othman | Jan 5, 09 3:57pm
Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu - yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah," kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya - yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas - Rabu depan.

Penghujung bulan lalu, sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang sepakat menganjurkan demonstrasi besar - digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu" - bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Hasni Jumaat lalu berkata, memorandum tersebut antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

Umno harus sokong

Sementara itu, Dr Hassan ketika diminta mengulas pelaksanaan dasar kontroversi yang diperkenalkan tujuh tahun lalu itu berkata:

"Saya ini sudah menyampah. (Kerajaan) timbulkan masalah... kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Dulu semasa keputusan (memperkenalkan PPSMI) dibuat, tidak minta pandangan orang lain."

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan berkata, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Tambahnya, sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkang pemilihan agung parti itu (Mac depan) hanya tinggal dua bulan lagi.

Dr Hassan turut menyuarakan rasa kecewanya kerana dalam Umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Pertemuan esok

Parti-parti pembangkang juga digesa lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau PKR bersuara, kuat," kata Dr Hassan.

Hasni ketika dihubungi, mengesahkan pertemuan beliau dengan Dr Hassan bagi membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI.
Menurutnya lagi, pertemuan itu yang asalnya dijadualkan esok, terpaksa ditunda ke hari Khamis depan memandangkan ada ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Mengulas perkembangan terkini penyertaan terhadap kempen itu, Husni berkata, 13 NGO dan sayap Pemuda pembangkang - PAS dan PKR - telah pun menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.

NGO terbabit, antaranya, Kesatuan pekerja DBP,Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi)


AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

(Petikan daipada Laman Sawang: www.abim.org.my
www.prihatin.net)

Komen:
Yakinlah di peringkat akar umbi, telah berlaku semacam anjakan pradigma yang merata. Oran Melayu umumnya enggan terima bulat-bulat dasar pendidikan dan bahasa seperti yang ada sekarang. Mereka masih teringatkan dasar pendidikan yang dahulu yang diasaskan, terutama oleh Perdana Menteri Kedua. Ramai pemimpin UMNO hari ini yang terlalu obses dengan bahasa Inggeris sehingga tidak segan silu bercakap dalam bahasa itu di mana jua, walaupun kadang-kadang kedengaran sebutan dan nahunya pun "tunggang langgang" juga. Hairan betul, apa benda yang menyebabkan mereka sangat taksub sangat dengan bahasa itu. Oh ya, lupa ada seorang menteri memberikan jawapan,"Demi masa depan anak bangsa kita."

Jika inilah jawapannya, maka alangkah malangnya nasib anak bangsa Peranchis, Jepun, Jerman atau Korea yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka hanya pandai bahasa ibunda mereka masing-masing. Kita turut simpati dengan anak bangsa-bangsa ini.
(

Tuesday 6 January 2009

MENILAI BAHASA MELAYU SEBENAR

ARKIB : 28/12/2008
Nilai sebenar bahasa Melayu
Sudah beberapa kali saya, sebagai Sasterawan Negara, dan juga sebagai penulis puisi dan kritikan dalam bahasa Inggeris, diminta untuk menyatakan pandangan tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains. Izinkan kami menyampaikan beberapa pandangan yang telah saya hablurkan selama berpuluh tahun membawa ke dua-dua bahasa ini ke dalam jiwa dan kehidupan saya.

Bahasa Melayu bukan sahaja suatu alat komunikasi dan medium untuk mendapatkan ilmu, tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional, agama dan budaya Melayu / Malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera - lisan dan tulisan. Dengan memberi tempat yang lebih dominan kepada bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terdinamik maka kita merampas kemungkinan bahasa kebangsaan kita untuk menjadi bahasa besar dan serba-boleh. Sementara itu kita diingatkan kepada suatu kajian oleh Open University di London yang meramal bahawa dalam 30 tahun bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kitalah dewasa ini untuk memupuk bahasa yang tua lagi indah ini supaya bila sampai pada waktunya bahasa ini sudah benar-benar menjadi bahasa dunia.

Di sebaliknya kajian ini juga mendapat bahawa bahasa Inggeris tidak akan lagi menjadi bahasa pertama di dunia, malah hanya mendapat tempat bahasa ketiga, iaitu selepas Mandarin dan Sepanyol.

Berikut ialah di antara hujah mengapa bahasa Melayu harus kembali dijadikan bahasa matematik dan sains di sekolah dan universiti;

1.Tujuan pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibaiki dengan kaedah mengajar yang lebih baik dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat. Sekiranya kita merujuk kepada pengalaman negara Belanda maka kita akan temui contoh bagaimana bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman hanya diperkenalkan pada peringkat sekolah menengah.

Tetapi oleh kerana cara pengajaran yang baik dan berkesan, maka selepas sekolah menengah pelajar-pelajar ini sudah boleh bercakap dan menulis dalam bahasa-bahasa ini dengan baik - lebih baik daripada pelajar Malaysia bercakap bahasa Inggeris (walau pun setelah 11 atau 13 tahun). Kita juga mungkin perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa dari Denmark, Sweden dan Norway yang bangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri tetapi dapat menggunakan bahasa antarabangsa lainnya dengan baik. Jadi contoh kita seharusnya bukan Singapura, tetapi Scandinavia, Belanda dan Belgium mahupun Switzerland.

2. Seperti sering diulang penghujah Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang, termasuk sastera, bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak daripadanya daripada negara bukan berbahasa Inggeris - seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol, Switzerland dan India / Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa Inggeris tetapi ilmu yang baru, wawasan kemanusiaan dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan pula. Suasana ilmu adalah faktor penting yang menggerakkan mereka kepada kejayaan peringkat tinggi.

3. Beberapa masalah negara kita bukan berpuncakkan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang cekap, tetapi kepada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa di sekolah tetapi nampaknya agak kucar-kacir pentadbiran serta ekonomi dan ilmunya. Di sebaliknya di Malaysia Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi serta ilmu.

4. Sekiranya kita tidak kembalikan bahasa Melayu kepada semua bidang ilmu maka kita, terutama kerajaan BN, akan dituduh sejarah sebagai pemusnah bahasa Melayu, sebuah bahasa yang lama dulu menjadi lingua franca daerah Asia tenggara dan untuk beberapa dekad lepas kemerdekaan bangkit dan kuat semula, hinggalah diturunkan darjatnya kerana arahan supaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang lebih penting, kerana bidang-bidang terpilih diajar dalam bahasa ini.

5. Dengan keputusan ini dan penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terpilih dewasa ini maka dengan sendirinya kita telah menciptakan dua jenis warganegara Malaysia - yang pertama; menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial - iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

6. Saya menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemas kini. Saya tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajar. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa Malaysia kita perlu mempunyai sebuah bahasa persatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Dalam bandingan dengan warganegara Thailand atau Indonesia, rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa kebangsaannya, tidak bangga dengan budayanya dan tidak jelas jati dirinya. Sebabnya, antara lainnya, ialah bahawa sastera dan budaya tidak menjadi mata pelajaran penting.

Bersama pengajaran bahasa Melayu yang teratur dan rapi pelajar harus diperkenalkan kepada karya-karya penting sastera Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah secara wajib. Inilah yang dilakukan di semua negara Anglo-saxon, Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea. Hanya di Malaysia anak-anak (dan sekarang ini orang dewasa) tidak pernah mengenali atau membaca karya agung leluhur mereka seperti Sulalatus al-Salatin, Hikayat Hang Tuah atau Tuhfat al-Nafis, yang banyak melukis bangsa Melayu / Malaysia, nilai-nilainya dan juga jati dirinya.

7. Sekarang ini bahasa Melayu sedang melemah di sekolah, di institusi pengajian tinggi, di peringkat negara, media masa dan kehidupan secara amnya. Sekiranya bahasa ini tidak diberikan ruang untuk hidup dalam dunia dan disiplin baru dan mencabar , dengan sendirinya bahasa Inggeris akan masuk menjajah kembali, dan kita kan menjadi tidak lebih dari pengguna dan peminjam bahasa dan konsep-konsep yang tersimpan dalam bahasa itu. Sementara itu konsep-konsep tempatan, keindahannya, muziknya akan hilang dari bangsa Melayu yang diamanahkan untuk mewarisinya.

Banyak lagi hujah yang dapat saya tuliskan. Tetapi hujah-hujah yang telah diturunkan ini, saya rasa mencukupi untuk kesempatan ini. Saya amat berharap bahawa bahasa kebangsaan kita akan kembali diberikan martabat ilmu, makna jati diri dan budayanya, seperti selayaknya sebuah bahasa besar dan tua.

Sesuatu bangsa yang tidak menghormati bahasanya biasanya tidak dihormati oleh bangsa lain yang menghormati bahasanya sendiri.(Petikan Utusan Malaysia Online, 28 Disember 08)

Komen:
Bahasa dan Pustaka ke Istana Negara untuk tujuan menyerahkan memorandum, apalah hasilnya nanti. Pejuang bahasa Melayu berarak bagai nak rak. Ramai yakin bahawa satu strategi ampuh sedang dirancang oleh pihak berkuasa pendidikan mempastikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan diteruskan. Malah media (terutama yang menggunakan bahasa Inggeris) sedang mencipta pendapat (pandangan) umum supaya kelihatan penggunaan bahasa Inggeris telah berjaya dalam dua mata pelajaran itu dan "sah" boleh diteruskan.

Maka tinggallah para pejuang dan mereka yang cintakan bahasa Melayu dalam keadaan seperti "anjing menyalak bukit" sahaja. Ya, bahasa Inggeris perlu diteruskan demi masa depan anak bangsa!!

Kadang-kadang nak tergelak dibuatnya. Geram pun ada. Sikit-sikit.

Monday 5 January 2009

RTM TIDAK PERLEKEH BAHASA MELAYU??!!

RTM tidak pinggirkan bahasa Melayu


RTM merakamkan ucapan terima kasih atas komen Prof Dr Teo Kok Seong, Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk @1 bukti RTM rojakkan Bahasa Melayu yang disiarkan dalam ruangan surat pembaca akhbar ini Jumaat lalu.

RTM menerima teguran yang diberikan dan keprihatinan beliau mengenai perkara ini. Sesungguhnya RTM tidak pernah memperlekehkan bahasa Melayu, malah terus memartabatkan bahasa Melayu menerusi pengisian rancangan dan siarannya.

Tahun 2009 mencatat satu perubahan besar apabila TV1 dan TV2 distruktur semula. Pengembangan informasi dan hasrat membentuk satu khalayak yang lengkap dengan maklumat dan berita, maka TV1 menyiarkan berita 24 jam menerusi siaran berita mahupun menerusi berita rerayap (crawling).

Komen:
Biasalah, apa sahaja yang dilakukan oleh agensi kerajaan (RTM kan agensi kerajaan juga dalam bidang maklumat) jarang "bertentangan" dengan kepentingan majoriti rakyat. Dan jawapan kepada keprihatinan profesor sosiolingusitik bahasa Melayu UKM itu telah pun ditentukan sebelum profesor itu mengemukakan keprihatinannya. Bak kata Mat Saleh "a standard anawer" dengan izin.

Saturday 3 January 2009

PERARAKAN ALA "MALAYAN UNION KEDUA" DARI DBP KE ISTANA NEGARA?

Jan 2, 09 3:19pm
kemaskini 5:05pm Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bercadang menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Demonstrasi besar itu, yang digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu", bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Keputusan mengadakannya dicapai dalam mesyuarat sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang di Kuala Lumpur akhir bulan lalu, kata ketua pengarah jawatankuasa pelaksana kempen tersebut Hasni Abas dalam satu kenyataan hari ini.

Dihubungi Malaysiakini, beliau berkata memorandum kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

"Orang mungkin lupa, (dan) menganggap kerajaan (BN) dan Umno sebagai ketua negara. Sebenarnya Yang di-Pertuan Agonglah ketua negara," katanya.

Hasni berkata, 100,000 rakyat dan pejuang bahasa dijadual berarak dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke istana, kira-kira satu kilometer.

"Kita harap (perhimpunan ini) dapat menjadi lontaran pertama (kepada kerajaan)," tambah Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja DBP.

Menurutnya lagi, perhimpunan itu dijangka diadakan Mac depan atau selewat-lewatnya Mei.

Jika tiada masalah, katanya, perhimpunan itu akan dibuat sebelum satu lagi perhimpunan gergasi bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual Mac.

"Orang Melayu ini semangat mereka (berkobar-kobar) enam bulan sahaja. Kalau lama-lama sangat, takut lupa," katanya, berseloroh.

Selain Kesatuan Pekerja-pekerja DBP, NGO dan parti politik yang terlibat termasuklah Dewan Pemuda PAS, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).

Gabungan itu, yang turut menghimpunkan tokoh-tokoh pencinta bahasa kebangsaan, menggelarkan kumpulan mereka Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu.

Hasni berkata, bekas ketua pengarah DBP Datuk Dr Hassan Ahmad bakal menerajui badan induk sekretariat itu.

Urusetia itu juga, tambahnya, menganjurkan perjumpaan lanjutan dengan semua NGO dan parti politik, termasuk BN, yang memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda sebagai pengantar pengajaran Sains dan Matematik pada hujung bulan ini.

Bersih - gabungan 71 NGO dan parti pembangkang utama - berjaya menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong mereka berarak ke Istana Negara pada 10 November dua tahun lalu bagi mengemukakan empat tuntutan, antaranya menghapuskan undi pos dan memperkenalkan dasar dakwat tidak mudah padam di jari pengundi.


SUMBER: http://malaysiakini.com/news/95706

AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

Laman Sawang: www.abim.org.my
www.prihatin.net

Komen:
Kalaulah bekas Pengarah DBP masih hidup, kedudukan bahasa Melayu akan lebih jelas dan lebih terarah. Kalaulah Tun Abd. Razak masih hidup, kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan akan lebih jelas dan terarah. Kalaulah....kalaulah...dan kalaulah....pejuang bahasa masih mempunyai "taring" dan "kuku" seperti yang berlaku dalam tahun-tahun 1950an dahulu, kedudukan bahasa Melayu akan lebih terfokus.

Tapi masih ada golongan pemimpin negara ini yang masih menganggap pembelaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, terutama dalam penggunaan bahasa bukan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, membawa makna mengorbankan masa depan anak-anak bangsa, terutama bangsa Melayu, maka selagi itulah perjuangan yang ditunjukkan golongan "prihatin" ini akn menemui jalan buntu.

Seperti kata seorang Dato' bergelar di Pahang baru-baru ini "bebarapa orang dalam kalangan pemimpin politik hari ini masih tebal dengan mentaliti penjajahannya, seolah-olah menyamakan konsep global itu dengan bahasa Inggeris."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).