Saturday, 20 September 2008

APA SUDAH JADI DENGAN JAWATAN KETUA PENGARAH DBP?


Tokoh-tokoh yang disenaraikan untuk jawatan Ketua Pengarah DBP. Bagi Anwar Rithwan, ini kali kedua namanya dicalonkan. Berjayakah Dato' Dr. Firdaus Abdullah mengakhiri "drama" perlantikan jawatan ketua pengarah DBP? Gambar Berita Harian

Siapa Ketua Pengarah DBP?
Oleh Nazmi Yaakub

Kekosongan jawatan sudah berlarutan sejak lebih empat bulan tanpa usaha mengisinya

KERUSI jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dikosongkan sejak 2 Mei lalu berikutan tamatnya kontrak penyandangnya, Datuk Dr Firdaus Abdullah, sehingga kini belum terisi.

Sehingga rencana ini disiarkan, kekosongan jawatan penting dalam institusi kebahasaan dan kesusasteraan tanah air itu, sudah pun berlanjutan sehingga 132 hari menyebabkan bahtera DBP seolah-olah berlayar tanpa nakhoda.



Keadaan bahtera yang terumbang-ambing itu bagaikan diburukkan pula dengan kekosongan dua lagi jawatan penting dalam DBP, iaitu Pengarah Jabatan Bahasa yang sebelum ini disandang Noresah Baharom dan Pengarah Jabatan Penerbitan (Zulkifli Salleh) berikutan persaraan mereka.

Petugas DBP dan orang bahasa serta sastera seolah-olah dipaksa untuk menonton siaran ulangan drama kekosongan pengisi jawatan Ketua Pengarah kerana senario serupa berlaku selepas Datuk A Aziz Deraman bersara sehingga berlanjutan sembilan bulan.

Ketika itu, nama seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling, Dr Adi Badiozaman Tuah, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Firdaus disebut-sebut sebagai pengganti A Aziz.

Sumber memberitahu Berita Harian, Lembaga Pengelola DBP menolak penyambungan semula kontrak Dr Firdaus, tetapi ahli lembaga tidak sebulat suara dalam mengemukakan calon pengganti yang layak meneruskan kesinambungan perjuangan bahasa dan sastera.

Khabar penolakan terbabit seolah-olah disahkan dengan ura-ura pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor UM dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM itu sebagai Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), tetapi belum menjadi kenyataan sehingga kini.

Ekoran itu, sumber terbabit berkata, beberapa nama disebut-sebut yang layak menjadi Ketua Pengarah ialah mantan Pengarah Jabatan Penerbitan, Dr Anwar yang kini Pengerusi Jemaah Pesara DBP serta bertugas sebagai Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Pengarah APM, Prof Madya Zainal Abidin Borhan turut disebut-sebut sebagai calon Ketua Pengarah DBP, selain mantan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Dr Mohamed Mansor Abdullah.

“Nama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim juga dikaitkan untuk mengisi jawatan terbabit, sekali gus menjadikannya wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP seandainya ramalan ini menjadi kenyataan,” katanya kepada Sastera.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan, tidak kira siapa pun yang dilantik, individu terbabit sepatutnya mempunyai kefahaman dan berupaya menjiwai perjuangan bahasa dan sastera serta melihat kepentingan penerbitan buku dalam pembangunan negara.

“Penyandang juga hendaklah tidak menganggap jawatan itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh keuntungan politik dan kita berharap seboleh-bolehnya pemilihannya dapat mengangkat kembali DBP ke era kegemilangan Tun Syed Nasir atau Datuk Dr Hassan Ahmad.

“Kita tidaklah sampai menentukan penyandang adalah daripada kalangan orang sastera kerana Syed Nasir ialah orang politik, manakala Dr Hassan pula meskipun pengarang, tidak menulis dalam genre kreatif,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai tokoh di dalam DBP, sumber itu mengakui, sukar untuk melihat individu yang sesuai untuk ‘dinaikkan pangkat’ sebagai Ketua Pengarah yang mampu mengangkat agenda bahasa, sastera dan penerbitan buku sebagai agenda penting pembangunan negara.

“Malah ketokohan dalam kementerian lain yang mempunyai kaitan rapat dengan DBP dan mereka yang boleh memahami agenda perjuangan bahasa serta sastera juga sukar dilihat, bahkan seolah-olah tiada.

“Mereka yang boleh mentadbir ramai, tetapi mentadbir bahasa dan sastera menuntut lebih daripada keupayaan dalam bidang pentadbiran kerana DBP bukan seperti badan berkanun atau jabatan biasa kerana ia berkait rapat dengan perjuangan bahasa dan bangsa,” jelasnya.

Sumber itu menegaskan, sekiranya Kementerian Pelajaran mahu mengekalkan senario mengambil mereka yang sudah bersara, maka Dr Anwar yang terbaik, manakala sekiranya penyandangnya masih berkhidmat, Prof Zainal Abidin wajar mengisinya.

Kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP turut menimbulkan persoalan apakah tidak ada calon layak yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sukarkah mencari pegawai tinggi kerajaan sedia ada yang memahami serta menjiwai perjuangan bahasa, budaya dan sastera negara? (Berita Harian, 18 September 2008)

Komen:
Menurut sumber yang layak dipercayai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Firdaus Hj. Abdullah telah diberi lampu hijau untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya tiga tahun lagi. Namun surat lanjutan perkhidmatan belum juga keluar-keluar walaupun hari terakhirnya di DBP adalah pada 2 Mei 2008 yang lalu.

Kurang pasti apa yang berlaku atau di mana ilapnya. Khabarnya terdapat "ding-dong-ding-dong" antara pihak Lembaga DBP dengan pihak Kementerian Pelajaran, dan walaupun khabarnya juga orang nombor satu Kerajaan telah merestui perlnjutan tempoh Datuk Ketua Pengarah ini.

Naampaknya ini adalah kali kedua DBP tidak ada Ketua Pengarah. Tiga tahun lalu keadaan yang sama terjadi apabila Ketua Pengarah waktu itu, Dato' Abdul Aziz Deraman tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan setelah bersara wajib. Lebih enam bulan DBP tanpa ketua pengarah. Pada kali kedua ini seperti biasa terdapat beberapa nama calon untuk mengiisi kekosongan, termauk seorang pegawai kanan dari Kementarian Pelajaran sendiri dan seorang mantan pengarah DBP. Dua calon baru ialah Dato' Dr. Mansor Abdullah dan Datuk Zainal Borhan. Kedua-duanya dari dunia akademik.

Sesetengah kalangan berpendapat dalam keadaan sekarang ketua eksekutif DBP amat diperlukan memandangkan pejuangan mendaulatkan bahasa Melayu semakin relevan. Namun. orang ramai kurang memberi peduli kepada tuntuan dan relevansi bahasa kerana lebih menekankan kepada soal ekonomi. Kalangan ini berpendapat jika DBP mahu diperkasakan semula, ia memerlukan emla seorang yang berkaliber seperti Tun Syed Nasir dan Dato' Dr. Hassan Ahmad diadunkan. Adunan dua tokoh ini mampu mendaulatkana intitusi bahasa itu. Seorang ketua pengarah haruslah seorang yang memilik adunan kualiti dua tokoh ini, iaitu keazaman dan pengaruh politik dan minat dan liyalti terhadap bahasa, sastera dan budaya.

Siapakah dalam kalangan calon yang dicadangkan di atas yang memiliki adunan dua kualiti ini. Manusia seperti itu mungkin ada dan wujud dalam kalangan kita. Manusia itu mungkin masih "segan" hendak memperkenalkan diri atau sedang berusaha untuk diperkenalkan. Atau seperti yang pernah dilontarkan seorang pegawai DBP, "kalau susah-susah sangat Menteri Pelajaran lanjutkan sahaja tempoh Ketua Pengarah yang ada sekarang jika benar beliau telah mendapat restu daripada bosnya."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).