BIDANG PERUBATAN
DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD
TOKOH: Ungku Umar bin Ungku Ahmad, Dato’Dr.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor.
PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965
KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur. (2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962. .(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965.
PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur (2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. (4). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).
INOVASI: (1) Bersama dengan DBP beliau membentuk istilah Perubatan dalam bahasa Melayu. (2). Mengambil inisiatif memberi ceramah melalui radio tentang kesihatan sehingga beliau digelar “Doktor Radio”.
PENULISAN/PENERBITAN: (1). Telah menhasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya. (2). Tesis Ph.Dnya bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.” Menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan. (3). Penyumbang rencana secara berkala untuk majalah Mastika dan Dewan Masyarakat
ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Dato’, Jun 1967. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat oleh Sultan Johor, Oktober 1967. (3). Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, 1968. (4). Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Umar, Ipoh, Perak setelah beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969.
Fashion Valet: the final say. Tales by an unknown blogger no.26.
-
1. I thought I have finished writing about FV. Others have done a better
job than I. It is, until I heard what the 2nd minister said. In parliament.
They w...
3 days ago
dulu saya hanya mendengar namanya sahaja.kini saya dah baca tentang kehidupan beliau.beliau adalah permata bangsa melayu..
ReplyDelete