BIDANG POLITIK
TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
TOKOH: Abdul Razak Bin Hussein, Tun
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 11 Mac 1922 di Kampung Langgar Jambu, Pekan Pahang.Meninggal dunia di London, pada Januari 1976.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Pekan, Pahang. (2). Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. (3). Raffles College, Singapura.1940 (4). Lincoln’s Inn, London, UK. Dengan kelulusan dalam bidang Undang-Undang, 1950
KERJAYA: (1). Penolong Setisuaha Kerajaan Negeri Pahang, 1952. (2). Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Julai 1955 – 1959..(3).Menteri Besar Pahang, 1955. (4). Menteri Pelajaran, 1955, (5). Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pertahanan., 1957. (6). Ketua Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 1969. (7). Perdana Menteri Malaysia, 1970.
Tun Razak bersama keluarga
PENCAPAIAN: (1). Sumbangan besarnya adalah dalam bidang-bidang pendidikan. ekonomi luar bandar dan dasar luar negeri. (2). Dalam dasar pendidikan, penggunaan bahasa pengantar diselaraskan untuk semua sekolah dari peringkat menengah hingga ke peringkat tinggi. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu. (3). Untuk dasar luar, beliau memperkenalkan dasar luar yang tidak memihak, menyimpang dibandingkan dasar luar yang pro-Barat yang diamalkan sebelumnya. (4). Menyelesaikan tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menyelesaikan Konfrontasi dengan Indonesia. Dengan penyelesaian ini Filipina dan Indonesia mengiktiraf Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka. (5). Penubuhan pakatan ekonomi dan sosial dalam kalangan negara-negara lain di Asia Tenggara yang dinamakan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). (6). Berjaya membawa Malaysia keluar daripada kepompong Barat dan menjadi sebuah negara berkecuali dalam apa yang disebut sebagai Negara-negara Berkecuali (Non-Aligned Nations)., 1969. (5). Mengadakan hubungan perdagangan dua hala dengan China dan dalam waktu yang sama memeterikan perjanjian (pakatan) ketenteraan lima negara dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.
Memorial Tun Abd. Razak yang dahulunya adalah kediaman rasmi Tun Abd. Razak dan yang terletak di kawasan Lake Garden, Kuala Lumpur.
INOVASI: (1). Memperkenalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pada peringkat sekolah menengah dan tinggi, 1955. (2). Memperkenalkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum yang dikenali dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan atau Laporan Razak, 1956. (3) Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi memberi tanah kepada rakyat miskin, 1965). (4). Menubuhkan Bank Bumiputra dengan tujuan mempermudah pinjaman oleh golongan pengusaha Meayu dengan faedah yang rendah., 1965. (5). Membuka projek pertanian secara perdagangan di Jengka untuk penanaman kelapa sawit. Melalui projek Jengka diharapkan tahap kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar dapat dikurangkan.s(6). Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menghapuskan kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat tanpa mengira kaum dan tahap ekonomi.. (7). Memperluas gabungan politik dalam Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) dengan membuka gabungan kepada parti-parti lain seperti Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti progresif Rakyat (PPP) dan Parti Islam Setanah Melayu (PAS). 1972. (8) Menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dengan tujuan memberikan hak monopoli mengeluarkan minyak di negara ini.1974.
.
ANUGERAH/GELARAN: Anugaerah bintang kebesaran Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yan Dipertuan Agong,
Fashion Valet: the final say. Tales by an unknown blogger no.26.
-
1. I thought I have finished writing about FV. Others have done a better
job than I. It is, until I heard what the 2nd minister said. In parliament.
They w...
3 days ago
No comments:
Post a Comment