BIDANG PENERBITAN
TUAN SYED ABDULLAH BIN ABD. HAMID EL-IDRUS (AHMAD LUTFI)
TOKOH: Ahmad Lutfi. Nama sebenar Syed Abdullah bin Abd. Hamid El-Edrus. Nama samaran A.H. Edrus, Penyambil, Penetap dan Anak Melayu.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 11 Julai 1911 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Meninggal dunia pada 20 Oktober 1966 di Singapura.
PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Sampit, Kalimantan dan menerima pendidikan agama Islam darpada bapanya sendiri dan seorang ulama di Kalimantan. Setelah berhijrah ke Singapura pada tahun 1930, beliau menerima pendidikan lanjutan daripada ulama, Haji Wan Abdullah.,
KERJAYA: (1). Pelatih pengatur huruf di AngloAsiatic Press, Singapura (Warta Malaya Press Limited). (2). Pembaca Pruf dengan Warta Malaya Press Limited, 1934. (3). Pemilik percetakan Qalam Press Limited di Geylang Road, Singapura, September 1951. (4). Penerbit majalah Aneka Warna, 1954 – 1955. (5). Novelis.
PENCAPAIAN: (1). Berjaya menerbitkan novel-novelnya sendiri. Sejumlah 26 judul telah dihsil dan diterbitkannya sendiri dari 1948 hingga 1951. (2) Menubuhkan percetakan sendiri dengan nama Qalam Press Limited, 1934.
INOVASI: (1) Ahmad Lutfi menggunakan penanya untuk berjuang menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepincangan golongan ini melalui kupasan dan kritikan yang tegas dan mendalam. Ahmad Lutfi cuba membongkar semula kepincangan orang Melayu seperti yang pernah diceritakan oleh Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya di Semenanjung sebelum ini. (3) Turut memberi tumpuan kepada perjuangan orang Melayu dalam bidang politik. Pengalamannya dalam peristiwa Malayan Union, Kisah Natrah dan persoalan yang dihadapi rakyat Palestin dijadikan bahan kesedaran buat bangsanya dengan menulis dan menerbitkan buku-buku seperti Malayan Union dan Sabil Palestin.
PENULISAN/PENERBITAN: Antara 26 judul yang diterbitkannya sendiri termasuklah: (1). Malayan Union, 1946. (2). Sabil Palestin, 1948. (3). Sisa Neraka Dunia, 1948. (4). 1374 Hari Berjuang, 1948. (5). Balik Dari Medan Perjuangan, 1948. (6). Bangkai Bernyawa, 1949. (7). Pelayan, 1949. (8). Terkorban Di Bilik 69, 1949. (9). Hoki, 1949. (10). Manager, 1949. (11). Korban Nyusyuz, 1949. (12). Janda, 1949. (13. Tuan Guru Mata Keranjang, 1949. (14). Geylang Serai Karam, 1949. (15. Tuan Kadi, 1950. (15). Ustazah, 1950. (16). Anak Angkat, 1950. (17). Utusan Murtad, 1950. (18). Anak Kiai, 1950. (19). Kawan Syaitan, 1951. Antara buku pengetahuan yang ditulis dan terbitkan sendiri termasuklah Surat-Menyurat Jawi, Surat-Menyurat Rumi, Sejarah Nabi Muhammad, Tarikh Islam Ringkas, Riwayat Perang Besar Yang Kedua dan Persuratan Melayu I, II dan III, 1962.
The temporal and ecclesiastical hypocrites. The malays and the DAP. Tales
by an unknown blogger no 44. Part 2/3
-
29. One of the big lies perpetrated is that the DAP has an agenda to
christianize the malays. It's embellished by right wing politicians. By KKK
minded gro...
1 day ago
Salam sdr.
ReplyDeleteDimana saya boleh dapatkan buku atau salinan buku sejarah Bangkai Bernyawa? Saya difahamkan di dalam buku sejarah ini tertulis kisah sepupu saya Daud Ibrahim yang menjadi pegawai tentera Jepun di Papua New Guenea.
Lukman Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my
Minta maaf kerana blog ini sudah lama tinggal terpinggir. Apbila saya terbaca komen sdr ini teringat saya sumber rujukan yang paling berkesan, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebaiknya sdr usahakan menghubungi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui alamat websitenya dalam http://www.google.com untuk mendapatkan perkabaran. Saya yakin pihak Dewan Bahasa dan Pustaka amat bersedia membantu.
ReplyDeleteSalam kemaafan dengan tulus ikhlas daripada saya