BIDANG POLITIK
ABDUL AZIZ BIN ISHAK
ABDUL AZIZ ISHAK
TOKOH: Abdul Aziz Bin Ishak
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 21 September 1914 di Padang Gajah, Trong, Perak
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. (2). Sekolah Melayu Kuala Kurau, Perak (3). Raffles College, Singapura. (4). Pusat Penelidikan Ikan di Singapura (kursus sambil belajar)
KERJAYA: (1). Pegawai Perikanan, Port Dickson. (2). Pemberita dengan Akhbar Utusan Melayu, Singapura.(3). Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan, 1954.(4). Menteri Pertanian, 1955.
PENCAPAIAN: (1). Bergiat dalam Kesatuan Melayu Singapura menentang Malayan Union, 1945.(2). Menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu (GERAM) dengan bantuan Ismail dan Thaharudin Ahmad.(3) Berjaya meningkatkan kemarahan Peseruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir General Templer dengan menggelar Ishak sebagai “Pembeita Tikus” kerana liputannya tentang Hari Kemahkotaan Ratu Elizabeth Ke-2 yang menyemarakkan semangat anti penjajahan dalam kalangan orang Melayu, 1953.
INOVASI: (1). Menggalakkan pembukaan tanah, termasuk tanah hutan di Pahang untuk kegunaan petani melalui Rancangan Pembangunan Masyarakat. (2). Mencadangkan supaya tanah tinggi berhawa dingin di negara ini ditanam dengan tanaman berhawa sederhana, menggalakkan perusahaan tiram, dan kerang di samping menanam pisang secara komersial (3) Menaja Kelab Wartawan Kuala Lumpur (4). Menyemarakkan semangat anti-penjajah di kalangan orang Melayu akibat beliau dilabelkan sebagai “Pemberita tikus” (rat reporter) oleh Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tiggi British di Malaysia kerana liputan berita yang tidak menyenangkan Pesuruhjaya tinggi ketika Abdul Aziz berada di london. (5). Memulakan projek penanaman padi dua kali setahun. (6). Meminta pakar pertanan dari Jepun untuk menyediakan Dasar Projek Pengairan Muda di Kedah. (7). Menggalakkan orang ramai membina rumah kayu dan memakan buah-buah tempatan.(8). Mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu (GERAM)., 1945.
.
PENULISAN/PENERBITAN: (1). Katak keluar Dari Baah Tempurung. (2). Riwayat Hidup Tunku Abd. Rahman (3). Tamu Istimewa (4). Lompat Si Katak Lompat (5). Mencari Bako.
Fashion Valet: the final say. Tales by an unknown blogger no.26.
-
1. I thought I have finished writing about FV. Others have done a better
job than I. It is, until I heard what the 2nd minister said. In parliament.
They w...
3 days ago
Bila tokoh meninggal dunia?
ReplyDeleteboleh dapat maklumat waris En Abdul Aziz Ishak tak?
ReplyDelete