Sunday, 14 September 2008

KEMBALI MENGAJAR BM DALAM SAINS DAN MATEMATIK?


Prof. Datuk Latiff Bakar ketika mempengerusikan wacana Gapena di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, 14 Sept 08. Turut kelihatan Prof. Datuk dr Zainal Kling, Borhan Md. Zain dan Encik Goh.

Matematik, Sains disyor dalam bahasa Malaysia
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Sebahagian peserta di majlis Wacana Gapena mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Rumah Gapena,Kuala Lumpur, 14 Sept. 08.

Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata laporan keputusan peperiksaan serta kajian yang dibuat beberapa pihak mendapati 30 peratus murid sekolah ternyata gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI. Berita Minggu 14 September 08)

Komen:
Kata orang tua2 "Dah berbuih mulut dah orang ramai bercakap. Dah enam tahun isu ini diperkatakan sehingga ada yang telah hilang suara menjerit dan merayu. Hasilnya kita terus menjadikannya isu yang tak selesai-selesai. Dalam majlis Siri Wacana Gapena semalam terdengar suara tinggi dan nyaring meminta menteri yang bertanggung jawab melaksanakan dasar ini meletak jawatan jika Sains dan Matematik masih juga diajar dalam bahasa Inggeris.Katanya, statitik UPSR 2007 menunjukkan hasil tidak sepadan dengan usaha.

2 comments:

  1. isu ini tak pernah selesai dengan kata pemutus yang melegakan para guru.kasihan semua anak-anak murid saya yang menjadi mangsa eksperimen.mereka lesu ketika menjawab soalan,mereka kematian idea setiap kali membuka kertas soalan!wang yang banyak dilaburkan itu sepatutnya dihabiskan untuk memperbaiki prasarana sekolah di sabah sarawak yang masih dhaif.bayangkan,berbillion rasanya dari tahun 2003 lagi.tapi,saya hanyalah mentimun yang MENURUT PERINTAH...

    ReplyDelete
  2. Saya bukanlah seorang guru, tetapi saya dapat merasakan kesukaran apabila saya mengajar anak-anak buah saya di rumah.
    Bukanlah niat saya hendak merendah-rendahkan kebolehan bangsa saya sendiri. Inilah rialiti kehidupan hari ini.
    Ramai ibu bapa yang sebaya dengan usia saya masih gagal dalam mendidik anak-anak mereka dengan bahasa Inggeris. Tidak dinafikan bahawa kami pernah melalui zaman pembelajaran yang menyulitkan terutamanya dalam usaha menguasai bahasa Inggeris.
    Malah boleh dikatakan rata-rata ibu bapa yang seusia saya mengalami kegagalan untuk menguasai bahasa Inggeris semasa diperingkat sekolah. Jadi amatlah mustahil sekiranya mereka ingin mendidik anak-anak mereka kepada bahasa Inggeris.
    Selain itu faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam seseorang itu mahu menguasai bahasa Inggeris. Sebagai bangsa Melayu yang kaya dengan adat-adat kehidupan Melayu, boleh dikatakan pertuturan dalam bahasa Inggeris di rumah dianggap sebagai sesuatu yang janggal dan ganjil. Begitu juga dengan pengaruh sekekeling, iaitu kehidupan bermasyarakat di negara kita ini. Apabila seseorang itu bertutur bahasa Inggeris, mereka akan dikatakan sebagai seorang yang sudah telanjang dari adat kemelayuan, mengagung-agungkan budaya kebaratan dan bermacam-macam lagi. Jadi tidak mustahillah jika seseorang yang mampu bertutur dengan baik di dalam bahasa Inggeris akan dianggap seperti seekor gagak hitam dalam masyarakat melayu umumnya.
    Oleh itu, saya suka mengajak kepada mereka-mereka yang berkenanan janganlah menjadikan anak bangsa sebagai bahan kajian kerana rakus untuk merebut kejayaan diatas sesuatu matlamat yang yang kabur. Sikap sebegini adalah seperti menelanjangi maruah anak bangsa sendiri.
    Bukan ramai anak bangsa kita yang mampu bertutur bahasa Inggeris dengan baik, walaupun mereka sudah bergelar graduan. Jadi bila ingin laksanakan sesuatu perubahan. Tengok-tengoklah dan jenguk-jenguklah sekeliling. Jangan tengok pada kemampuan diri sendiri mulalah mahu tunjuk belang. Kalau kita tidak membantu anak bangsa sendiri siapa lagi. Inilah masanya untuk kita bangkit dari kebodohan diri. Jika ingin melaksanakan sesuatu perubahan kenalah mulai dengan cara yang baik. Jangan pakai hentam kromo saja. Yang rugi siapa ? kalau tidak anak bangsa kita sendiri.
    Jadi kepada yang menjadi kepala. Renung-renungkanlah.... Jangan pandai cakap saja. Sedangkan tidak ada satu pun usaha dilakukan untuk mempertingkatkan matlamat yang dirancang.

    ReplyDelete