Sunday, 16 March 2008

SITI NORMAH YAAKOB, DATO'

BIDANG UNDANG-UNDANG

TOKOH: Siti Normah Yaakob, Dato’

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 6 Julai 1940, di Seremban, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Rahang, 1945 – 1946. (Terakhir). Grave’s Inn, London, United Kingdom, 1962. dalam bidang Undang-Undang dengan ijazah Barrister-at-Law.

KERJAYA: (1). Penolong Pendaftar Kanan di Mahkamah Tinggi Kuala lumpur, 1963 – 1965. (2). Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 1965 – 1968.(3). Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, 1969.(4). Timbalan pemegang Amanah Raya, 1969 – 1970.(5). Penolong Pengarah Kanan (bahagian Duti dan Harta Pesaka) di Jabatan Hasil Dalam Negeri, 1970 – 1973.(6). Yang Dipertua Mahkamah Sesyen kali kedua, 1973 – 1980.(7). Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, 1980 – 1983.(8). Hakim Mahkamah Tinggi, April 1983 – Ogos 1994.(9). Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, September 1994

PENCAPAIAN: (1). Menjadi Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama di Malaysia, 1983.(2). Menjadi Hakim Mahkamah Rayuan wanita yang pertama di Malaysia, 1994.

PENULISAN/PENERBITAN: Kertas kerja “The Disparity Between Tradition and the Need for Change Identification and Some Possible solution to Delay in Case Disposition”.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Jasa Setia Mahkota (JSM), 1978.(2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran Dato’., 1978. (3). Anugerah Fellow oleh Eisenhower Exchange Fellowship Inc., 1990
.

No comments:

Post a Comment