Thursday, 5 March 2009

MENYEBAR DALIL MENGAPA PPSMI PERLU DIMANSUHKAN


Puisi Usman Awang di Balai Budaya

Oleh kerana perjuangan ini belum selesai seperti kata Allahyarham Usman Awang
dalam artikelnya di Dewan Masyarakat, 1-15 Mac 1968 lalu, maka adalah wajar
kumpulan prihatin menggembling tenaga memanfaatkan pendekatan melobi semua
pemimpin parti politik, tidak sekadar pihak yang telah bersama-sama memberikan
simpati dan sokongan dalam perjuangan ini.

Salah satu opsyen yang masih terbuka luas ialah mendapatkan kerjasama daripada
pemeimpin parti politik dalam Barisan Nasional (BN). Tidak sepatutnya mereka
dianggap musuh, walaupun tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang
cenderung pro-PPSMI. Masih ramai menganggap diri mereka orang perjuangan,
terutama dalam kalangan anggota veteran UMNO seperti Tan Sri Aziz Tapa dan
Datuk Wira Borhan Yaman. Malah dalam kalangan Yang berhormat sekarang ini pun
masih ada yang bersemangat kental seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Ibrahim
Ali dan Datuk Tajuddin Abd. Rahman Rahman dan Senator Jins Shamsuddin sendiri.

Kemudian ada pula para calon pemimpin UMNO yang ingin merebut jawatan dalam
Majlis Tertinggi UMNO akhir Mac ini. Saya yakin ada ramai yang memberikan
simpati kepada perjuangan secara diam-diam. Bekalkan mereka ini dengan data dan
fakta yang diperlukan supaya mereka boleh gunakan dalam persidangan itu kelak.
Wujudkanlah pelobi-pelobi untuk mendekati mereka.Saya yakin setidak-tidaknya
akan ada seorang dua yang masih prihatin kepada perjuangan ini, terutama apabila
perjuangan ini turut mempertahankan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.

Pelobi mempunyai potensi untuk mencipta pandangan umum dalam mana-mana kelompok
masyarakat. Manfaatkanlah sentimen dan dalil "mengapa PPSMI mesti dibatalkan
dalam sistem pendidikan" kita.

Wednesday, 4 March 2009

ADA LUNCAI DAN TANGGANG DI ATAS BUKIT

Orang macam datin kita dari Bukit Damansara ini bukan sedikit jumlahnya. Mungkin
beribu, malah berpuluh atau beratus ribu. Tidak ada apa yang nak dihairankan
kerana orang seumpama datin ini sememangnya bergelumang dalam budaya bukan
Melayu. Tidak mengejutkan kalau latar pendidikannya sama seperti kawan-kawan
kita yang bertaraf menteri dan timbalan menteri yang mempunyai latar pendidikan
daripada London, Canberra dan Washington.

Tutur kata, makan minum dan tidur mimpi mereka semuanya berlandaskan budaya
Barat ini.Kalaulah mereka mengerti dan fahami tujuan asal kita menentang PPSMI
ini. Saya harap suatu hari nanti mereka akan sedar kembali akan kesilapan
mereka yang telah tersalah langkah. Sebaiknya biarkanlah mereka berbudaya
begitu. Biarlah mereka terus mengamalkan budaya yang mereka import. Mereka
inikan Tanggang yang sengaja tidak mahu tahu tentang mmakna jati diri.

Biakanlah mereka bagai luncai yang terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!
http://www.afyassin.com