Monday 22 June 2009

KECUALI BAHASA INGGERIS BAHASA-BAHASA LAIN DI DUNIA BUKAN BAHASA ILMU?!

Cerita remeh tentang bahasa
SAYA selalu membayangkan negara luar sama dengan negara kita. Maksudnya pelancong tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana mereka semua akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai 'bahasa dunia' sebagaimana yang difahamkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Malah difahamkan juga bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, bahasa lain tidak ada ilmu. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Perancis iaitu kota raya Paris hampir sepuluh tahun lalu, seperti biasa saya akan merayap ke kedai-kedai buku yang tidak terlalu mewah. Tetapi beberapa kedai buku yang menjualkan karya-karya sastera dan falsafah semuanya dalam bahasa Perancis.

Apabila ditanya kepada wanita di kedai buku berkenaan, dia memberitahu hampir semua buku ilmu yang dijual di situ dalam bahasa Perancis. Ini termasuklah buku-buku yang diterjemah daripada bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Memang benar, banyak buku yang sebelum ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris sudah diterbitkan dalam versi Perancis. Hasil daripada perbualan singkat di kaunter bayaran, secara umumnya di Perancis, bahasa ilmu adalah bahasa kebangsaannya.

Tamadun bahasa dan kesusasteraan Perancis yang tinggi terus terpelihara apabila bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu. Walaupun buku-buku ilmu dalam bahasa lain, usaha menterjemah yang proaktif di Perancis membuatkan siapa yang membaca buku bahasa Perancis juga mendapat ilmu.

Walaupun percakapan di kaunter itu tidak boleh dijadikan bukti kukuh tentang kelestarian bahasa Perancis tetapi sekurang-kurang memberikan gambaran bagaimana sebuah negara memberi martabat kepada bahasa kebangsaannya. Semua perhubungan dalam bahasa Perancis dan pelancong ke Perancis rupa-rupanya sudah bersedia untuk mendepani masalah bahasa.

Perancis bukanlah sebuah negara mundur. Walaupun mungkin tidak semaju atau semoden Amerika Syarikat (AS) tetapi Perancis lebih jauh ke depan berbanding negara kita dalam banyak bidang. Banyak pula karya-karya sastera yang asalnya bahasa Perancis diterjemah kepada banyak bahasa termasuk bahasa Inggeris. Buku-buku yang sampai ke negara ini semua dalam bahasa Inggeris padahal kita boleh terjemah dalam bahasa Melayu. Cuma kita tidak melakukan kerana bagi kita bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu.

Begitu juga semasa menyeberangi sempadan Perancis - Itali di bandar kecil Sam Remo. Sekali lagi menghadapi masalah bahasa kerana mereka hanya bertutur bahasa Itali atau Perancis. Tertanya-tanya juga di mana kedudukan bahasa Inggeris?

Singgah ke Monte Carlo di Monaco, antara pusat perjudian yang hebat di dunia juga tidak banyak menggunakan bahasa Inggeris. Padahal kebanyakan yang kemaruk judi ke Monte Carlo adalah orang luar AS. Sekali lagi apabila ditanya kepada pelayan di pusat judi Monte Carlo tentang bahasa, katanya, walaupun mereka datang berjudi tetapi mereka menghormati bahasa tempatan yakni bahasa Perancis.

Di Perancis, Itali dan Monaco begitu menjulang bahasa Perancis kerana mereka tidak ada syarat lulus periksa, mesti lulus bahasa Inggeris. Mungkin juga mereka tidak mewajibkan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Anggaplah mereka mundur supaya dasar bahasa Inggeris kita tidak terjejas.(Petikan Utusan Malaysia 21 Jun 09)

Komen:
Setuju seratus peratus dalam dunia hari ini hanya bahasa Inggeris sahaja adalah bahasa ilmu. Itulah sebabnya pemimpin kita terang-terang mahu rakyat menjadikan bahasa Inggeris bahasa ilmunya juga.

Hidup bahasa Inggeris. Kasihan bahasa Melayu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).