Tuesday 30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008/1429


AFYASSIN
SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1429 H/2008

KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG

YANG BERAGAMA ISLAM

DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.


MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday 29 September 2008

DALAM SEKS JUGA ADA SEDEKAH, KAHKAHKAH!


En. Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah, DBP (gambar AFYassin)

DBP: Sedekah seks tidak sesuai diungkap
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan mungkin akan berlaku kepada istilah dalam bidang tertentu, bukan kepada perkataan yang sering digunakan, kata Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarul Zaman Shaharudin.

Ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata perkataan 'seks' adalah contoh bahasa yang mudah diungkap dan bukan merupakan bahasa teknikal seperti yang terdapat dalam bidang teknologi maklumat atau bidang-bidang lain.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak Zulkifli Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.'

Baru-baru ini Zul Hassan dilaporkan mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar bahawa 'seks seperti menerima sedekah' dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ketika ditanya sama ada kenyataan itu tidak disengajakan, Kamarul Zaman berkata, "Pada saya itu bukan kesilapan bahasa sebab itu bahasa yang mudah.

''Mesti dia tahu apa yang dia sebutkan. Kecuali kalau itu perkataan teknikal, mungkinlah... boleh salah."

Katanya perkataan sedekah itu diketahui umum sebagai suatu perkara yang baik (mulia) dan berharap pihak-pihak tertentu tidak menyalahgunakan perkataan itu.

"Pihak berkenaan mungkin mencari sebab untuk mempertahankan diri (dengan kenyataan itu)," kata Kamarul Zaman.

- Bernama (Dipetik daripada Utusan Malaysia Online 29 Sept. 08)

Komen:
Pelbagai cara orang memberi interpretasi kepada makna. Dalam hal ini apa yang dijelaskan Timbalan Ketua Pengarah DBP, En. Kamarul Zaman itu tidak ada cacat celanya. Jangan salah gunakan makna sesuatu perkataan, lebih-lebih lagi jika perkataan itu dikaitkan dengan agama.
Saya tabik kepada Timbalan Ketua Pengarah DBP, En. Kamarul Zaman itu. Apa pula penjelasan Dato' Pengerusi Lembaga Pengelola DBP?

Thursday 25 September 2008

MINTA KLIK DBP DIKEMAS KINI


Klik DBP bertarikh 25 September 08

25-09-2008 ]

KLIK DBP



Sidang Editor:

PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my


...Lagi

Komen:

Kalau dilihat daripada sidang editor Klik DBP di atas tidak ada-apa yang tak betul. Tetapi setelah diperhatikan nampak sesuatu yang tak kena. Tarikh klik hari ini (25 September 2008. Barisan Sidang editornya sedikit ketinggalam zaman. Setahu orang Dewan bahasa dan Pustaka, tiga tokoh penaung dan penasihatnya tidak lagi berada di DBP. Dato' dr. Firdaus Abdullah, Noresah Baharom dan Othman Ismail tidak lagi bertugas di DBP. Firdaus sehingga hari ini dibebastugaskan atas sebab-sebab yang hanya datuk itu sahaja dapat menjawabnya, walaupun khabarnya beliau sepatutnya dsambung dua tahun lagi. Noresah dan Othman telah bersara wajib.

Entah siapa lagi yang sepatutnya tidak ada dalam senarai sidang editor itu. Sebaiknyalah Klik DBP ini dikemaskinikan setiap kali keluaran. Oleh kerana tarikh yang tertera di klik itu hari ini, seolah-olah tidak ada keinginan untuk mengemaskinikan sisipan ini. Mungkin ini bulan puasa, semuanya berpuasa. Kita maafkan sajalah ya!

Saturday 20 September 2008

APA SUDAH JADI DENGAN JAWATAN KETUA PENGARAH DBP?


Tokoh-tokoh yang disenaraikan untuk jawatan Ketua Pengarah DBP. Bagi Anwar Rithwan, ini kali kedua namanya dicalonkan. Berjayakah Dato' Dr. Firdaus Abdullah mengakhiri "drama" perlantikan jawatan ketua pengarah DBP? Gambar Berita Harian

Siapa Ketua Pengarah DBP?
Oleh Nazmi Yaakub

Kekosongan jawatan sudah berlarutan sejak lebih empat bulan tanpa usaha mengisinya

KERUSI jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dikosongkan sejak 2 Mei lalu berikutan tamatnya kontrak penyandangnya, Datuk Dr Firdaus Abdullah, sehingga kini belum terisi.

Sehingga rencana ini disiarkan, kekosongan jawatan penting dalam institusi kebahasaan dan kesusasteraan tanah air itu, sudah pun berlanjutan sehingga 132 hari menyebabkan bahtera DBP seolah-olah berlayar tanpa nakhoda.



Keadaan bahtera yang terumbang-ambing itu bagaikan diburukkan pula dengan kekosongan dua lagi jawatan penting dalam DBP, iaitu Pengarah Jabatan Bahasa yang sebelum ini disandang Noresah Baharom dan Pengarah Jabatan Penerbitan (Zulkifli Salleh) berikutan persaraan mereka.

Petugas DBP dan orang bahasa serta sastera seolah-olah dipaksa untuk menonton siaran ulangan drama kekosongan pengisi jawatan Ketua Pengarah kerana senario serupa berlaku selepas Datuk A Aziz Deraman bersara sehingga berlanjutan sembilan bulan.

Ketika itu, nama seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling, Dr Adi Badiozaman Tuah, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Firdaus disebut-sebut sebagai pengganti A Aziz.

Sumber memberitahu Berita Harian, Lembaga Pengelola DBP menolak penyambungan semula kontrak Dr Firdaus, tetapi ahli lembaga tidak sebulat suara dalam mengemukakan calon pengganti yang layak meneruskan kesinambungan perjuangan bahasa dan sastera.

Khabar penolakan terbabit seolah-olah disahkan dengan ura-ura pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor UM dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM itu sebagai Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), tetapi belum menjadi kenyataan sehingga kini.

Ekoran itu, sumber terbabit berkata, beberapa nama disebut-sebut yang layak menjadi Ketua Pengarah ialah mantan Pengarah Jabatan Penerbitan, Dr Anwar yang kini Pengerusi Jemaah Pesara DBP serta bertugas sebagai Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Pengarah APM, Prof Madya Zainal Abidin Borhan turut disebut-sebut sebagai calon Ketua Pengarah DBP, selain mantan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Dr Mohamed Mansor Abdullah.

“Nama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim juga dikaitkan untuk mengisi jawatan terbabit, sekali gus menjadikannya wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP seandainya ramalan ini menjadi kenyataan,” katanya kepada Sastera.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan, tidak kira siapa pun yang dilantik, individu terbabit sepatutnya mempunyai kefahaman dan berupaya menjiwai perjuangan bahasa dan sastera serta melihat kepentingan penerbitan buku dalam pembangunan negara.

“Penyandang juga hendaklah tidak menganggap jawatan itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh keuntungan politik dan kita berharap seboleh-bolehnya pemilihannya dapat mengangkat kembali DBP ke era kegemilangan Tun Syed Nasir atau Datuk Dr Hassan Ahmad.

“Kita tidaklah sampai menentukan penyandang adalah daripada kalangan orang sastera kerana Syed Nasir ialah orang politik, manakala Dr Hassan pula meskipun pengarang, tidak menulis dalam genre kreatif,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai tokoh di dalam DBP, sumber itu mengakui, sukar untuk melihat individu yang sesuai untuk ‘dinaikkan pangkat’ sebagai Ketua Pengarah yang mampu mengangkat agenda bahasa, sastera dan penerbitan buku sebagai agenda penting pembangunan negara.

“Malah ketokohan dalam kementerian lain yang mempunyai kaitan rapat dengan DBP dan mereka yang boleh memahami agenda perjuangan bahasa serta sastera juga sukar dilihat, bahkan seolah-olah tiada.

“Mereka yang boleh mentadbir ramai, tetapi mentadbir bahasa dan sastera menuntut lebih daripada keupayaan dalam bidang pentadbiran kerana DBP bukan seperti badan berkanun atau jabatan biasa kerana ia berkait rapat dengan perjuangan bahasa dan bangsa,” jelasnya.

Sumber itu menegaskan, sekiranya Kementerian Pelajaran mahu mengekalkan senario mengambil mereka yang sudah bersara, maka Dr Anwar yang terbaik, manakala sekiranya penyandangnya masih berkhidmat, Prof Zainal Abidin wajar mengisinya.

Kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP turut menimbulkan persoalan apakah tidak ada calon layak yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sukarkah mencari pegawai tinggi kerajaan sedia ada yang memahami serta menjiwai perjuangan bahasa, budaya dan sastera negara? (Berita Harian, 18 September 2008)

Komen:
Menurut sumber yang layak dipercayai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Firdaus Hj. Abdullah telah diberi lampu hijau untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya tiga tahun lagi. Namun surat lanjutan perkhidmatan belum juga keluar-keluar walaupun hari terakhirnya di DBP adalah pada 2 Mei 2008 yang lalu.

Kurang pasti apa yang berlaku atau di mana ilapnya. Khabarnya terdapat "ding-dong-ding-dong" antara pihak Lembaga DBP dengan pihak Kementerian Pelajaran, dan walaupun khabarnya juga orang nombor satu Kerajaan telah merestui perlnjutan tempoh Datuk Ketua Pengarah ini.

Naampaknya ini adalah kali kedua DBP tidak ada Ketua Pengarah. Tiga tahun lalu keadaan yang sama terjadi apabila Ketua Pengarah waktu itu, Dato' Abdul Aziz Deraman tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan setelah bersara wajib. Lebih enam bulan DBP tanpa ketua pengarah. Pada kali kedua ini seperti biasa terdapat beberapa nama calon untuk mengiisi kekosongan, termauk seorang pegawai kanan dari Kementarian Pelajaran sendiri dan seorang mantan pengarah DBP. Dua calon baru ialah Dato' Dr. Mansor Abdullah dan Datuk Zainal Borhan. Kedua-duanya dari dunia akademik.

Sesetengah kalangan berpendapat dalam keadaan sekarang ketua eksekutif DBP amat diperlukan memandangkan pejuangan mendaulatkan bahasa Melayu semakin relevan. Namun. orang ramai kurang memberi peduli kepada tuntuan dan relevansi bahasa kerana lebih menekankan kepada soal ekonomi. Kalangan ini berpendapat jika DBP mahu diperkasakan semula, ia memerlukan emla seorang yang berkaliber seperti Tun Syed Nasir dan Dato' Dr. Hassan Ahmad diadunkan. Adunan dua tokoh ini mampu mendaulatkana intitusi bahasa itu. Seorang ketua pengarah haruslah seorang yang memilik adunan kualiti dua tokoh ini, iaitu keazaman dan pengaruh politik dan minat dan liyalti terhadap bahasa, sastera dan budaya.

Siapakah dalam kalangan calon yang dicadangkan di atas yang memiliki adunan dua kualiti ini. Manusia seperti itu mungkin ada dan wujud dalam kalangan kita. Manusia itu mungkin masih "segan" hendak memperkenalkan diri atau sedang berusaha untuk diperkenalkan. Atau seperti yang pernah dilontarkan seorang pegawai DBP, "kalau susah-susah sangat Menteri Pelajaran lanjutkan sahaja tempoh Ketua Pengarah yang ada sekarang jika benar beliau telah mendapat restu daripada bosnya."

Sunday 14 September 2008

KEMBALI MENGAJAR BM DALAM SAINS DAN MATEMATIK?


Prof. Datuk Latiff Bakar ketika mempengerusikan wacana Gapena di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, 14 Sept 08. Turut kelihatan Prof. Datuk dr Zainal Kling, Borhan Md. Zain dan Encik Goh.

Matematik, Sains disyor dalam bahasa Malaysia
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Sebahagian peserta di majlis Wacana Gapena mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Rumah Gapena,Kuala Lumpur, 14 Sept. 08.

Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata laporan keputusan peperiksaan serta kajian yang dibuat beberapa pihak mendapati 30 peratus murid sekolah ternyata gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI. Berita Minggu 14 September 08)

Komen:
Kata orang tua2 "Dah berbuih mulut dah orang ramai bercakap. Dah enam tahun isu ini diperkatakan sehingga ada yang telah hilang suara menjerit dan merayu. Hasilnya kita terus menjadikannya isu yang tak selesai-selesai. Dalam majlis Siri Wacana Gapena semalam terdengar suara tinggi dan nyaring meminta menteri yang bertanggung jawab melaksanakan dasar ini meletak jawatan jika Sains dan Matematik masih juga diajar dalam bahasa Inggeris.Katanya, statitik UPSR 2007 menunjukkan hasil tidak sepadan dengan usaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).