Monday 28 April 2008

PROF. DR. MAIMON@MAIMOON ABDULLAH


Prof. Dr. Maimon@Maimoon Abdullah, kepakaran dalam Alam Sekitar
BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

TOKOH: Maimon@Maimoon binti Abdullah, Prof. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: Johor

PENDIDIKAN: (1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan lulus BSc. Biologi (Kelas Pertama), 1974. (2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor dan lulus Diploma Pendidikan, 1975. (3) University of Manchester, United Kingdom dan lulus MSc dalam Invertebrate Physiology, 1976. (4). University of Bradford, United Kingdom dan lulus PhD. dalam Invertebrate Biology, 1982.

KERJAYA: (1) Profesor, Kajian Alam Sekitar dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsan Malaysia (UKM) 2008. (2). Profesor, Pusat Kajian Pasca Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM), Bangi, 2008.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: Terlibat dalam pelbagai badan-badan profesional, antaranya: (1). Ahli seumur hidup Malaysian Society of Applied Bology, 1977 – hingga sekarang. (2). Ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia, 1982 – (3). Ahli, Malaysian Plant Protection Society, 1982 – 2000. (4). Ahli, Malaysian Scientific Association, 1996 – (5). Ahli, Environmental Management and Research Association of Malaysia (Ensearch), 1996 – 2002. (6). Ahli, Malaysian Nature Society, 1994 – (7). Ahli, International Root Crop Society, 1982 – 1990. (8). Ahli, Malaysian Etnomological Society (ENTOMA), 1995 – (9). Ahli, Malaysian Society of Biochemistry and Molecular Biology, 1982 – 1998. (10). Ahli, Malaysia Society of Parasitomology and Tropical Medicine, 1976 – 1992.

SUMBANGAN PAKAR DAN TEKNIKAL: (1) Land Use and Land Cover in Klang-Langat River Basin, Malaysia Phase 1. GLO/92/G31. IGBP-UNDP. (2). Global Observation of Forest Caver Data and Information for Forest Assessment and Management.NRA-99-065. NASA GOFC/CEOS. (3). UCC: Phase 2: Deforestation and Missing Sink for Carbon. NRA-96-MTPE03. NASA. (4). GOFC - Land Use and Land Cover Change in South East asia (Expanded Sites). C-ENV-PS-613. SARCS/START.(5). LUCC Phase 3. APN R-9. APN Japan. Projek completed.(6). GOFC Data & Information for Tropical Forest Management & Assessment. APN 2001/ 17/ APN-Japan. (7). Capacity Building in Education, Training and Research in Industry and Urban Areas in Malaysia. Funding by DANCED, Danish Cooperation for Environment and Development.
Study period: (2000- present). (8). Modelling and Data Integration in the Study of Sediment Plume: Case of Klang-Langat River Basin.
2000. (9). Study of Heavy Metals and Pesticides Bioaccumulation in Aquatic Organisms: Putrajaya Wetland and Lake Monitoring Program. (10). Funding: Putrajaya Holdings/KLCC Urus harta Sdn Bhd. 2000-2001.(11). Project Code: MPKSN/IRPA grant no. 01-04-01-0058 Study period: 1998-2002. (12). Studies on Heavy Metals Accumulation in the Biotic Communities of Tin Tailings and Ex-mining Ponds. A Case Study for the Agricultural Areas of Bidor, Perak.2001- 2003. (13). Assessment of the Diversity and Abundance of Fireflies and Other Invertebrates Population at Kampung Kuantan Kuala Selangor. 2001-2002. (14). Impact of Pollution in Aquatic Environment (Bioindicators). 1998-2000.
SUMBANG BICARA DAN UCAP UTAMA: (1). Kertas pleno, “Environmental impact assessment and monitoring of forest harvesting activities”, Seminar Antarabangsa, Universirtas Mohammadiah, Padang, Indonesia, 2003. (2). Ucap utama ‘Environmental impact Assessment Systems – The Malaysian Experience, Thailand, 2003. (3). Kertas utama “Rle of Women in Higher Education, Research and Technology Transfer, Kuala Lumpur, 1994. (4). Ucap utama “Guideline Revisions on Golf Course Development, Seminar/Workshop on EIA in Malaysia – AN Update,” Kuching, Sarawak, 1994. (5). Sejumlah 10 ucap utama dan sumbang bicara dalam bidang alam sekitar dan sumber alam yang dibentangkan di dalam dan luar negeri, terutama dalam kalangan Negara-negara ASEAN.
INOVASI : (1) Menggalakan mahasiswa di peringkat Doktor Falsaah (PhD) untuk mengkaji, menyelidik dan memantau kesan alam sekitar dan ekologi terhadap kehidupan persekitaran sejagad. Dalam tempoh 1999 – 2006, seramai lima calon PhD. membuat kajian tentang ekologi dan pencemaran alm sekitar dan sejumlah lagi calon Sarjana membuat kajian tentang perkara yang sama. .

PENULISAN/PENERBITAN: Sejumlah buku, prosiding dan antologi esei saintifik bersama telah diterbitkn antaranya: (1) Maimun Abdullah, et.al. “Pengumpulan logam-logam berat dalam dua sayuran berdaun di Bangi dan Sepang Selangor”. dalam Asmat, A., Farah Diba, A.B., Abd. Munir, A.M., Hashidah, M.S., Norela, S. Marina, Z. (Eds.), Proc. of the 7th National Symposium on Biology. 18-20 May 2004, Kuala Lumpur, Malaysia. 2004 (2). Maimun Abdullah, et.al, “Kajian pengumpulan logam-logam berat dalam sayuran jenis umbisi dari dua kawasan pertanian di Selangor. In: Zamri A., Roslim D.I., Iwantono, Syamsudhuha, Darus M., Ahmad M., Ahmad N. & Ismail E. (Eds). Prosiding Seminar Bersama FMIPA UNRI-FST UKM Ke-3. 12-13 August 2004. (3). Abdullah, M., et.al,.”Diversity of pest and non pest insects in the vegetable plots of the agrotechnology park in Sepang, Selangor.” Dalam Asmat, A., Farah Diba, A.B., Abd. Munir, A.M., Hashidah, M.S., Norela, S. Marina, Z. (Eds.), Proc. of the 7th National Symposium on Biology. 18-20 May 2004, Kuala Lumpur, Malaysia. 2004. (4). Maimon Abdullah & Othman Abd Karim “Guidelines on Development of Lake and Wetland Areas.” dalam Charlchai Tanavud (Ed). Proceedings of the International Workshop on Integrated Lake Management. Prince of Songkla University. 19-21 August 2004. Thailand. 2004. (5). Maimon Abdullah, et.al “Some histo-morphological characteristics of the pernicious macrophytic weed Cabomba piauhensis from the Tasik Chini Wetlands, Pahang and aspects of its management.” Dalam Charlchai Tanavud (Ed). Proceedings of the International Workshop on Integrated Lake Management. Prince of Songkla University. 19-21 August 2004. Thailand. 2004. (6). Maimon Abdullah, “Isu-Isu dan Etika Alam Sekitar dan Pendidikan Persekitaran’ dalam “Siri Akademi Kajian Ketamadunan”. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1) Anugerah Pengajian Tinggi Kebangsaan untuk Pelajar Cemerlang peringkat kebangsaan oleh Persatuan Guru-Guru Melayu Johor, 1972. (2). Anugerah Buku Terbaik peringkat kebangsaan Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), 1972. (3). Anugerah Mahasiswa Sains Terbaik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1973. (4). Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2002.

PROF. DR. ABU BAKAR SALLEH


Prof. dr. Abu Bakar Salleh, TNC UPM (Penyelidikan dan Inovasi)
http://www.afyassin.blogspot.com
http://www.afyassin-fuadhashim.blogspot.com
BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

TOKOH: Abu Bakar Salleh, Prof. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: Kg, Bagan Tiong, Perak

PENDIDIKAN: (1) Sekolah Kebangsaan Bagan Tiong Perak. (2). Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi, Kuala Lumpur, 1974. (3). University of Western Australia dan lulus ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains dalam Biochemistry, 1977. (4). University of St. Andrews, United Kingdom dan lulus dengan Ph.D dalam Biochemistry, 1979.

KERJAYA: (1) Tutor di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, 1975. (2). Pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, 1979. (3). Professor Madya, UPM Serdang, 1988 (4). Profesor dalam bidang biokimia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, 1994.

PERLANTIKAN: (1). Pengarah Institiut Biosains, (IBS) di UPM, Serdang, 2001 – 2004. (2). Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi, mulai 2004. merankap Dekan pertama, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekular, UPM, yang mulai ditubuhkan pada 1 September 2004.

KEGIATAN KEMASYARAKATAN: (1). Ahli seumur hidup, Persatuan Bio-Kimia dan Bio-Molekul Malaysia. (2). Naib Presiden Persatuan Bio-Kimia dan Bio-Molekul Malaysia. (3). Ahli, Malaysia Scientific Association. (4). Ahli Malaysia Society of Applied Biology. (5). Ahli Lembaga Pengurusan (Governing Board), SEAMEO-BIOTROP yang berpusat di Bogor, Indonesia. (6). Pakar rujuk (consultant) bagi MIGHT, 2001 – 2002. (7). Ahli Task Force di Institute Genomic Malaysia, 2005 – (8). Ahli, Task Force Cluster Working Group dan Bioteknologi Pertanian, 2006 -.

PENGKHUSUSAN: (1). Teknologi Enzim. (2). Bioteknologi. (3). Teknologi Mikrobial.
BIDANG KAJIAN/KEPAKARAN: (1). Microbial screening and isolation of lipolytic and proteolytic microorganisms. (2). Pertumbuhan Mmicroorganisms dan pembiakan enzim; proteases dan lipases. (3). Purification and characterization of enzymes; proteases and lipases. (4). Genetic manipulation of microbes for engancement of enzyme production and properties: including gene sequencing and cloning. (5). Immobilisation of cells for enzyme production. (6). Preparation and modification of polymers as matrices for enzyme/cell immobilization. (7). Protein tailoring: modification of proteins for enhancement of enzymic properties. (8). Enzymic transformation of fats and oils. (9). Stereoselective reactions of enzymes for useful products . (10). Enzymic reactions in organic solvents. (11). Mechanistic studies of enzymes in detergent formulation. (12). Biosynthesis of surfactants. (13). Biotransformation and bioremediation of hydrocarbons. (14). Biosensor. (15). Structural Biology.
PENERBITAN/PEMAKALAHAN: Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 130 penulisan ilmiah dan saintifik (teknikal) dalam pelbagai jurnal berwasit, 280 prosiding/abstrak, menyediakan 14 buah bab buku dan dua buah buku (judul). Antara hasil kerjanya termasuklah: (1). “Structure and Dynamics of Candida Rugosa Lipase: The Role of Organic Solvent” J. Molecular Modeling oleh Abu Bakar Salleh, Bimo Ario Tejo dan Juergen Pleiss, 2004. (2). Large Scale Production of Liquid Wax Ester by Immobilized Lipases, oleh Abu Bakar Salleh et-al, 2005. (3). High Yield Purification of an Organic solvent Tolerant Lipases from Pseudomonas sp. Strain S5’, Analytical Biochemistry, oleh Abu Bakar Salleh et-al, 2005. (4). Secretory Expression of Thermostable T1 Lipases through Bacteriocin Release Protein (BRP) Protein Purification and Expresion, oleh Abu Bakar Salleh et-al, 2005. (5). Screening nd Docking of Chemical Ligands onto Pocket Cavities of Protease for Designing a Biocatalyst, Biocatalysis and Biotransformation, oleh Abu Bakar Salleh et-al, 2005.
INOVASI : Menerajui Fakulti Bioteknologi yang baru dan yang akan menjadi pemangkin daam usaha membangun dan meningkatkan ekonomi Negara melalui industri bioteknologi, khususnya dalam bidang agro-Bioteknologi. (2). Dianggap peneroka dan orang penghubung dalam usaha meningkatkan bidang penyelidikan bioteknologi seperti teknologi enzim, biologi molekul dan teknologi bioproses. (3). Membantu merencanakan pelan strategik Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan, 2004. (4). Secara bersama menggubal Dasar Bioteknologi Negeri Johor pada tahun 2004 - 2005 .

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1). Anugerah Pingat Emas dalam bidang penyeidikan bagi projek kajian Chirazim dalam pertandingan International Inventions di Geneva, 2005. (2). Anugerah Pingat Perak bagi projek MBSofax dalam Pertandingan 33rs Salon International des Inventions des Techniques et Produit Neouvoueaaux, palexpo, Geneva, 2005. (3) Sumbangan kepakarannya telah diberi pengiktirafan di peringkat kebangsan dengan penganugerahan tiga Pingat Emas, satu Pingat Perak dan tiga Pingat Gangsa. (4). Di peringkat universiti, sumbangan kepakarannya telah diberi pengiktirafan melalui penganugerahan Sembilan pingat sebagai pemenang bersama dan juga tiga hadiah berbentuk Fellowship dan Biasiswa Pengajian. (5). Berjaya mendapatkan hak patent sebanyak 11 di Malaysia, tiga di Singapura, tiga di Amerika Syarikat, satu di Eropah dan satu di Jepun.

PROF. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH

BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

TOKOH: Abdul Razak Salleh, Prof. Dato’ Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: Gombak, Selangor

PENDIDIKAN: (1) Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan lulus BSc. dalam bidang Matematik, 1972. (2). University College of North Wales, Bangor, United Kingdom, dan lulus ijazah MSc. dalam Functional Analysis, 1974. (3). Uniiversity College of North Wales, Bangor, United Kingdom dan lulus PhD. dalam Algebraic Topology, 1976.

KERJAYA: (1) Tutor, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UKM, 1972. (2). Pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sains UKM, 1976. (3). Prof. Madya di Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UKM, 1981. (4). Profesor, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UKM, 1993.

PERLANTIKAN: (1). Ketua Jabatan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1979 – 1982. (2). Dekan, Pusat Pengajian Kuantitatif, UKM, 1985 – 1988. (3). Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, UKM, 1989 – 1993. (4). Timbalan Dekan Fakulti Sains Matematik, UKM, 1997 – 1999. Pengerusi, Pusat Pengajian UKM, 1999 – 2002. (5). Penerbit, Jabatan Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2007 – 2008.

KEGIATAN KEMASYARAKATAN: (1). Ahli Seumur Hidup Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA). (2). Ahli Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). (3). Ahli Koperasi UKM. (4). Ahli Koperasi Pgawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS). (5). Pengerusi, Jawatankuasa Penataran Bahasa Melayu, UKM. (6). Pengerusi Jawatankuasa Pelan Operasi Pelan Strategi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. (7). Ahli Lembaga Penyunting, Sains Malaysiana. (8). Ahli Lembaga Penyunting Buletin PERSAMA, UKM. (9). Ahli Jawatankuasa Profil Sarjana, UKM. (10). Ahli Jawatankuasa Pemetaan Bidang , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. (11). Pengerusi Jawtankuasa Peristilahan Matematik Antara Universiti (JPMAU), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. (12). Anggota Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia (MABBIM), DBP, Kuala Lumpur.

PENGKHUSUSAN: Pengkhususan beliau adalah dalam : (1). Bidang Topologi Aljebra (Algebraic Topology (2) Fuzzy Algebraic Topology. (3). Ethnomathematics.
BIDANG KAJIAN: (1). Kategori Fuzzy. (2). Unsur Matematik dalam Kebudayaan Melayu. (3). Disertasi MSc. dengan tajuk “On the Fredholm Theories of Grothenddieck and Rustom, 1974. (4). Tesis PhD dengan tajuk “Union Therorems for Double Groupoids and Groupoids: Some generalizations and Applications, 1976. (5). Sedang memberi keutamaan untuk membuat kjian dalam kategori Kabur dan Unsur Matematik dalam Persuratan Melayu Lama.
SUMBANG PENERBITAN/PEMAKALAHAN: (1). Abdul Razak Salleh,”Unsur matematik dalam persuratan Melayu lama”. Kertas Kerja Jemputan Seminar Sehari Sejarah dan Falsafah Matematik I. Universiti Putra Malaysia, Serdang, 2 Februari. 2002. (2). Abdul Razak Salleh, “ Daur: Penulisan Tarikh Melayu.” Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-8. Universiti Putra Malaysia Terengganu 2001.(3). Abdul Razak Salleh,”Penulisan Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu: sampai bila?” Kertas Kerja Seminar Cabaran Penulisan Sains dan Teknologi dalam Alaf Baru. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2001. (4). Shaharir Mohamad Zain & Abdul Razak Salleh, “Sistem nombor dan angka Melayu berdasarkan kajian etimologi dan penyukatan.” Jurnal Bahasa , September 2001. (5). Abdul Razak Salleh “Teorem van Kampen bagi Ruang Topologi Kabur dan Kumpulan Topologi.” Kertas kerja Seminar Bersama UNRI-UKM. Universitas Riau, Pekanbaru, Riau, Indonesia, 6-8 Mei, 2000. (6). Abdul Razak Salleh, Noriza Majid, Rokiah @ Rozita Ahmad & Siti Hajar Salleh (pnyt.) “Membina Luruan Kecemerlangan Sains Matematik”. Prosiding Kolokuium Tahunan. Fakulti Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000. (7). Abdul Razak Salleh. 1999. “Measurement Concepts in Malay Culture.” Kertas kerja The Malay-Pacific Symposium. Wellington, New Zealand, 20-25 September. 1999. (8). Brown, R. & Abdul Razak Salleh. “ Free crossed resolutions of groups and presentations of modules of identities among relations”. London Math. Soc. J. Comput. Math, 1999. (9). Abdul Razak Salleh. “ Sifat-sifat homomorfisma kabur bagi kumpulan kabur”. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-7. Institut Teknologi MARA,. 1996. (10). Abdul Razak Salleh & Shahidan Radiman. ”Pengelasan struktur kecacatan melalui kumpulan homotopi: satu tinjauan”. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-6. Universiti Malaya, 1995.
INOVASI : Pengalaman selama empat dekad dalam bidang Topologi Aljabar Kabur dan Etnomatematik adalah satu penggerak baginya untuk mengambil inisiatif memperkenalkan dengan lebih intensif pembelajaran prasiswazah dan siswazah dalam bidang yang masih baru ini. Untuk glongan prasiswazah beliau memperkenalkan Aljabar Linear dan Struktur Aljabar, sementara untuk golongan siswazah beliau antara lain memberi empasis kepada Aljabar, Teori Homotopi, Teori Kategori dan Topologi.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1). Anugerah Commonwealth Academic Felowship, University of Wales, UK, 1994 – 1995. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor, yang membawa gelaran Dato’, 2000.

http://www.afyassin.blogspot.com
http://www.afyassin-fuadhashim.blogspot.com

Tuesday 22 April 2008

DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL-MASRIE SHEIKH MUSTAPHA


Sheikh Muszaphar Shukor dengan pakaian kosmonautnya.

Bidang Astronomi

TOKOH: Sheikh Muszaphar Shukor al- Masrie Sheikh Mustapha. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 26 Julai 1972 , di Kuala Lumpur.

PENDIDIKAN: (1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lulus Ijazah Sarjana Sains dalam Pembedahan Otopedik (Orthopaedic Surgery)

KERJAYA: (1) Pakar Otopedik di Hospital Universiti Kebangsaan malaysia (HUKM). (2). Astronaut (Angkasawan Negara) Penerbangan Angkasa Lepas (Spaceflight Participant (UKP), 2006 - 2007.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik Angkasawan Negara oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional (ANGKASA), dengan Dr. Faiz Khaleed sebagai calon simpanan, 2006. (2). Pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsan Malaysia (UKM).

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1) Anak Malaysia pertama yang menerokai angkasa lepas. Berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan Soyuz Russia bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan Jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia dari tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, 10 oktober 2007. (2). Sumbangan dan pengalaman di angkasa lepas amat bererti dalam memberi inspirasi dalam kalangan generasi muda Malaysia, terutamanya, untuk mempastikan mereka ini adalah sentiasa berada pada tahap kesihatan yang serba sempurna dan sepanjang masa. (3). Berjaya dalam ujian kelayakan melalui cabaran fizik dan mental seperti mengharungi paya dan bermalam dalam “hutan” kelap sawit yang dipenuhi denan ular pelbagai jenis dan berbisa di samping tidur bersama “mayat” rekaan (mock-up corpses).

INOVASI : (1) Mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa lepas terhadap sel dan mikrob dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). (2). Mengenal pasti protein yang berpotensi sebagai vaksin HIV dari ISS. ambil inisiatif memperkenalkan kursus astronomi dan mempromosikan Sains Angkasa lepas di UKM. (2). Memperkenalkan cara bersolat di angkasa lepas, mengenal pasti tunjuk arah Kiblat dan kedudukan Mekah dari angkasa lepas setelah mendapat nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa keagamaan (Islam) di Malaysia

PENULISAN/PENERBITAN: Tiada.


Bersama Yang Dipertuan Agong dan angkasawan gantian dalam satu majlis rasmi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1) Anugerah pengiktirafan sebagai Angkasawan oleh Russia sekembalinya dari penjelajahan angkasa lepas melalui Soyuz Russia, 2007. (2). Anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Malaysia sempena Majlis Perayaan Maulidul Rasul, 2008.

Saturday 19 April 2008

DATUK PROF. DR. MAZLAN BTE OTHMAN

BIDANG ASTRONOMI



TOKOH: Mazlan Bte Othman, Datuk Prof. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 11 Disember 1951, di Seremban, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN: (1) Tunku Khursiah College, Seremban, Negeri Sembilan (1971). (2) University of Otago, New Zealand, lulus dengan BSc, (Hons) dalam Fizik, 1975. (3) University of Otago, New Zealand, dan lulus Ph.D dalam Astrofizik, 1981.

KERJAYA: (1) Tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1975. (2). Pensyarah, Jabatan Fizik, UKM 1981 – 1987. (3). Prof. Madya dan memberi kuliah dalam Astronomi dan Astrofizik, UKM, 1988 – 1989. (3) Pengarah Bahagian Planetarium, Jabatan Prdana Menteri, Kuala Lumpur, 1990 – 1995. (4) Ketua Pengarah, Bahagian Kajian Angkasa Lepas, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, 1995 – 1999. (5) Ketua merangkap Pengarah di pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Hal Ehwal Angkasa Lepas di Vienna, Austria, 1999 - 2001. (6) Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Nasional, 2002. (7). Profesor Astrofizik, UKM, 1994.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Membentangkan kertas kerja dan memberi ucap utama dan cermah tentang hal-hal yang berkaitan dengan astrofizik, satelit dan teknologi dan tentang dasar yang berkaitan dengan angkasa lepas di serata dunia. (2). Menjadi anggota jawatankuasa saintifik Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dan juga anggota Sidang Pengarang jurnal antarabangsa seperti Space Forum dan Space Policy. (3). Dilantik sebagai Felo pelbagai pertubuhan profesional, antaranya, Akademi Sains Malaysia, Akademi Astronautik Antarabangsa, Institiut Fizik Malaysia dan Persatuan Saintifik Malaysia. (4). Naib Presiden Akademi Sains Malaysia. (5). Ketua Pengarang, Newsletter Akademi Sains Malaysia.

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1) Wanita Malaysia pertama yang mempunyai kelayakan dalam bidang astronomi dan astrofizik. (2). Satu-satunya wanita profesional dalam bidang astrofizik. (3). Salah seorang pakar yang dilantik kerajaan untuk menyediakan kertas kerja ke arah penubuhan planetarium di Kuala Lumpur. (4). Anak Malaysia dan wanita Malaysia pertama memohon menjadi seorang kosmonaut. (5). Ketua Pengarah pertama mengendalikan Agensi Sains Angkasa Lepas, merangkap Profesor Astrofizik di Universiti Kebangsaan (UKM), 2002. (6). Wanita pertama lulus PhD dalam bidang Fizik dari university of Otago, New Zealand, 1981.

INOVASI : (1) Mengambil inisiatif memperkenalkan kursus astronomi dan mempromosikan Sains Angkasa lepas di UKM. (2). Mengusahakan dan memantau pembinaan Planetarium Kebangsaan Malaysia dan menubuhkan Bahagian Kajian Sains Angkasa Lepas. (3). Memulakan program membina mikrosatelit kebangsaan bersama-sama sekumpulan jurutera Malaysia dan University of Surrey, Unted Kingdom, 1977. Satelit ini yang dinamakan TiungSAT-1 Malaysia akhirnya dilancarkan dengan menggunakan roket Russia pada September 2000. (4). Berusaha mendirikan Agensi Planetarium Kebangsaan. (5). Menjadi penggerak utama dalam penubuhan Astronautic Technology Sdn. Bhd (ATSB), syarikat milik kerajaan yang diberi peranan memajukan teknologi angksa lepas negara dan bertanggung jawab dalam pembinaan satelit RazakSAT. (6). Mengambil inisiatif dalam penerbitan dua filem dokumentari tantang sains di samping mempersembahkan empat pertunjukan planetarium.

PENULISAN/PENERBITAN: (1) Astronomi (buku bergambar), oleh Mazlan Othman, terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1984/85. (2). Tsunami Disaster in Malaysia: An Environmental, Socio-Economic and Community Well-Being, oleh Ibrahim Komoo dan Mazlan Othman, Akademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur, 2006. (3). Bencana Tsunami di Malaysia: Kajian Impak Alam Sekitar, Sosio-Ekonomi dan kesejahteraan , oleh Ibrahim Komoo dan Mazlan Othman, kademi Sains Malaysia, Kuala Lumpur, 2006.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1) Anugerah Doktor Sains Kehormat daripada University of Otago, New Zealand, 1997. (2). Anugerah Tokoh Emas, Kolej Tunku Khursiah, Seremban, Negeri Sembilan. (3). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, 1994. (4). Augerah bintang kebesaran Panglima Johan Negara (PJN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Datuk, 1997. (5) Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Perdana Menteri, 1994. (6) Anugerah Kepujian Tag Heuer Wanita Avon (Pendidikan), 1996. (7). Anugerah Planet Biru (Blue Planet) daripada Kerajaan Russia. (8). Anugerah Cipta Khas Saintis Melayu.

Wednesday 16 April 2008

DATO' BAHARUDDIN BIN ZAINAL (BAHA ZAIN)

BIDANG KESUSASTERAAN

Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1963 – 1969. (2). Penolong Ketua Bahagian Perkamusan, DBP, 1970. (3). Ketua Cawangan Kajian, Bahagian Perkembangan Sastera DBP, 1972 - 1976. (4). Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, DBP, 1977 – 1981. (5). Timbalan Ketua Pengarah DBP, 1982 – 1984. (6). Penerbit Pustaka Cipta Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1984 – hingga sekarang.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya serta anggota sidang pengarang jurna Tenggara ketika bertugas sebagai Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, 1977 – 1981. (2).Penyusun semula beberapa hikayat lama , iaitu Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umayyah dan Hikayat Cekel Waneng Pati. (3). Anggota penyusun Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970. (4). Menerbitkan mingguan Berita, ERA ketka mendirikan penerbitannya, Pustaka Cipta Sdn. Bhd , 1985. (5). Ahli Lembaga Pengelola, DBP, 1989 – 1992 dan dilantik semula pada awal tahun-tahun 2000an. (6). Perunding penerbitan bagi majalah terbitan Malaysia Toutism Board, (7). Ahli Mjlis Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (8). Ahli Lembaga Amanah Yayasan Penataran Ilmu. (9). Presiden Ikatan Penerbit-Penerbit Buku Bumiputera Nasional (10) Pengerusi Eksekutif Dasar Padu Sdn. Bhd. (11). Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1969/1970. (12). Ketua Dua PENA, 1992 – 1994. (13). Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 1978/1980.

PENCAPAIAN: (1). Penyusunan semula Hkayat Cekel Waneng Pati oleh beliau telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai bahan bacaan tambahan yang baik untuk pelajar di peringkat sekolah menengah, 1967. (2). Terpilih melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia oleh DBP untuk mengikuti pendidikan khusus tentang masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program pengajian peringkat sarjana, 1970 – 1972. (3). Di peringkat antarabangsa, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia ke-2 di Taipei, 1974. (4). Beliau diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Persidanan Penulis-Penulis ASEAN yang pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, 1977. (5). Mewakili Malaysia ke Persidangan Bahasa Kebangsaan Negar-Negara Asia di Manila, Filipina, 1972.

INOVASI: (1). Sebagai penerbit, beliau mengambil inisiatif mempelopori penerbitan majalah berita mingguan pertama seumpamanya di Malaysia apabila ERA mula masuk pasaran pada Mac 1985. Walaupun majalah ini tidak kekal bertahan dan menutup tirainya dua tahun kemudian, , tetapi impaknya kepada masyarakat amat besar, terutama dari segi isu dan kandungannya yang mirip majalah Tempo di Indonesia, Time di Amerika Syarikat atau Asiaweek di Hongkong. (2). Pustaka Cipta pimpinan beliau mencadangkan penyelenggaraan program tv. Siri Ilham, 10 episod tentang pemikir dan cendekiawan Melayu dalam pelbagi bidang, terutama bahasa, sastera dan persuratan Melayu, 2002.

KAJIAN: Pada tahun 1972 beliau membuat kajian tentang novel-novel terbaru terbitan Indonesia melalui tesisnya yang berjudul “Manusia Dalam Pergolakan: Satu Analisis dan Tafsiran Novel-novel Indonesia 1966 – 1971”. Tesis kesarjaaan beliau ini adalah di bawah bimbingan pengkritik terkemuka Indonesia, H.B. Jassin.


Salah sebuah buku Dato' Baha Zain "Esei dan Puisi Baha Zain" edisi istimewa yang diterbitkan sendiri.

PENERBITAN/PENULISAN: (1). Perempuan dan Bayang-Bayang , DBP, 1974. (2). Keranda 152, 1967. (3). Teluk Gong, 1967). (4). Dari Kertas Catatan Tengah Malam, 1978. (5). 10 Sajak, 1979. (6). Tiga Catatan Perjalanan, 1978. (7).Hikayat Bakhtiar, 1963. (8). Hikayat Umar Umayyah, yang kemudian menjadi buku teks perinkat SPM 1964. (9). Hikayat Cekel Waneng Pati, 1965. (10). Mendekati Kesusasteraan , 1975. (11). Esei Sastera Baharuddin Zainal, 1980. (12). Thee Sketches from a Journey, (Dwibahasa Melayu dan Inggeris), 1980. (13). Sejumlah 11 antologi puisi besama penulis-penulis lain, antaranya Bahasa Alam yang kemudian menjadi buku teks di peringkat SPM, Lagu Kehidupan dan Bintang Mengerdip.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah SEA Write Award oleh Kerajaan Thailand, 1980. (2). Anugerah Penyair Gapena oleh Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), 1988. (3). Anugerah bintan kebesaran Darjah Cura Simanja Kini (PCM) oleh Sultan Perak, 1986. (4). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesasteria Mangku Negara (KMN) oleh Sulan perak, 1982. (5). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP), oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Dato’, 1998.

Thursday 10 April 2008

KAMALUDIN BIN MUHAMMAD, KERIS MAS


SN. Kamaluddin Muhammad, Ketua Pengarang DBP yang pertama
BIDANG KESUSASTERAAN

TOKOH: Kamaludin Bin Muhammad. Juga dikenali dengan nama samaran seperti Pejuang Sastera Negara, Aku, KM, Kamal Kamludin M dan Mister X. Meninggal dunia pada 9 Mac 1992.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Bentong, Pahang, 1929 – 1933. (2). Tawalib School, Sumatera, Indonesia. (3). Kolej Kulliahtul Muallimin al-Islamiah, Sumatera, dan lulus dalam bidang Ilmu Umum, 1940. (4). Pitman College, Singapura. (5). Mengikuti kursus matrikulasi di Unversity of London di Singapura. Tidak tamat akibat terhalang oleh Perang Dunia Kedua.

KERJAYA: (1). Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMM). (2). Anggota Sidang Pengarang akhbar Utusan Melayu, Singapura, 1947. (3). Wartawan, Melayu Raya, Singapura, 1953. (4). Wartaawan Warta Negara, Pulau Pinang, 1954 – 1955. (5). Pengarang Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Johor Bahru, 1956. (6). Ketua Pengarang DBP, 1962 – 1971. (7). Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP, 1971 – 1977.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: Antaranya: (1). Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera, 1971 – 1976. (2). Anggota panel Anugerah Sastera Ngara, 1979. (3). Penulis Tamu, DBP, 1977 – 1978. (4). Karyawn Seni, Universiti Malaya, 1979. (5). Pengasas ASAS ’50 di Singapura berkonsepkan “Seni Untuk Masyarakat”. (6) Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA).

PENCAPAIAN: (1). Mengasah bakat penulisan dalam bidang kewrtawanan dan Kesusasteraan sehingga terkenal sebagai salah seorang tokoh yang cemerlang, akhir 1940an – 1992. (2). Brsama-sama rakan pengarang yang lain seperti Dato’ Usman Awang beliau meningkatkan pemakaian bahasa Melayu dalam pendidikan formal dan berusaha ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjelang kemerdekaan pada tahun 1957. (3). Sejumlah 82 cerpen telah dihasilkan dan semuanya berkisar kepada peroalan perjuangan menuntut kemerdekaan seperti yang terdapat dalam cerpen “Darah dan Air Mata’, “Mereka Tidak Mengerti” dan “Menjelang Merdeka” dan empat buah novel. (4). Sebagai bekas wartawan dan kemudian sebagai pengarang, beliau menulis sekitar 200 buah esei, sembilan sajak.

INOVASI: (1). Pembawa nafas baru dalam perkembangan cerpen di . (2). Mmperkembangkan landasan sastera melalui dua sudut pandangannya dengan masing-masing berperanan menentukan dan menetapkan komitmen ilmu dan kegiatannya. Dua sudut pandangan itu ialah latar belakang kehidupan serta pendidikan dan falsafah “seni untuk masyarakat.” (3). Bersama-sama rakan seperti Usman Awang, Asraf, Awam il-Sarkam dan Cikgu Mohammad Ariff Ahmad, Keris Mas mempelopori penbuhan ASAS 50 di Singapura berkonsepkan “Seni untuk Masyarakat” (4). Ketika menjadi Pengarang Utusan Melayu di Singapura, beliau membina dan mengembangkan isi kandungan majalah Mastika, salah sebuah majalah terkemuka tetapi sambutannya di pasaran kurang menggalakkan. (5). Beliau merancang membina dan membangunkan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera di DBP apabila bahagian itu ditubuhkan pada 1971.

PENERBITAN/PENULISAN: (1). Patah Tumbuh (kumpulan cerpen), oleh Keis Mas, Penerbit Fajar Bakti (PFB), Kuala Lumpur, 1962. (2). Cerpen-Cerpen ASEAN (Antologi Cerpen Bersama), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978. (3). Dongeng Merdeka (Antologi Bersama) oleh Ramli Isin et-al, PFB, Kuala Lumpur, 1985. (4). Pahlawan Rimba Malaya, 1946, (5). Korban Kesuciannya,Utusan Melayu Pres singapura 1949, (6). Anak Titiwangsa,DBP Kuala Lumpur 1967, (7). Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, DBP 1983. (8) Rimba Harapan,DBP 1985. (9). Mekar dan Segar,Oxford University Press, Kuala Lumpur DBP 1959, (9). Dua Zaman, Pustaka Antara, Kuala Lumpur 1963. (10). Menunggu Ratu Adil (antologi bersama),Penerbitan Adabi, Kuala Lumpur 1984. (11). Angin Pulau (antologi bersama),Teks Publishing 1985. (12). Kumpulan Cerpen Keris Mas 1946 – 1989, DBP 1992. (13). Koleksi terpilih Keris Mas, 1995. (13). Memoranda (antologi bersama),OUP/PFB 1961. (14). Kursus Penulis (antologi bersama), DBP 1964. (15). Utusan Melayu 25 Tahun, Utusan Melayu (M) Bhd. 1964. (16). Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kementerian Belia Dan Sukan, 1973. (17). Panduan Menulis Cerpen, 1973. DBP (18). Di Sekitar pemikiran Kesusasteraan Malaysia, DBP 1957 – (19). Nasionalisme Dalam Persuratan (antologi bersama) , DBP (20). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, DBP 1988, (21). Memoir Keris Mas – 30 Tahun Sekitar Sastera, DBP 1979, (22). Wawancara Sastera, DBP 1984.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Pejuang Sastera yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, 1976. (2) Anugerah Sastera Negara oleh Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Sasterawan Negara, 1981. (3) Anugerah bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1968. (4). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1982. (5). Anugerah SEA Write Awarad oleh Raja Thailand diBangkok, 1987. (6). Anugerah Kehormat ijazah tertinggi Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau PInang, 1989.

Wednesday 9 April 2008

MD. SALLEH YAAPAR, PROF. DATO' DR.

BIDANG KESUSASTERAAN


PROF. DATO' DR. MD. SALLEH BIN YAAPAR

TOKOH: Md. Salleh Bin Yaapar, Prof. Dato’ Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, 1952 – 1957. (2). Sekolah Menengah St. marks, Butterworth, Pulau Pinang, 1958 – 1964. (3). Pusat Latihan Daerah, 1968. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, lulus Sarja Muda Sastera (Kelas II Tinggi), 1974. (5). University of Philippines, Diliman, lulus Sarjana Sastera, 1977. (6). Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat, Sarjana Sastera, 1987. (7). Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat, lulus Doktor Falsafah (Ph.D) dengan Cemerlang, 1994.

KERJAYA: (1). Tutor, Universiti Sains Malaysia (USM), 1975 (2). Pensyarah USM, 1977 – 1992. (3). Pembantu Pengajar Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat, 1987. (4). Prof. Madya, USM, 1993 – 1997. (4). Profesor USM, 1997 – 2002. Penyandang, European Chair of Malay Studies, Leiden University, The Netherlands, 2003 – 2006. (6). Profesor USM, 2006 – kini.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: Antaranya: (1). Dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Kesusasteraan USM, 1977 - 1981 .(2). Dilantik Pengerusi Program Kemanusiaan, Unit Pengajian Luar Kampus, USM 1981 – 1983. (3). Dilantik Setiausaha Agung Sekretarit Falsafah dan Sains Islam, USM, 1989 – 1999. (4). Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, USM 1998 – 2000. (5). Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan pembangunan, USM, 2000 – 2001. (6). Pengarah Penerbit USM, 2006 – kini. (7). Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Research Centre for Islamic History, Art and Culture, Istanbul, Turkey, 1991 – 1992. (8) Ahli Jawatankuasa Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia, sejak 1994. (9). Ahli Majlis Antarabangsa bahasa Melayu, 2003 – 2005. (10). Ahli Seumur Hidup, Philippine Folklore Society, 1980 -

PENCAPAIAN: (1). Mempeoleh kelulusan cemerlng (distinction) dalam Doktor Falsafah di Temple University Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun melalui tesisnya Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah”, 1994. (2). Diberi penghormatan menjadi Penyandang, European Chair of Malay Studies, Leiden University, The Netherlands, 2003 – 2006. (3). Menerapkan teori hermeneutika Gadamer dan Ricour ke dalam kriteria dan nilai tara keislaman. Teori ini melibatkan kaedah dan prinsip dalm usaha menemukan makna-makna sesebuah teks (sastera).

INOVASI: (1).Memperkenalkan disiplin kesusasteraan bandingan mulai tahun 1977 di Universiti Sains Malaysia. Sehingga hari ini Universiti Sains Malaysia adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi yang program sasteranya berorientasikan kesusasteraan bandingan. (2). Memperkenalkan kajian kritikan kesusasteraan Melayu moden dengan menggunakan pendekatan hermeneutika Islam. Teori ini dipelopori oleh Hans –George Gadamar dan Paul Ricoeut.

PENERBITAN/PENULISAN: (1). Cultural Encounter and Religious Engagement in Nurturing World Peace: Lessons from Selected Literary Works and Authors, oleh Salleh Yaapar, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007. (2). Setaman pantun Merdeka, oleh Salleh Yaapar Penerbit USM, Pulau Pinang, 2007. (3). Ziarah Ke Timur, oleh Salleh Yaapar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.(4). Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Asia Tenggara Abad Ke-21, oleh Salleh Yaapar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000. (5). Kosmologi dan Seni Sastera Islam, oleh Salleh Yaapar dan Fatimah Ali, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998. (6). Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah, oleh Salleh Yaapar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995. (7). Sejumlah 23 artikel beliau dijadikan baba-bab dalam pelbagai buku kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Bab dalam Buku), 1994 -2008. (8) Sejumlah 50 esei ilmiah beliau telah diterbitkan dalam Jurnal dan Majalah di dalam dan luar negeri yang berkisar pada persoalan kesusasteraan dan kebudayaan.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Pangkuan negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato' oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, 2007. (2). Anugerah bintang kebesaan Darjah Johan Negeri (DJN) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, 2002. (3). Anugerah bintang kebesaran Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, 1991. (4). Penerima Hadiah Sastera dan anugerah Sanggar Sanjugan USM Negeri Pulau Pinang beberapa kali sejak tahun 1978.

Sunday 6 April 2008

MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD (TUK KENALI)

BIDANG KEAGAMAAN


MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD (TUK KENALI)

TOKOH: Muhammad Yusuf bin Ahmad. Terkenal dengan panggil an Tuk Kenali.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1870, di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Ada sumber menyebut beliau lahir pada tahun 1879 dan sumber lain menyebut tahun 1868. Belaiau meninggal dunia pada 19 November 1933.

PENDIDIKAN : (1) Pendidikan tak formal daripada datuknya Tok Leh dalam pelajaran al-Quran dan tulis-menulis dalam “bahasa Jawi”. (2). Melanjutkan pengajian pondok di masjid besar al-Muhammadi, Kota bahru, Kelantan dan disekitar Kota Bharu, termasuk di Sungai Budor dalam pelajaran Bahasa Arab, Nahu, Saraf dan Pengetahuan Agama, 1878 - 1880. (3). Melanjutkan pelajaran ke Mekkah, bergurukan Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan beberapa guru agama yang lain, 1886 - 1909. (4). Melawat sambil belajar di Mesir ketika masih menetap di Mekkah.

KERJAYA: (1). Ahli Majlis Agama Islam Kelantan, 1915. (2). Anggota Jemaah Ulama Majlis, 1918. (3). Pengarang Kehormat/Penasihat majalah Pengasuh, 1918. (4). Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah, Kota Bharu, 1924. (5). Penolong Mufti, 1929. (6). Ketua Pelajaran Agama di Masjid Muhammadi dan di Madrasah al-Muhammadiah, 1931 – 1933.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya melahirkan angkatan ulama dan pendakwah terkenal yang mempunyai keahlian dalam pelbagai bidang di seluruh pelusuk Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-20. Antara yang patut diebut namanya ialah Haji Abdullah Tahir Bunut Payung, Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang, Syekh Uthman Jalaluddin Seberang Perai, Syekh Anjun Asahan, Sumatera Timur, Haji Yaakub Legor Thailand, Dato’ Haji Ahmad Maher al-Azhari, Mufti Kerajaan Kelantan, Dato’ Haji Abd. Rahim Yunus, Mufti Kerajaan Johor, Haji Hasan Abu Bakar, Mufti Kerajaan Melaka dan Dato’ Haji Hassan Yunus, Menteri Besar Johor. (2). Mencapai tahap seorang alim Rabbani yang kehidupannya berpandukan kitab al-Quran di samping Sunnah dengan memilih hidup yang serba sederhana. (3). Dianggap banyak pihak sebagai seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan memperoleh ilmu ladunni, iaitu menerima ilmu kurniaan Illahi tanpa belajar. (4). Mengasaskan majalah Pengasuh (1918) dan mendirikan madrasah al-Jami’iyyah al-Asriyyah di Kota Bharu, Kelantan (1924).

INOVASI: (1) Membuat banyak pembaharuan dalm cara mengupas soal-soal agama berdasarkan al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Dikatakan pembaharuan ini adalah akibat daripada pengaruh perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849 – 1905). Juga beliau amat terpengaruh dengan ajaran ahli Falsafah Islam al-imam Ghazali (1058 – 1111). (2). Atas inisiatif dan nasihat beliau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berjaya ditubuhkan pada 24 Disember 1915. (5). Dengan dorongan beliau Majlis telah menrbitkan majalah Pengasuh yang diterbitkan setiap hari. (6). Atas nasihat Majlis Agama Islam Kelantan, beliau mengambil inisiatif menterjemhkan Tafsir al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta’will fi Na’ani at-Tanzil”.(6). Mendorong penubuhan sekolah-sekolah Melayu, seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian, 1920 dan Sekolah Melayu Mentuan dengan mengenakan syarat bahawa sekolah itu pelajaran yang diajar tidak menyeleweng daripada ajaran Islam.


TUK KENALI BERSAMA KELUARGA

PENULISAN/PENERBITAN: ESEI: “ Kemanusiaan”, Pengasuh, 11 Julai 1918. (2) “Kemanusiaan dan Bahagiannya”, Pengasuh, 24 Julai 1918. (3). “Menjernihkan kekeruhan” Pengasuh, 24 Julai 1918. (4). “Seruan,” Pengasuh, 24 Julai 1918. (5). “Kenyataan dan Pengharapan Besar”, Pengasuh, 24 Julai 1918. (BUKU). (1). Pusaka Tuk Kenali, berupa kumulan cerpen beliau yang pernah tersiar dalam majalah Pengasuh dan al-Hidayah. (2). 12 Cerpen Tuk Kenali. (3). Tuk Qadhi dan Tuk Guru. Buku-buku ini dierbitkan atas usaha Abdullah al-Qadri.

ANUGERAH/GELARAN: Anugerah Tokoh Ulama Silam 1977/78 oleh Universiti Kebangsaan Malysia (UKM).
.

Saturday 5 April 2008

SYAIKH WAN SULAIMAN BIN WAN SIDDIQ

BIDANG KEAGAMAAN


SHEIKH WAN SULAIMAN BIN WAN SIDDIQ

TOKOH: Syaikh Wan Sulaiman Bin Wan Siddiq.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1874, di Kampung Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Mennggal dunia pada 2 Mei 1935.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu di Kampung Pulau tengah di daerah kota Setar, 1882 – 1885. (2). Belajar bahasa Inggeris dengan Dr. Gomez dan mengaji al-Quran dengan Haji Ismail al-Kelantani. (3). Memasuki pengajian pondok belajar Jawi ketika berusia 12 tahun dengan gurunya Syaikh Omar al-Qadri. (4). Melanjutkan pengajian di Mekkah selama 12 tahun melalu didikan dan tunjuk ajar sejumlah ulama di sana antaranya, Syaikh Faqir Muhammad Andakhuri al-bukhari di taif; Syaikh Muhammad Zainuddin Sumbawa; Syaikh Muhammad Khayyat yang kemudian menjadi Syaikul Islam Kedah yang pertama dan Syaikh Ahmad Lingga.

KERJAYA: (1). Kadi dan kemudian dinaikkan kepada jawatan kadi Besar di daerah yan, Kedah, 1910. (2). Syaikul Islam Kedah, 1920

PENCAPAIAN: (1). Sebagai Syaikul Islam Kedah, beliau mengajar secara terpusat di Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah. (2). Menanggotai Majlis Syura atau majmuk Ulama yang mengandungi 12 orang ulama. Antara ahli-ahuli Syura itu termasuklah Syaikh Abdullah Fahim, Shaikh Muhammad Khayat, Haji Ahmad Awang, Haji Muhammad Saman dan Haji Hussain Nasir al-Banjari. (3). Ditauliahkan sebagai Khalifah tarekat yang ke-34 yang bersalsilahkan kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radiollahu Anhu, 1916. (4). Pemikir dan pengasas pertama Madrasah al-Hamidah di Limbung Kapal Kedah, Alor Setar dengan melantik Haji Abdullah Fahim sebagai mudir madrasah, 1916. (5). Berbangga dengan sejumlah ulama seperguruan dengannya seperti Syaikh Muhammad tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Ponyianak, kalimantan, Haji Ismail labok, Mufti Kelantan Haji Ibrahim Tok Raja dan Tok Kenali.

INOVASI: (1) Meyakinkan masyarakat bahawa ilmu thariqat tidak menyekat pembangunan duniawi. Ini dilakukannya dengan menerbitkan karya-karya yang membuktikan keyakinannya. Beliau yakin ajaran thariqat mengajar manusia turut memberi keutamaan kepada kepentingan duniawi dan ukhrawi. (2). Beliau turut mengeluarkan fatwa-fatwa mengenai Islam yang kemudian diangkat menjadi fatwa rasmi kerajaan Kedah pada zamannya. Dalam sebuah kitab kaarangannya beliau mengatakan “…tidak sempurna insaniahnya seseorang melainkan dengan thariqat.” (3) Menurut beliau selain kegiatan duniawi, urusan kehidupan (ma’isyiah) mestilah digandingkan dengan kegiatan berjemaah antara guru (mursyid) dengan murid-muridnya. (4) Kegiatan bersama antara mursyid dan murid ini hendaklah sentiasa diadakan bagi membahaskan pelbagai bidang ilmu yang dikaitkan dengan permasalahan dan kepentingan duniawi, dengan syarat ia dibenarkan oleh syarak. (5). Memperkenalkan sistem persekolahan moden dalam pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu setelah ia mula-mula dilaksanakan oleh Madrasah al-Attas di Johor Bahru pada tahun 1914. (6). Mencadangkan penubuhan sekolah menengah Islam yang akan dinamakan al-Ma’ahad Mahmud, Apabila sekolah ini ditubuhkan selpas setahun kematiannya ia dikenali dengan nama Maktab mahmud di Simpang Kuala Alor Setar, 1936

PENULISAN/PENERBITAN: Sejumlah 17 judul diterbitkan antaranya (1). Umdatul Aulad fi bayani fi “Ibadatihim ila Rabbi(..) ‘Ibad, oleh Syaikh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1326 H. (2). Nihayatul Mathlub fi Tashfiyatil Qulub, (manuskrip) oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, (3). Futuhat Qad-hiyah, oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1924 (1343 H.) (4). Qasidah Menyanyi Lagu Abyari, oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1925. (5). Tanwirul Bashirah, oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1928. (6). Nazham Syair Bicara Sirah an-Nabawiyah dan Daulat Islamil Kubra Kerajaan Islam yang Besar-Besar, oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1929. (7). Mizanul “Uqala’ wal Udaba, oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1930. (8). Mir’atul Qulub oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1345 H. (9). Nur Saati Wa Saif Qaati oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1345 H. (10). Hawd al-Mawrud oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1346 H. (11). An-Nata’ ij al-Fakriyah oleh Wan Sulaiman Wan Siddiq, 1349 H.

ANUGERAH/GELARAN: Tidak ada
.

Friday 4 April 2008

TUAN GURU HAJI IBRAHIM MUHAMMAD DAHAN

BIDANG KEAGAMAAN



TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassan, Haji. terkenal dengan panggilan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau,

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1907, di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan. Mennggal dunia pada 3 Ogos 1997.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan, 1916 – 1922. (2). Sekolah Arab al-Ahmadiah, Alor Setar, Kedah, 1925 – 1930. (3). Belajar Ilmu Falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islamiah, Kedah pada masa yang sama (1925 – 1930). (4). Melanjutkan pengajian agama di Makkah bagi mendalami Ilmu Fikah, Tauhid dan Hadis. (5). Melanjutkan pengajian di sebuah pusat pengajian di Kota Bahru, Kelantan selama empat tahun. Beliau bersanad kepada Tok Kenali dan Haji Umar Sungai Keladi tentang ilmu nahu, Ilmu Syaraf, ilmu Falak dan Ilmu Arabiyah. (6). Bersanad juga kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.


Sekolah pondok Tuan Guru Haji Ibrahim di Chenong, Negeri Sembilan.

KERJAYA: (1). Guru sekolah pondok di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1935. (2). Guru madrasah di Madrasah Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946. (3). Guru Agama, Sekolah Menengah Undang Rembau, Negeri Sembilan, 1962 – 1968. (4). Penguatkuasa Zakat Fitrah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, 1969. (5). Penceramah Bebas, mengajar di surau dan masjid di Tampin, Johol, Gemas dan Rembau, Negeri Smbilan, 1970 – 1997.

PENCAPAIAN: (1). Menubuhkan Madrasah al - Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946 dengan mengadakan majlis ikhtifal diadakan setiap tahun hingga tahun 1959, (2). Sepanjang tempoh pendidikan agamanya, beliau mendapatkan ilmu keagamaan daripada ramai ulama tanah air pada zamannya. Antara guru agama dan ulama yang mendidiknya termasuklah Tuan Guru Mumkin Dhahir Bin Darus (al-Quran), Tuan Haji Muhamad Haji Mustafi (Ilmu Tajuid), Tuan Guru Haji Mustaffa Haji Mahmud (Bahasa Arab), Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islmiah, Kedah (ilmu Falak), Tuk Kenali, Kelantan (Ilmu Nahu, Ilmu Syaraf dan ilmu Arabiyah seperti Tasauf, Kerohanian dan Perubatan), (3). Bukunya Nur al-Aulad yang diterbitkan pada tahun 1939 telah dicetak ulang sebanyak enam kali, iaitu pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975, 1989 dan 1991. (4). Meningkatkan taraf Madrasah Al-Islamiyah yang ditubuhkannya pada tahun 1946 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim pada tahun 1957.(5). Madrasahnya di Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, Rembau akan menjadi lokasi tetap Kampus Universiti al-Azhar, Cawangan Malaysia yang telah dengan rasminya diumumkan, 2008.

INOVASI: (1) Seorang “murobbi” atau mursyid yang mencadangkan pendidikan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan diri peribadi serta ketaatan beribadah. (2). Memimpin anak-ank didikannya supaya memperkerapkan amalan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha, manakala memperkerap amalan sholat fardhu berjemaah. (3) Mewakafkan tanahnya untuk membina madrasah al-Islamiyah dengan sistem pendidikan agamanya dinaik taraf mengikuti sistem pendidikan sekolah rendah agama rakyat (4) Menyemarakkan semangat dan meningkatkan inspirasi rakan-rakan sepengajiannya dalam usaha menyebarluaskan ilmu keagamaan ke seluruh pelusuk tanah air. Antara rakan-rakan sepengaajiannya termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Melaka, Haji Abdul Ghani pondok Pasir Mas, Kelantan, Tuan Guru Haji Abd. Aziz Ibrahim dari Pendang, kedah, Tuan Haji Salleh Kemboja, Tuan Kadi Haji Mohd. Yatim Zainal Abidin dan penceramah bebas Tuan Haji Yassin Zainal Abidin, (dua adik-beradik), yang mengasaskan penubuhan Sekolah Agama Haji Mohd. Yatim di Ulu Gadong, Negeri Sembilan.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Nur al Aulad, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1939. 92). Taqwim Sholat bagi kawasan Negeri Sembilan, Selangor dn Melaka, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1954. (3). Shalah al Ghilman fi ‘Ibadah ar-Rahman, oleh Ibrahim Muhammad dahan, 1976. (4). Risalah Kecil mengandungi doa, waktu sholat dan arah Qiblat, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1976. (5). Risalah mengerjakan Haji dan Umrah serta Teks khutbah Jumaat dan Hari Raya, oleh Ibrahim Muhammad Dahan. 1976.

ANUGERAH/GELARAN: Tidak ada
.

Thursday 3 April 2008

HASHIM BIN YEOP ABDULLAH SANI, TAN SRI

BIDANG UNDANG-UNDANG


TAN SRI HASHIM BIN YEOP ABDULLAH SANI

TOKOH: Hashim Bin Yeop Abdullah Sani, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 20 Ogos, 1928, di Ipoh, Perak.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Anderson, Ipoh, Perak 1934 – 1944.(2). Universiti Malaya, Singapura dan lulus Sarja Muda Sastera. (3). Lincoln’s Inn, London, United Kingdom, dan lulus Barrister at Law, 1961.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Daerah,Muar, Johor, 1955 - 1956. (2). Circuit Magistrate Muar, Johor, 1957 – 1958. (3). Pemangku Presiden Mahkamah, Seremban, Negeri Sembilan, 1962 -1963. (4). Presiden Mahkamah, Johor Bahru, Johor, 1963. (5). Penolong Penggubal Undang-Undang di Pejabat Peguam Negara, 1964. (6). Penolong Penggubal Undang-Undang Kanan dan Senior Federal Council, 1966. (7). Timbalan Penggubal Undang-Undang, 1967. (8). Penggubal Undang-Undang Parlimen, 1968. (9). Hakim Mahkamah Tinggi, 1973. (10). Hakim Mahkamah Persekutuan, 1982. (11). Hakim Besar Malaya, 1989 – 1992.

PENCAPAIAN: (1). Beliau diterima untuk mendapatkan latihan lanjutan secara penempatan (training within industry) di pejabat Penggubal Undang-Undang Parlimen Victoria, Melbourne (Victoria Parlimentary Draftsman’s Office), Australia pada tahun 1965. (2). Pengiktirafan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong kerana khidmatnya memulihkn undang-undang dan perintah selepas Peristiwa 13 Mei, 1969. (3). Terpilih untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyemakan Semula dan Pembaharuan Undang-Undang, 1979 -1980. (4). Menjalani tugas dengan cemerlng ketika menjadi Parlimentary Daftsman di Parlimen Malaysia, 1969 – 1973.

INOVASI: Mengubah tradisi hakim apabila pemakaian wig oleh majistret dan hakim digantikan dengan songkok untuk lelaki. Akhirnya pemakaian songkok ini menjadi satu tradisi pula bagi hakim-hakim di Malaysia. (2). Beliau juga mengubah cara memanggil hakim. Beliau mencadangkan panggilan “My Lord” seperti lazimnya dalam mahkamah baik di Malaysia mahupun di negara-negara Komonwel yang lain digantikan dengan panggilan “Sir” sahaja. Di Mahkamah sekarang hakim dipanggil dengan sebutan “Yang Arif”.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: Selepas bersara pada tahun 1992, beliau masih memegang beberapa jawatan penting. Antaranya (1). Ahli Suruhanjaya Perundangan dan Kehakiman. (2). Ahli Suruhanjaya polis selaku Pengeusi Lembaga Rayuan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Arkitek dan Akta Pendaftaran Jurutera.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). How Our Laws Are Made, oleh Hashim bin Yeop A. Sani, DBP, Kuala Lumpur, 1974. (2). Our Constitution, oleh Hashim bin Yeop A. Sani, Jabatan Penerangan Malaysia, 1970

ANUGERAH/GELARAN: (1).Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. (2). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Johr (DPMJ) oleh Sultan Johor yang membawa gelaran Dato’, 1973. (3). Anugerah bintang kebesaran Johan mangku Negara (JMN) oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. (4). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka yang Dipertuan Agong. (5). Sijil Penghargaan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong atas khidmatnya memulihkan undang-undang dan perintah selepas peristiwa 13 Mei 1969. (6). Anugerah bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, 1990.
.

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD, PROF. DR.

BIDANG KEJURUTERAAN


PROF. DR. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD.

TOKOH: Zainal Abidin bin Ahmad, Prof. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 7 Disember 1945 di Segamat, Johor.

PENDIDIKAN: (1) Sekolah Melayu Bandar, Segamat (1954). (2) Sekolah Menengah Segamat (1962). (3) Institut Teknologi MARA (1969). (4) Institut Teknologi Bandung, Indonesia, Sarjana Muda Kejuruteraan (1973), Sarjana Kejuruteraan Telekomunikasi (1975). (5) University of Wales, Swansea, Master of Science in Electronic Instrumentation (1980) dan Doctor of Philosophy in Communication Engineering (1983).

KERJAYA: (1) Pensyarah, Prof. Madya dan Profesor di Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia, (1975-2000). (2) Ketua, Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kawalan, UTM (1975-1976). (3) Ketua, Jabatan Kejuruteraan Elektrik Perhubungan, UTM (1975-1978). (4) Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM (1984-1985). (5) Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM (1985-1989). (6) Pengarah, Kampus Jalan Semarak, UTM (1990-1993). (7) Pengarah, Pusat Latihan Staf Politeknik/Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat (1993-1996). (8) Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM (1996-2000). (9) Profesor di Fakulti Kejuruteraan/Fakulti Teknologi Kejuruteraan/Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn/Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2001- sekarang). (10) Ketua, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (2002-2003). (11) Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (2003-2004). (12) Dekan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn/Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2004-sekarang).

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1) Kepakaran dalam bidang Teknologi Elektrik, Kejuruteraan Komunikasi, Elektronik Digital dan Analog. (2) Ahli Lembaga Penasihat Penubuhan Program Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa, KL dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. (3) Penasihat Industri Universiti Monash, Malaysia. (4) Merancang Pembangunan Kampus UTM Pahang. (5) Membangunkan Kampus dan Program Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat. (6) Penasihat Pembangunan ZEO-Building, Pusat Tenaga Malaysia. (7) Perancang Pembangunan Industri Elektrik dan Elektronik bagi IMP pertama, ISIS. (8) Perunding Kerajaan dalam penilaian penentuan dan pemilihan 35 konsortium dan pakar antarabangsa bagi projek latihan staf Politeknik. (9) Pengerusi bersama bagi Jawatankuasa bersama Penerbitan EST DBP dan UTM. (10) Penasihat Standard Perindustrian Elektroteknikal SIRIM. (11) Pengerusi bagi penilaian dan pengiktirafan JPA bagi program Kejuruteraan Elektronik di Universiti Sains Malaysia dan program Kejuruteraan Elektronik dan Komputer di Universiti Putra Malaysia. (12) Pengerusi penilaian akreditasi BEM/IEM bagi program kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. (13) Pengerusi penilaian akreditasi Lembaga Akreditasi Negara (LAN) bagi program kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Curtin Malaysia dan Universiti Swinburne Malaysia. (14) Pengerusi Jemaah Dekan Kejuruteraan IPTA Malaysia. (15) Pengerusi Lembaga Pemeriksa dan Lembaga Akreditasi IEM.

PENULISAN/PENERBITAN: (1) Buku/Monograf “Sepintas UTM”, 2000. (2) Buku/Monograf, “IEM Accreditation Handbook, Vol. 1 and Vol. 2, 1998. (3) Buku/Monograf, ‘voltage and Frequency Standards for Alternating Current Transmission and Distribution”, SIRIM, 1989. (4) Buku/Monograf, ‘Standard for Private Electrical Generators”, SIRIM, 1989. (5) Buku/Monograf, ‘Standard for Lead Acid Battery Containers’, SIRIM, 1989. (6) Buku/Monograf, ‘Standard for Automobile Batteries’, SIRIM, 1987. (7) Buku/Monograf, ‘Primary Cells and Batteries Standard’, SIRIM, 1986. (8) Buku/Monograf, ‘Motorcycle Batteries Standard’, SIRIM, 1987.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1) Anugerah Rekacipta Geneva, 2005. (2) Augerah bintang kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), 1996. (3) Anugerah IEM, 1996 & 1998. (4) Anugerah SIRIM, 1992.

Wednesday 2 April 2008

ABDUL HAMID OMAR, TUN

BIDANG UNDANG-UNDANG


TUN ABDUL HAMID OMAR

TOKOH: Abdul Hamid Omar, Tun

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 25 Mac 1929, di Kuala Perlis, Perlis.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu Kangar, Perlis 1936 – 1939.. (2). Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Star, 1940. (3). Lincoln’s Inn, London, United Kingdom, dan lulus dalam Undang-Undang, 1955.

KERJAYA: (1). Majistret di pelbagai tempat termasuk Kuala Lumpur, Raub, Taiping dan Seremban, 1956 - 1959. (2). Timbalan Pendwa Raya Perak, 1960 – 1961. (3). Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, 1961 – 1962 dan 1965 – 1967;Terengganu, 1962 – 1964; Pulau Pinang, 1964 – 1965; (4). Pendaftar Kanan Mahkamah Persekutuan, 1 Nov, 1967. (5). Pengetua Undang-Undang di Pejabat Peguam Negara, 1 Januari 1968 – 19 September 1968. (6). Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, 20 September 1968 – 30 oktober 1977. (7). Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam, 1 November 1977 – 1 Mac 1980. (8). Hakim Mahkamah Persekutuan, 1 Mac 1980 – 2 februari 1984. (9). Hakim Besar Malaya, 3 Februari 1984 – 31 Disember 1984. (10). Hakim Mahkamah Agung, 1 Januari 1985.(11). Ketua Hakim Negara, November 1988.

PENCAPAIAN: (1). Pencapaian paling bermakna ialah apabila beliau merupakan pemegang ijazah Undang-Undang yang menaiki heirarki perundangan dari peringkat paling bawah sebagai majistret kepada peringkat paling atas sebagai Ketua Hakim Negara sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatannya. (2). Beliau berjaya memartabatkan bahasa Melayu apabila bahasa itu digunakan dalam mahkamah, terutama di peringkat mahkamah majistret dan mahkamah ttinggi .

INOVASI: Mengambil berat tentang kedudukan bahasa Melayu dan merancang untuk menggunakan bahasa Melayu dalam perbicaraan di semua peringkat mahkamah. Beliau merupakan Ketua Hakim Negara yang pertama memperlihat kesungguhan untuk memartabatkan bahasa Melayu di institusi perundangan.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: Beliau dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Mac 1988.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Off The Bench oleh Tun Dato’ Seri Abdul Hamid Omar, 1996. (2). On The Bench oleh Tun Dato’ Seri Abdul Hamid Omar, 1996. (3). The Judiciary in Malaysia oleh Tun Dato’ Seri Abdul hamid Omar, 1994.


Buku Off the Bench oeh Tun Hamid Omar

ANUGERAH/GELARAN: (1). Penerima Anugerah Tokoh majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1992 kerana usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. (2). Anugerah bintang kebesaran Paduka Mahkota Perak (PMP) oleh Sultan Perak, 1966. (2). bintang kebesaran Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak (DPMP), yang membawa gelaran Dato’ 1967. (3). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) , oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong membawa gelaran Tan Sri, 1981. (4). Anugerah bintang kebesaran Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’, 1865. (5). Anugerah bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, 1986. (6). Anugerah bintang kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tun, 1989. (7). Anugerah bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) oleh Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato’, 1991. (8). Anugerah bintang kebesaran Seri Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) oleh Sultan Terengganu yang membawa gelaran Dato’ Seri, 1991
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).